Friday, January 30, 2009

Brochure C.O.M.P.L.E.T.E (Coalition of Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinians)


Brochure ini adalah terbitan COMPLETE (Coalition of Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinians)

JKP Balai Islam ingin berkongsi kandungan brochure ini dengan anda semua bagi membuatkan kita lebih banyak kesedaran tentang saudara - saudara Palestin kita yang sedang ditindas dengan hebat di bumi Palestin.

DID YOU KNOW..

  • Did you know since the creation if the United Nations in 1945, no country has violated as many UN Security Council Resolutions as the state of Israel?
  • Did you know that anyone of Jewish can move to Israel, but Palestinians born there and with home and land there are not allowed to return?
  • Did you know that Palestinians are not allowed to move between their own towns without first getting a 'visa' from Israel?
  • Did you know that Israel allots 85% of the water resources for Jewish settlers and the remaining 15% is divided among the Palestinians. For example in Hebron, 85% of the water is given to about 400 Jewish settlers, while 15% must be divided among Hebron's 120,000 Palestinians?
  • Did you know that former Prime Minister Ariel Sharon was held responsible for the massacre of more than 2750 Palestinians in the refugee camps of Sabra and Chatila? The UM qualified the massacre by Sharon as GENOCIDE.
  • Did you know that 5 million of the 8 million Palestinians are refugees, making them the biggest group of refugees in the world?

The world must stop and take notice of the continuous oppression of the Palestinian people. To be left defenseless and voileless agaisnt a force that is known to be the fourth most powerful military in the world is against every grain of humanity.

Palestine : Life Under Occupation

  • You are denied permission to leave the country even when you are seriously ill.
  • Your land is stolen from you and your homes are regularly demolished.
  • Your towns are separated from each other by military checkpoints and separation walls.
  • You need a visa to move from town to town within your own homeland.
  • Your children are denied equal opportunities in education.

WELCOME TO LIFE UNDER ISRAELI OCCUPATION

Palestinians consider 'Palestine' to be the area covered by what we now call Israel plus the Occupied Territories. It borders Lebanon in the north, Syria and Jordan in the west, touches Saudi Arabia and Egypt in the south and the Mediterranean Sea in the east.

In 1917, the British promised a homeland for the Jews through the Balfor Declaration in the land of Palestine where the people living there could trace their roots over many centuries. At this time, more than 90% of the population here were Arabs, Muslims and Christians.

The mass migration of Jews began in the 1920s and tension was inevitable. Britain then handed over the matter to the United Nations and in 1948, the UN partitioned the land to create the state of Israel giving Jews 55% of the land when they lade up only one-third of the population and owned only 6% of the total land area. The Palestinians were forced off their land even though they were the legal owners, and have never been allowed to return.

It was also in 1948, after a war with her Arab neighbours, that Israel seized another 22% of the land, expelled some 800,000 inhabitants and destroyed 531 villages. In 1967, after the 'Six Day War' Israel occupied Gaza and West Bank. In the same year, the United Nations Security Council passed resolution 242, declaring the occupation ollegal and demanded Israel to withdraw and return the land to its rightful owners.

Israel ignored the demand and continues to ignore many other UN resolutions since. This is because the US has been vetoing all efforts to end the illegal occupation.

What YOU Can Do

  1. Don't throw this away, read it.
  2. Educate yourself - find out the realities of the situation. Get your facts right, diversify your sources of information.
  3. Be involved - participate in events, campaigns and workshops. Be proactive.
  4. Spread the word - tell a friend, blog about it, put it up on your Facebook/Friendster/MySpace, write to the media or at least pass this brochure along to a friend.
  5. Support the cause - donate generously towards the Palestinian cause.
  6. Keep them in your thoughts and prayers.

--Informasi brochure tamat--

Untuk maklumat lanjut, layari www.completemalaysia.blogspot.com

Sakretariat COMPLETE: complete2009@gmail.com

Puan Azra Banu - 016 209 4500
Puan Siti Jamilah - 012 371 8518
Puan Mimi Nora - 012 372 3135

atau layari mana - mana website yang memperjuangkan kebebasan Palestin.

