Friday, January 30, 2009

Tips Membina Diri Menjadi Wanita Cantik

Oleh Roha Hassan, wanitajim0@yahoo.com (Pengurus Kelab Remaja JIM)

Berikut beberapa panduan kecantikan yang perlu dimiliki oleh remaja jika ingin menjadi 'insan cantik' :

1. Bercita - cita tinggi dan mempunyai wawasan.

Pada usia muda, seorang remaja harus memiliki wawasan dan matlamat yang ingin dicapai.

2. Tahu membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

Firman Allah bermaksud:

"Dan sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula orang yang menyeleweng dari kebenaran. Barang siapa yang taat maka mereka itu benar - benar sudah memilih jalan yang lurus, adapun orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam"

(Surah al-Jin : 14-15)

3. Sayangkan diri, keluarga dan masyarakat

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Tidaklah sempurna iman seorang di antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri"

4. Berilmu pengetahuan dan bermaklumat

Seorang remaja mesti mendapatkan sebanyak mungkin ilmu iaitu ilmu akademik, ilmu kerohanian, dan ilmu pengurusan.

5. Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang berkata, Rasulullah SAW bersabda :

"Dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

6. Menghormati diri dan orang lain

Seseorang remaja mesti tahu menghormati diri dengan menjauhi tingkah laku yang boleh menyebabkan pihak lain hilang rasa hormat kepadanya.

7. Berlaku adil

Seseorang remaja harus berlaku adil dalam pergaulan dan semasa membuat pertimbangan.

8. Menjauhi maksiat

Remaja cantik takut pada firman Allah yang bermaksud :

"Sudah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

(Surah ar-Rum : 41)

9. Faham hak dan tanggungjawab sebagai rakyat

Sebagai remaja yang cantik, anda mestilah tahu keadaan semasa tanah air dan mengetahui sejarah kemerdekaan tanah airnya.

10. Mesra alam

Seorang remaja yang menunaikan hak dengan memelihara alam dan menyayangi haiwan adalah remaja berakhlak mulia.

No comments: