Sunday, February 22, 2009

Gambar Balai..

Assalamualaikum WBT..

Kami baru masukkan beratus gambar Rehlah Balai Islam '09..link ada disediakan di sebelah kanan blog..gambar - gambar bagi aktiviti Balai Islam yang lain akan dimasukkan kemudian..

Happy viewing!

-Team Bloggers Balai Islam-

Wednesday, February 18, 2009

Bengkel Solat dan Azan

Assalamualaikum WBT..

Pada hari Ahad (22 Februari 2009), Biro Surau & Pengisian JKP Balai Islam Kolej Za'ba akan mengadakan Program Bengkel Solat dan Azan. Penceramah jemputan ialah Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Senior Lecturer Jabatan Fiqh dan Usul APIUM). Program akan bertempat di Surau al-Irsyad Kolej Za'ba dan bermula seawal jam 9.00 pagi.

Anda semua dialu-alukan untuk menghadiri program ini. Segala persoalan tentang solat serta azan/iqamah akan terjawab.

Sedikit Kemaskini..

Assalamualaikum WBT..

Jika ada yang perasan, kami sudah tukar sedikit rupa blog ni..sikit je..iaitu ada gambar header blog yang baru (sila lihat di atas)..

Artikel akan dimuatkan malam ini, insyaAllah..

-Team Bloggers Balai Islam-

Tuesday, February 17, 2009

Teori Evolusi Darwin


Diterbitkan sempena ulangtahun ke-200 Charles Darwin pada minggu lepas, dipetik dari buku Quran Saintifik : Meneroka Kemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Pengarang : Dr. Danial Zainal Abidin, terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. website : www.pts.com.my

Teori yang paling popular diperkatakan berhubung kejadian manusia adalah teori evolusi Charles Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin (1809-1882 Masihi). Beliau menegaskan, kesemua makhluk hidup, sama ada manusia ataupun haiwan, berasal daripada keturunan yang sama (common ancestor). Keturunan yang awal ini kemudiannya berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Hasil daripada perubahan - perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks yang bernama manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya di dalam bukunya yang bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.

Sekiranya teori ini benar, kita pasti bertemu dengan banyak makhluk yang berbentuk separuh binatang separuh manusia, separuh binatang laut dan separuh binatang darat serta separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi menuntut kewujudan makhluk - makhluk ini sebagai bukti berkenaan kebenarannya. Namun hingga ke hari ini makhluk seumpama itu tidak ditemui sehingga ke suatu masa Darwin sendiri meragui teorinya.

Di dalam bukunya yang bertajuk The Origin of Species beliau berkata:

"Jika makhluk - makhluk berubah dari satu spesies ke spesies yang lain, mengapa tidak ditemui spesies yang pertengahan itu (transitional forms)? Mengapa kehidupan wujud dalam keadaan teratur dan tidak kelam - kabut? Mengapa makhluk penghubung antara satu spesies dengan spesies yang lain tidak wujud? Perkara inilah yang memeningkan kepalaku selama ini!"

Kenyataan ini dilaporkan dalam The Origin of Species by Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Species in the Struggle for Life (Charles Darwin; Senate Press, London, 1995)

Bagi membuktikan kewujudan spesies pertengahan ini, penipuan demi penipuan dilakukan oleh ahli - ahli sains tertentu. Sebagai contoh pada tahun 1912 diisytiharkan penemuan tulang rahang dan tempurung otak makhluk yang digelar sebagai Piltdown Man. Tulang - tulang ini ditemui di Piltdown, England, oleh seorang ahli sains yang bernama Charles Dawson. Ia dikatakan makhluk daripada spesies pertengahan antara binatang dengan manusia. Selepas beberapa ujian dilakukan akhirnya pada tahun 1953 didedahkan bahawa tulang rahang itu diambil daripada seekor orang hutan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya adalah tempurung otak manusia yang sebenar. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Smith Woodward's Folly oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist, 5 April 1979.

