Showing posts with label Fadhilat Amal. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat Amal. Show all posts

Friday, April 17, 2009

Hakikat Ilmu Tasawuf..part 2

Sambungan dari part 1, membincangkan tentang ajaran-ajaran Tasawuf mengikut Imam al-Qusyairi...


Khauf

Takut Kepada Allah.

Raja'

Sentiasa berharap keampunan dan rahmat Allah SWT.

Ju'-Wa Tarkus-Syahwat

Membiasakan lapar dengan puasa sunat dan menahan hawa nafsu.

Khusyuk/Tawaduk

Tenang hati dan rendah diri, serta tidak sombong.

Qana'ah

Tidak tamak dan rakus.

Tawakal

Setelah berusaha, perlu menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Syukur

Berterima kasih kepada Allah atas segala rahmat dan nikmat-Nya.

Yakin

Keyakinan yang teguh kepada Allah.

Sabar

Tahan menghadapi penderitaan.

Muraqabah

Meyakini dengan sesungguhnya bahawa Allah sentiasa mengawasi dan mengetahui segala gerak-geri kita.

Dalam masalah Muraqabah ini Imam al-Qusyairi berkata:

"Muraqabah itu ialah seseorang itu meyakini bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi dirinya."

Maka jika sudah begitu mendalamnya muraqabah itu dalam diri seseorang, maka sudah tentu dia akan sentiasa mengingati Allah, menjaga dirinya dari perkara yang dimurkai Allah yang akhirnya akan membuat dirinya sentiasa taat dan setia pada-Nya, dan merasa seolah-olah Allah sentiasa di hadapannya mengawasi segala pekerjaannya, perkataannya dan gerak-gerinya. Inilah yang dimaksudkan dengan Muraqabah.

Berkata ahli sufi:

"Barang siapa yang mengawasi/memelihara Allah dalam hatinya Nescaya Allah akan memelihara mereka pada anggota badannya."

Tersebut lagi dalam Risalah Qusyairiah, seorang ahli sufi terkenal Nashrabadzi berkata:

"Raja' (harapan) itu menggerakkan engkau kepada taat, Khauf pula menjauhkan engkau dari maksiat dan Muraqabah pula mendorong engkau ke jalan yang benar."

Dari keterangan ini jelas kepada kita betapa pentingnya Raja' Khauf dan Muraqabah itu dalam ilmu Tasawuf.

Dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita:

"Sesungguhnya Allah itu sentiasa mengawasi dan mengintip-intip atas kamu."
Surah an-Nisa, ayat 10

"Dia (Allah) mengetahui pengkhianatan mata dan kejahatan yang disembunyikan oleh dada."
Surah al-Mukmin, ayat 19

"Dan Allah itu mengawasi atas setiap sesuatu."
Surah al-Ahzab, ayat 52

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, ternyata betapa pentingnya ajaran Muraqabah itu wujud dalam diri dan hati seseorang bagi menjaga den mengawasi hati dan pancaindera zahir dari dosa dan kesalahan, kerana walaupun perkara itu tersembunyi jauh di sudut hati, akan tetap diketahui oleh Allah Tuhan Yang Maha Raqib.

Redha

Rela menerima segala Qada' dan Qadar Allah atas diri kita.

Ubudiah

Penghambaan diri kepada Allah SWT.

Iradat

Berkemahuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Istiqamah

Tetap berpegang atas kebenaran. Istiqamah ini sangat penting ditanamkan di hati setiap mukmin, ini kerana mengingat betapa banyaknya bisikan dan godaan syaitan terutama di akhir zaman seperti sekarang. Hanya orang-orang yang istiqamah sahaja yang akan terselamat daripada pujuk rayu syaitan dan iblis itu. Allah Taala memberikan jaminan kepada mereka yang beristiqamah akan ditempatkan-Nya di syurga dan kekal abadi di dalamnya. Firman-Nya:

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya sebagai balasan terhadap amal yang mereka kerjakan."
Surah al-Ahqaf, ayat 13-14

Ikhlas

Semua ibadat yang dilakukan semata-mata kerana Allah, bukan kerana yang selain daripada-Nya.

Siddiq

Sentiasa berkata yang benar, baik dalam percakapan mahupun perbuatan.

Haya'

Malu melakukan dosa kecil mahupun dosa besar.

 Zikir

Mengingat Allah dengan mengucapkan pujian kepada-Nya.

Futuwah

Baik hati dan sedia berkorban.

Firasah

Pandangan yang mendalam di dalam ilmu Firasat.

Al-Khulq

Budi pekerti yang mulia.

Doa

Banyak munajat kepada Allah SWT.