Semoga anda mendapat lebih maklumat tentang keadaan di Palestin. InsyaAllah..

-Unit Penerbitan & Informasi JKP Balai Islam KK7-


Tips Membina Diri Menjadi Wanita Cantik

Oleh Roha Hassan, wanitajim0@yahoo.com (Pengurus Kelab Remaja JIM)

Berikut beberapa panduan kecantikan yang perlu dimiliki oleh remaja jika ingin menjadi 'insan cantik' :

1. Bercita - cita tinggi dan mempunyai wawasan.

Pada usia muda, seorang remaja harus memiliki wawasan dan matlamat yang ingin dicapai.

2. Tahu membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

Firman Allah bermaksud:

"Dan sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula orang yang menyeleweng dari kebenaran. Barang siapa yang taat maka mereka itu benar - benar sudah memilih jalan yang lurus, adapun orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam"

(Surah al-Jin : 14-15)

3. Sayangkan diri, keluarga dan masyarakat

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Tidaklah sempurna iman seorang di antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri"

4. Berilmu pengetahuan dan bermaklumat

Seorang remaja mesti mendapatkan sebanyak mungkin ilmu iaitu ilmu akademik, ilmu kerohanian, dan ilmu pengurusan.

5. Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang berkata, Rasulullah SAW bersabda :

"Dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

6. Menghormati diri dan orang lain

Seseorang remaja mesti tahu menghormati diri dengan menjauhi tingkah laku yang boleh menyebabkan pihak lain hilang rasa hormat kepadanya.

7. Berlaku adil

Seseorang remaja harus berlaku adil dalam pergaulan dan semasa membuat pertimbangan.

8. Menjauhi maksiat

Remaja cantik takut pada firman Allah yang bermaksud :

"Sudah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

(Surah ar-Rum : 41)

9. Faham hak dan tanggungjawab sebagai rakyat

Sebagai remaja yang cantik, anda mestilah tahu keadaan semasa tanah air dan mengetahui sejarah kemerdekaan tanah airnya.

10. Mesra alam

Seorang remaja yang menunaikan hak dengan memelihara alam dan menyayangi haiwan adalah remaja berakhlak mulia.

Penghargaan..


Bilangan klik blog Balai Islam setakat ini..baru beberapa bulan blog ini dibina, bilangan klik dah mencapai lebih 5000. Satu pencapaian yang agak baik untuk Blog ini.

Terima kasih atas kunjungan anda semua..terima kasih atas komen - komen yang diberikan, semoga semua itu adalah untuk kami membaiki diri untuk menjadi yang terbaik, demi Islam.

Harapan saya agar blog ini sentiasa dapat diupdate untuk manfaat semua pengunjung..

Harap - harap cecah 1 juta..hehe..

-Syah Nor Iman-
Pen. Pengarah Unit Penerbitan & Informasi JKP Balai Islam KK7


Wanita Pertama Masuk Syurga

Saydatina Fatimah az-Zahra adalah puteri kesayangan Rasulullah SAW dan satu-satunya puteri baginda yang menghasilkan anak untuk meneruskan zuriat kepada baginda Rasulullah.Beliau berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib dan melahirkan dua orang putera iaitu Hassan dan Hussein. Hubungan Rasulullah SAW dengan Saidatina Fatimah sekeluarga begitu intim dan baik sekali.

Pada suatu hari, baginda membicarakan mengenai kenikmatan syurga dan orang - orang yang tinggal di dalamnya dengan Fatimah. Antara lain nabi bersabda;
"Wahai anakandaku! Ada seorang perempuan kebanyakan yang akan masuk syurga lebih dahulu daripada anakanda."

Mendengar kata-kata Rasulullah itu maka air muka Fatimah terus berubah. Sambil menangis, beliau berkata kepada Rasulullah;
"Siapakah perempuan itu ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu ke dalam syurga daripada anakanda?"