Secara dasarnya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan. Kuasa penentu dalam proses evolusi ini adalah natural selection atau 'kuasa semula jadi'. Justeru pengasas teori komunisme, Karl Marx mengagumi Charles Darwin sehinggakan di dalam bukunya Das Kapital beliau menganggap dirinya pengikut setia Charles Darwin. Hal ini dinyatakan oleh Harun Yahya di dalam bukunya yang bertajuk Evolution Deceit (Ta-Ha Publishers Ltd.; UK, 1999)

Sebenarnya untuk teori Darwin menjadi kenyataan, hidup - hidupan perlu berubah secara berperingkat - peringkat melalui proses mutasi (perubahan yang rawak dan spontan). Mutasi dalah proses perubahan yang berlaku ke atas sesuatu sel disebabkan perubahan yang berlaku ke atas sistem genetiknya. Justeru, andai kata teori ini digunapakai, evolusi atau perubahan seekor ikan di zaman dahulu kepada manusia bermula dengan proses mutasi yang berlaku ke atas gen ikan berkurun - kurun lamanya sehingga akhirnya ia bertukar menjadi gen manusia yang melahirkan manusia.

Adakah pandangan ini dianggap logik? Pada hari ini pakar - pakar sains mula mempertikaikan pandangan ini, sebagai contoh Dr. Lee Spetner. Beliau yang mengajar di Universiti Johns Hopkins dan Institut Weizman, mengkaji proses mutasi di peringkat molekul selama bertahun - tahun lamanya. Di dalam buku beliau yang bertajuk Not by Chance: Shattering the Modern Theory of Evolution (Judaica Press, ISBN: 1880582244, 1998), beliau menegaskan"

"Proses mutasi mengurang dan bukan menambah maklumat genetik."

Dalam bahasa mudah ia bermaksud mutasi menyebabkan kecacatan dan bukannya kemantapan. Justeru, ikan tak mungkin dapat bertukar menjadi makhluk yang lebih mantap bernam manusia. Justeru, teori evolusi adalah satu teori dangkal yang tidak dapat diterima oleh sains.

Teori Darwin membuang kuasa Tuhan dan meggantikannya dengan 'Kuasa Kebetulan' atau 'Kuasa Semula Jadi'. Sekiranya ini adalah kepercayaan Darwin, justeru timbul pelbagai persoalan besar yang sukar dijawab semata - mata dengan menggunakan teori ini. Sebagai contoh, bagaimana sel pertama wujud? Bagaimana sel ini mampu berkembang dengan sendirinya menjadi makhluk yang pertama? Bagaimana is menyusun protein - protein dengan cara yang begitu teratur hingga mampu melahirkan makhluk yang kompleks?

Mengikut Sir Francis Crick, seorang saintis yang pernah dianugerahkan hadiah Nobel kerana menemui struktur DNA, untuk kesemua proses ini berlaku secara kebetulan ia adalah sesuatu yang mustahil. Di dalam bukunya yang bertajuk Life Itself: Its origin and Nature (New York, W.W.Norton, 1982) beliau memberikan satu contoh yang berkaitan dengan kejadian protein. Untuk asid - asid amino bercantum untk mengikut urutan yang betul demi melahirkan hanya satu protein, terdapat 10 kuasa 260 kemungkinan (iaitu 1, diikuti dengan 260 angka 0..satu angka yang sangat besar) yang boleh berlaku. Daripada kemungkinan yang begitu banyak ini bagaimana asid - asid amino menentukan pilihannya dengan tepat sehingga akhirnya dapat melahirkan bukan hanya satu protein malah pelbagai jenis protein yang tahu pula cara berinteraksi dengan tepat dan memilih suasana dengan tepat bagi melahirkan satu jenis hidupan? Justeru bagi Sir Francis Crick, teori Darwin dalah satu teori yang tidak berasas di sudut sains.

