Friday, January 16, 2009

Gotong - royong Bersihkan Surau


Assalamualaikum WBT..


Pada hari Ahad ini (18 Januari 2008), diharapkan semua ahli JKP Balai Islam Kolej Za'ba turun ke Surau al-Irsyad untuk menjayakan gotong - royong membersihkan surau. Aktiviti akan bermula seawal jm 8.30 pagi. Penglibatan semua ahli JKP Balai Islam Kolej Za'ba amatlah diharapkan..
Sekian, harap maklum..

Islam Dihina!


Kepala babi diletakkan di surau APIUM, dijumpai kira - kira pada jam 5 pagi.

Ini bukan soal politik tapi soal maruah ISLAM..

Sebarkan..semoga yang melakukannya mendapat hidayah dan diberikan balasan yang sewajarnya dari Allah SWT..

Sunday, January 11, 2009

Gaza terus dibedil


Sehingga hari ini, 11 Januari 2009,Zionis terus membedil Gaza dengan ‘azam’ untuk memastikan tiada lagi serangan roket oleh Hamas ke atas wilayah Israel. Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang.Tentera Washington tela  buka tender sewa kapal dagang untuk hantar 3,000 tan peluru ke Israel.

Jadi, bangkitlah mahasiswa/siswi. Marilah kita berjuang membantu rakyat Palestin.

Palestin: Berjuanglah, usah dibazir usia muda



Tindakan zalim regim haram Zionis Israel membunuh rakyat dan memusnahkan penempatan Palestin di Gaza adalah sangat dikesali dan ternyata bertentangan dengan peradaban manusia yang bermoral dan bertamadun. Sebagai umat Islam yang bersaudara, kita wajib menolong sesama kita. Adakah kita tidak menyayat lagi melihat sedemikian rupa kekejaman yang dilakukan oleh tentera zionis terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Jadi kepada mahasiswa/siswi, saya ingatkan, perhebatkan perjuangan jangan dibazirkan tenaga muda itu sebab akan ditanya nanti � zaman muda kamu ke mana kamu habiskan? Akan buruklah nasib badan jika dijawab dihabiskan di mid valley, membeli dengan sewenang-wenangnya barangan Israel-KFC, starburk, McDonald, maggi, bercouple sana sini dan banyak lagi, sedangkan saudara kita di Palestin hidup di dalam keperitan. Tak rasa sampai hati ke kita,sebaliknya akan berbahagiakan yang menjawab dihabiskan untuk perjuangan antara lain membela nasib umat Islam Palestin sekalipun melalui demonstrasi, derma hatta berdoa sekalipun. Itupun sebaik-baik amalan daripada kita tak berbuat apa-apa langsung.


Wednesday, January 7, 2009

Program Bersamamu Palestin

Assalamualaikum WBT..

Bagi memperingati kejadian peperangan di Palestin yang melibatkan saudara seagama kita yang sedang tertindas di bumi mereka sendiri akibat kekejaman rejim Zionis, JKP Balai Islam akan mengadakan satu program Bersamamu Palestin seperti ketetapan yang berikut:

Terikh : 11 Januari 2009 (Ahad)

Masa : 7.00 petang

Lokasi : Dewan Nukleus Kolej Kediaman Ketujuh, UM

Berikut merupakan tentatif program yang akan diadakan pada hari tersebut:

7.00 petang : Solat Maghrib berjemaah serta Solat Hajat

7.45 petang : Tazkirah mengenai isu di Palestin

8.30 malam : Solat Isyak berjemaah

9.00 malam : Tayangan video

9.30 malam : Jamuan/bersurai


Panglibatan anda semua menunjukkan kecintaan anda kepada rakan - rakan kita yang sedang berjihad di jalan Allah..semoga kehadiran anda semua diberkati dan diberi ganjaran yang sebaiknya. Show that we care..

Sekian, harap maklum..

-Unit Penerbitan & Informasi JKP Balai Islam KK7-

Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru, Semester Baru, Za'ba Baru..

Assalamualaikum WBT..

Pihak JKP Balai Islam mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram serta Tahun Baru 2009. Diharapkan semester baru, tahun baru serta maal hijrah ini membawa satu pembaharuan yang positif buat semua.

Kepada penghuni blok A dan B Kolej Za'ba, kami harap anda semua banyakkan bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang anda semua tempuhi kerana keadaan blok amat teruk dan banyak barang pelajar rosak serta dicuri pekerja - pekerja yang tidak bertanggungjawab..

Surau Kolej Za'ba juga turut menerima tempiasnya..sehingga blog ini dipost, surau masih tiada bekalan elektrik serta masih berdebu, maka pihak JKP Balai Islam akan sama - sama memberseihkan lantai surau serta berdoa semoga bekalan elektrik dapat dipulihkan secepat mungkin supaya surau dapat digunakan semula tanpa sebarang masalah.

InsyaAllah, biro Penerbitan dan Informasi akan 'kembali bekerja' selepas urusan akademik semasa minggu add & drop dapat diselesaikan segera..hehe..

Sekian, Terima Kasih.

-Biro Penerbitan dan Informasi-

Monday, December 8, 2008

Aidiladha Greetings

Assalamualaikum WBT..

Pihak JKP Balai Islam ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia. Selamat menjalankan ibadah korban dan mendapat ganjaran Allah yang tidak terhingga kepada anda semua.

-Biro Penerbitan-

p/s : maaf tidak update blog. Sangat - sangat tidak punya masa yang banyak sekarang. Ulang alik dari KL ke Terengganu atas urusan MKIS '09.