Lalu Rasulullah berkata;
"Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Bukit Uhud, tiga batu dari Madinah."

Tanpa membuang masa, Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya itu. Setibanya di rumah perempuan tersebut, dia pun mengetuk pintunya. Perempuan berkenaan yang bernama Mutiah keluar sambil bertanyakan hajat kedatangannya tetapi tidak menjemput Fatimah masuk ke rumahnya.

Fatimah menyatakan bahawa kedatangannya adalah untuk berjumpa dan berkenalan dengannya. Mutiah menjawab;
"Terima kasih, puan. Tetapi saya tidak dapat membenarkan puan masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti bila saya minta izin apabila dia balik. Silalah datang pada esok harinya."

Fatimah pulang dengan perasaan sedih, dukacita dan hampa kerana tidak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Keesokan harinya, beliau datang lagi dengan membawa bersama anaknya, Hassan.

Sebaik saja tiba di rumah wanita itu dan pintu dibuka, tiba-tiba dia melihat ada budak bersama-sama Fatimah. Fatimah menyatakan bahawa budak itu adalah Hassan, anaknya. Lantas perempuan itu berkata;
"Maaf puan kerana saya belum minta izin masuk anak puan daripada suami saya."

Keadaan ini menjadikan Fatimah serba salah. Hendak pulang, jauh. Hendak ditinggalkan Hassan di luar, khuatir dia akan menangis. Hendak dibawanya masuk, belum mendapat keizinan suami perempuan tadi. Akhirnya, beliau terpaksa juga balik.

Keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang lagi dengan membawa kedua-dua anaknya, Hassan dan Hussein. Beliau disambut oleh perempuan itu tetapi terkejut apabila terdapat budak lain pula yang belum diminta keizinan dari suaminya. Terpaksalah Fatimah pulang dan datang lagi pada keesokan harinya. Dalam perjalanan pulang, Fatimah merungut sendirian;
"Perempuan ini sangat takutkan suaminya sehingga perkara yang begini pun dia tak berani lakukan. Jika dia benar pun aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ni siapa dan dua budak ini cucu siapa? Pandanglah kepada tetamu dan orang jauh pula."

Apabila suaminya pulang, perempuan itu memberitahu tentang budak lelaki yang satu lagi itu. Suaminya terkejut dan hairan sambil berkata;
"Kenapa awak tahan sampai begitu sekali. Bukankah Saidatina Fatimah itu puteri Rasulullah SAW dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah? Sepatutnya awak benarkan mereka kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaannya (Nabi). Jangan awak buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke mari dengan membawa apa pun dan siapapun, terimalah dengan baik dan awak hormatlah mereka semua sebagaimana yang patut bagi darjat mereka."

Mutiah kemudian berkata;
"Baiklah tapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung kepada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu, saya tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak."

Pada keesokan harinya, Fatimah datang lagi dengan membawa kedua-dua orang puteranya. Mereka diterima dan diberi hormat mengikut adat kampung dengan dijamu sedikit buah kurma dan air.

Kemudian mereka memulakan perbualan. Kemudian, tanpa mempedulikan Fatimah, Mutiah berjalan ke arah muka pintu sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menanti kedatangan seseorang.

Dalam pada itu Fatimah terlihat di tangannya terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air, manakala tangan sebelah lagi mengangkat hujung kainnya sehingga menampakkan betis dan sedikit pahanya. Mukanya tersenyum manis.

Perlakuan Mutiah yang langsung tidak mempedulikan kehadirannya dan anak-anaknya telah menimbulkan perasaan resah kepada Fatimah. Lantas beliau bertanya untuk mendapat penjelasan. Kata Mutiah;
"Puan, maafkan saya kerana saya sedang menanti kepulangan suami saya."

"Buat apa dengan bekas air dan tongkat itu?" Tanya Fatimah.

"Sekiranya suami saya dahaga ketika sampai di rumah nanti, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat, mungkin dia akan marah. Tongkat ini memudahkan dia memukul saya sekiranya dia marah."