Demikian juga yang dikatakan oleh seorang pakar biokimia dari Universiti Lehigh, iaitu Dr. Michael Behe. Di dalam buku yang bertajuk Darwin's Black Box: The Biochemical Challenge to Evolution (The Free Press, New York 1996), beliau menyatakan sebahagian sistem biokimia adalah begitu kompleks kejadiannya sehinggakan tidak memungkinkan ia terjadi secara bertahap - tahap mengikut proses evolusi. Beliau menamakan fenomena yang kompleks ini sebagai Irreducible Complexity. Sebagai contoh, dalam proses pembekuan darah semasa berlaku pendarahan, protein dan enzim diperlukan serentak. Mengikut teori evolusi, kedua - duanya tidak dapat dihasilkan serentak kerana mengikut urutannya, protein perlu dihasilkan terlebih dahulu sebelum ia digunakan bagi menghasilkan enzim. dalam keadaan enzim balum dapat dihasilkan, bagaimana pendarahan dapat dihentikan? Apabila pendarahan tidak dapat dihentikan bagaimana hidupan yang berdarah dapat hidup?Apabila hidupan ini tidak dapat hidup bagaimana proses evolusi dapat bertahan?

Justeru pada hari ini semakin ramai saintis yang mempertikaikan teori evolusi Darwin. Islam menentang teori Darwin sebagaimana Islam menentang kesemua teori yang tidak saintifik apatah lagi yang jelas mengingkari kewujudan kuasa Tuhan. Berhubung dengan asal - usul manusia, umat Islam sepatutnya tidak melupakan kata nabi yang bermaksud:

"Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)

Monday, February 16, 2009

Senarai Ahli MKIS '09 (Updated)


Assalamualaikum WBT..

Sebelum itu, beberapa info terbaru tentang projek ini:

Tarikh : 20-22 Mac 2009 (tarikh final, tiada pindaan lagi)
Tempat : Sekitar Kolej Za'ba
Aktiviti:
  • Jumaat - Gerai & Pameran (berlangsung hingga Ahad)Majlis perasmian + Pertandingan Tilawah al-Quran
  • Sabtu - Bengkel Sembelihan, Pertandingan Hafazan
  • Ahad - Pertandingan Khat, Pertandingan Puisi Islam, Malam Kemuncak Kesenian Islam

Berikut adalah senarai terbaru bagi projek MKIS'09 :

Majlis Tertinggi

  • Pengarah : Syah Nor Iman bin Othman
  • T. Pengarah : Mohd Helmi bin Yusuf
  • Setiausaha : Sakinah binti Abdullah
  • Bendahari : Siti Mariam binti Mohamed

Unit Teknikal & Logistik ( Penolong Pengarah : Kamarul Aliff bin Kamarulzaman )

Ahli - ahli :
  1. Mohamad Mujahid bin Mohamad Noor
  2. Suhaiza binti Zulkifli
  3. Norawanis binti Mansor
  4. Ros Emisah binti Che Hassan
  5. Mohd Hafiz bin Mahamat Tamamai
  6. Salina binti Mohd Yusoff
  7. Abdus Salam bin Anuar
  8. Muhamad Rizal bin Ahmad
  9. Muhammad Zulfaiz bin Mohd Yusof

Unit Tajaan & Perhubungan Luar ( Penolong Pengarah 1 : Salizawati binti Mohammad---Penolong Pengarah 2 : Abdul Hadi bin Mat Som )

Ahli - ahli:
  1. Nabeel bin Ata Abdul Muneim
  2. Nooraida binti Ahmad
  3. Nor Diana binti Abdullah
  4. Nur Farahiyah binti Che Lah
  5. Nur Jalilah binti Jusoh
  6. Siti Aisyah binti Mohd Basri
  7. Syaidatulnor binti Ibrahim

Unit Aturcara dan Protokol ( Penolong Pengarah : Siti Maisarah binti Bakri )

Ahli - ahli:
  1. Siti Hanis binti Mokhtar
  2. Siti Fasihah binti talib
  3. Ahmad Amzar bin Sohaimi
  4. Siti Zubaidah binti Ismail

Unit Informasi dan Hebahan ( Penolong Pengarah : Siti Shuhada binti Abdul Rahman )

Ahli - ahli:
  1. Ramlah binti Ngatten @ Ngadenan
  2. Nabihah Al Muna binti Mohd Nor
  3. Nik Luqman Nurhakim bin Mohamed Juhan

Unit Tugas - tugas Khas ( Penolong Pengarah : Nik Syafi'in bin Nik Man )

Ahli - ahli:
  1. Siti Lawani binti Samail
  2. Nurulain binti Mohammad
  3. Nor Atika binti Shoffri
  4. Siti Kartini binti Mat Jusoh
  5. Siti Asmah binti Ammituh
  6. Siti Hawa binti Zainon

Unit Cenderamata dan Domestik ( Penolong Pengarah : Syairuddin bin Ismail )

Ahli - ahli:
  1. Mardhiah binti Said
  2. Noor Shafifiyaz binti Mohd Yazid
  3. Khairul Nizam bin Ibrahim
  4. Tengku Nurul Najiehah binti Tengku Awang

Unit Malam Persembahan ( Penolong Pengarah : Ahmad Zharif bin Ismail )

Ahli - ahli:
  1. Sa'aidah binti Sukar
  2. Siti Khawla binti Azemi
  3. Siti Nazriyah binti Muhammad Nizam
  4. Nor Shafiza binti Mansor

Diharapkan kepada nama - nama yang tertera supaya dapat alert dan mengikut arahan semasa yang diberikan oleh Majlis Tertinggi dan Ketua Unit masing - masing. Diharapkan projek ini dapat membuahkan hasil seperti yang dirancang.

"Seni Islam Melakar Peradaban"

-Pengarah MKIS '09-



Notis Mesyuarat MKIS '09

Assalamualaikum WBT..

2 mesyuarat penting bagi projek MKIS '09 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

1. Mesyuarat semua ahli (AJK, Exco, MT) MKIS '09

Tarikh : 18 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Surau al-Irsyad
Agenda : Penerangan terperinci MKIS '09, skop tugasan serta sesi soal jawab bersama Pengarah

2. Mesyuarat MT, Exco MKIS '09

Tarikh : 20 Februari 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Surau al-Irsyad
Agenda : Laporan gerak kerja setiap Unit

Kehadiran semestinya diwajibkan. Sekian, harap maklum

"Seni Islam Melakar Peradaban"

-Pengarah MKIS '09-

Status..

Assalamualaikum WBT..

Harap maaf kerana kami jarang update blog Balai..team bloggers Balai Islam tak dapat nak update kerana masalah wireless di blok A..tambahan pula bulan Februari ini bulan di mana banyak projek Kolej sedang dijalankan..

Walaupun dengan alasan - alasan ini, kami akan sentiasa cuba untuk update bila ada waktu dan peluang..

Sebagai kesimpulan, ini adalah beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Februari:

1. Rehlah AJK JKP balai Islam bertempat di tasik berdekatan AmCorp Mall, Taman Jaya pada 9 Februari 2009. Gambar akan diupload kemudian.

2. Bengkel IT yang dikendalikan oleh Biro Penerbitan dan Informasi bertempat di Bilik Seri Jati Kolej Za'ba pada 15 Februari (Ahad).

Selain itu, beberapa maklumat terkini mengenai projek MKIS '09 :

1. Projek MKIS '09 terpaksa ditunda pada 20-22 Mac 2009 kerana ada pertembungan dengan projek - projek kolej yang lain. Oleh kerana projek lain menunda tarikh tanpa notis terlebih dahulu, maka MKIS '09 terpaksa dianjak ke tarikh yang telah dinyatakan untuk mengelakkan kecelaruan berlaku.

2. Pertandingan yang akan dirangka adalah Pertandingan Tilawah al-Quran, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Khat, serta Pertandingan Puisi Islam anjuran Kelab Orator Za'ba.

3. Artis yang dijemput adalah Amar.

Satu akaun Flickr akan dibuat untuk memuatkan galeri gambar Balai Islam. Akhir kata, harap maaf dan kami akan cuba update blog dengan lebih kerap.

Sekian, terima kasih

-Team bloggers JKP Balai Islam-