Kemudiah Fatimah bertanya lagi;
"Kenapa pula selak kain sehingga menampakkan aurat? Bukankah perbuatan seperti itu haram?"

Jawab Mutiah:
"Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan pada maksudnya."

Fatimah mendengar penjelasan Mutiah dengan penuh hairan dan lantas berkata pada dirinya sendiri;
"Jika beginilah kelakuan dan perangainya, tidaklah dapat aku mengikutnya. Patutlah dia dimasukkan ke syurga lebih dahulu daripada aku. Benarlah keselamatan perempuan yang bersuami itu bergantung kepada ketaatan kepada suami dan keredhaan suami terhadapnya."

Dengan esak tangis dan linangan air mata, Fatimah pulang ke rumah dan terus menemui Rasulullah. Ketika menemui ayahandanya, Fatimah terus berkata;
"Anakanda berasa sungguh sedih dan lemah segala sendi kerana tidak dapat meniru dan mengamalkan tingkah laku perempuan yang ayahanda ceritakan itu."

Rasulullah tersenyum mendengar rintihan Fatimah. Faham dengan perasaannya, Rasulullah lantas berkata;
"Anakanda janganlah susah hati. Perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali kenderaan tunggangan anakanda ketika masuk ke syurga. Sebab itulah dia masuk dahulu."

Mendengar pernjelasan itu barulah Fatimah tersenyum kembali.

Thursday, January 29, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah r.a :

"Ya Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara:

1. Sebelum khatam al-Quran,
2. Sebelum membuat para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau mengerjakan haji dan umrah.."

Bertanya Aisyah:

"Ya Rasulullah..bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara itu seketika?"

Rasulullah tersenyum dan berkata:

"Jika engkau tidur, bacalah surah al-Ikhlas 3 tiga kali seakan - akan kau khatam al-Quran. Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari akhirat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Alhamdulillah..

Assalamualaikum WBT..

Pada hari ini blok A Kolej 7 sudahpun mempunyai kemudahan wireless, terima kasih kepada pihak PTM UM yang memasang wireless serta beberapa ahli MT, exco Balai Islam yang membuat laporan di PTM beberapa minggu yang lalu..

Oleh kerana blog ini diupdate oleh muslimin - muslimin biro penerbitan, ini membawa satu berita baik buat kami kerana kami dapat update blog ini dengan lebih kerap berbanding dahulu..

Kami memohon maaf buat pengunjung blog kerana selama ini blog jarang diupdate. Kami akan berusaha untuk mencari artikel serta kisah - kisah yang menarik untuk tatapan semua..

Selamat berkunjung..

-Biro Penerbitan Balai Islam KK7-

Tuesday, January 20, 2009

Keputusan PRK UM 2009

Assalamualaikum WBT..

Keputusan PRK UM telah diumumkan kira - kira jam 3.30 pagi semalam..angka sebenar bagi jumlah undi masih tidak dapat diperoleh, akan tetapi Pro - mahasiswa UM telah memperolehi 8 daripada 9 kerusi umum yang dipertandingkan sementara bagi kerusi fakulti, Pro - mahasiswa berjaya memperolehi 14 kerusi daripada 32 kerusi fakulti yang dipertadingkan..

JKP Balai Islam mengucapkan tahniah kepada calon - calon yang berjaya. Diharapkan segala apa yang telah dijanjikan oleh anda semua dapat ditunaikan bagi menjaga kebajikan mahasiswa di Universiti Malaya.

Saturday, January 17, 2009

Selamat Mengundi!


Assalamualaikum WBT..

Memandangkan musim PRK di UM sedang melanda, JKP Balai Islam ingin mengucapkan selamat berkempen dan selamat mengundi buat semua mahasiswa/i Universiti Malaya..

Anda semua diharapkan turun mengundi untuk melaksanakan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa/i. Pilihlah calon yang menetapi ciri - ciri kepimpinan sejati.

Kepada wakil - wakil calon serta jentera PRK, diharapkan anda berkempen secara sihat dan efektif, good luck dan bersabar menghadapi segala dugaan semasa berkempen..

-JKP Balai Islam KK7-

Friday, January 16, 2009

Gotong - royong Bersihkan Surau


Assalamualaikum WBT..


Pada hari Ahad ini (18 Januari 2008), diharapkan semua ahli JKP Balai Islam Kolej Za'ba turun ke Surau al-Irsyad untuk menjayakan gotong - royong membersihkan surau. Aktiviti akan bermula seawal jm 8.30 pagi. Penglibatan semua ahli JKP Balai Islam Kolej Za'ba amatlah diharapkan..
Sekian, harap maklum..

Islam Dihina!


Kepala babi diletakkan di surau APIUM, dijumpai kira - kira pada jam 5 pagi.

Ini bukan soal politik tapi soal maruah ISLAM..

Sebarkan..semoga yang melakukannya mendapat hidayah dan diberikan balasan yang sewajarnya dari Allah SWT..

Sunday, January 11, 2009

Gaza terus dibedil


Sehingga hari ini, 11 Januari 2009,Zionis terus membedil Gaza dengan ‘azam’ untuk memastikan tiada lagi serangan roket oleh Hamas ke atas wilayah Israel. Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang.Tentera Washington tela  buka tender sewa kapal dagang untuk hantar 3,000 tan peluru ke Israel.

Jadi, bangkitlah mahasiswa/siswi. Marilah kita berjuang membantu rakyat Palestin.

Palestin: Berjuanglah, usah dibazir usia muda



Tindakan zalim regim haram Zionis Israel membunuh rakyat dan memusnahkan penempatan Palestin di Gaza adalah sangat dikesali dan ternyata bertentangan dengan peradaban manusia yang bermoral dan bertamadun. Sebagai umat Islam yang bersaudara, kita wajib menolong sesama kita. Adakah kita tidak menyayat lagi melihat sedemikian rupa kekejaman yang dilakukan oleh tentera zionis terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Jadi kepada mahasiswa/siswi, saya ingatkan, perhebatkan perjuangan jangan dibazirkan tenaga muda itu sebab akan ditanya nanti � zaman muda kamu ke mana kamu habiskan? Akan buruklah nasib badan jika dijawab dihabiskan di mid valley, membeli dengan sewenang-wenangnya barangan Israel-KFC, starburk, McDonald, maggi, bercouple sana sini dan banyak lagi, sedangkan saudara kita di Palestin hidup di dalam keperitan. Tak rasa sampai hati ke kita,sebaliknya akan berbahagiakan yang menjawab dihabiskan untuk perjuangan antara lain membela nasib umat Islam Palestin sekalipun melalui demonstrasi, derma hatta berdoa sekalipun. Itupun sebaik-baik amalan daripada kita tak berbuat apa-apa langsung.


Wednesday, January 7, 2009

Program Bersamamu Palestin

Assalamualaikum WBT..

Bagi memperingati kejadian peperangan di Palestin yang melibatkan saudara seagama kita yang sedang tertindas di bumi mereka sendiri akibat kekejaman rejim Zionis, JKP Balai Islam akan mengadakan satu program Bersamamu Palestin seperti ketetapan yang berikut:

Terikh : 11 Januari 2009 (Ahad)

Masa : 7.00 petang

Lokasi : Dewan Nukleus Kolej Kediaman Ketujuh, UM

Berikut merupakan tentatif program yang akan diadakan pada hari tersebut:

7.00 petang : Solat Maghrib berjemaah serta Solat Hajat

7.45 petang : Tazkirah mengenai isu di Palestin

8.30 malam : Solat Isyak berjemaah

9.00 malam : Tayangan video

9.30 malam : Jamuan/bersurai


Panglibatan anda semua menunjukkan kecintaan anda kepada rakan - rakan kita yang sedang berjihad di jalan Allah..semoga kehadiran anda semua diberkati dan diberi ganjaran yang sebaiknya. Show that we care..

Sekian, harap maklum..

-Unit Penerbitan & Informasi JKP Balai Islam KK7-