Demikianlah garis-garis panduan bagi ajaran Tasawuf yang menjadi tumpuan amal mereka. Sebenarnya bahawa ajaran-ajaran Tasawuf itu adalah amalan semua kaum Muslimin di mana saja mereka berada. Hanya bezanya yang amat ketara bahawa golongan ahli sufi mengamalkan ajaran-ajaran itu secara lebih mendalam sehingga menjadi falsafah hidup mereka. Mereka lebih mementingkan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia kerana mereka lebih memahami dan mendalami ayat-ayat al-Quran yang menjadi dasar Tasawuf itu. Misalnya firman Allah:

"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian di muka bumi dan tidak pula membuat kerosakan. Dan kesudahan yang baik itu adalah untuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah."
Surah al-Qasas, ayat 83

Maka difahamkan dari ayat ini jelas dan terang bahawa Allah Taala menyediakan negeri akhirat (Syurga) itu untuk hamba-hamba-Nya yang tidak menginginkan kemegahan, ketinggian dan sunjungan dalam kehidupan di dunia dan tidak pula mengadakan kejahatan serta kerosakan di muka bumi.

Oleh itu, orang-orang yang faham lebih mendalam tentang maksud ayat ini, mereka tidak begitu mementingkan kehidupan dunia, mereka hanya mengambil dunia sekadar keperluannya sahaja, mereka bersikap zuhud, qana'ah dan wara' terhadap kesenangan dunia, mereka menjadikan dunia betul-betul sebagai jambatan ke akhirat. Mereka sekadar lalu di atasnya, mereka tidak merasa perlu mendirikan mahligai indah di atas jambatan yang sebentar lagi mereka akan tinggalkan buat selama-lamanya. Hanya orang yang lalai sahaja akan terpedaya dengan dunia yang fana ini, mereka (ahli sufi) tidak terlonjak riang jika dunia jatuh ke riba mereka, sebaliknya mereka tidak merasa duka bila dunia itu lari daripadanya. Ingatan mereka sentiasa terpaut dengan firman Allah:


"Katakanlah (wahai Muhammad), kesenangan itu sedikit (sebentar sahaja) dan kesenangan akhirat itu lebih baik (kekal) bagi orang yang bertaqwa."
Surah an-Nisa', ayat 77

Semua kaum Muslimin yang benar-benar Muslim dan Mukmin mengamalkan ajaran-ajaran Tasawuf di atas, hanya sebahagian mengamalkan sekadar yang wajib sahaja misalnya 'ibadat', sesetengah Muslimin mengerjakan ibadat asas sahaja seperti solat 5 waktu, puasa wajib serta mengerjakan haji sekali seumur hidup dan sebagainya. Namun, ahli sufi mengerjakannya jauh lebih banyak dan mendalam. Jika orang awam akan bertaubat jika melakukan dosa, maka ahli sufi akan bertaubat jika ada lalai hatinya dari mengingat Allah, walaupun sesaat.

Berkata Dzin Num al-Misri:

"Taubat orang awam itu apabila melakukan dosa, dan taubat orang khauwash (orang istimewa) apabila lalai mengingati Allah."

Dari keterangan Ulama Sufi yang terkenal itu, nyata betapa mendalamnya amal ibadat mereka, bahkan suatu perkara yang sudah dipandang baik oleh orang-orang yang baik-baik, tetapi bagi orang-orang Muqarrabin (yang dekat kepada Allah), perkara itu masih dianggap buruk. Tersebut di dalam al-Mizanul Kubra, Imam Sya'rani menyebutkan sebuah Qaidah orang-orang Muqarrabin yang berbunyi begini:

"Sesuatu yang hasanat (baik-baik) pada pandangan orang-orang baik, masih dipandang buruk (Sayyiat) pada sisi orang-orang Muqarrabin."
al-Mizanul Kubra, Jilid 1, Halaman 113

Orang yang sampai ilmunya pada maqam (kedudukan) yang tinggi seperti Muqarrabin, mereka tidak salah berpandangan dan beramal menurut maqamnya itu, mereka adalah ulama'-ulama' besar, mereka wali-wali Allah di muka bumi ini.

Para Khulafa' ar-Rasyidin yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan juga termasuk 'Umar bin Abdul Aziz adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang hampir kepada Allah Taala dan mereka termasuk Imam dan Pemimpin umat Islam yang patut menjadi ikutan dan tauladan kaum Muslimin setelah Resulullah SAW. Begitu juga para ulama' mujahidin seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad Idris as-Syafi'ie dan Ahmad bin Hanbal, mereka adalah wali-wali Allah dan pemimpin umat Islam yang mesti dijadikan tauladan dan ikutan oleh kaum Muslimin.

Selamat Mengenali Ilmu Tasaquf. Sila rujuk kitab-kitab yang telah dinyatakan untuk rujukan anda sekalian.

Thursday, April 16, 2009

Hakikat Ilmu Tasawuf..part 1

Dalam mengenal hakikat ilmu Tasawuf, sebenarnya ulama' ahli Tasawuf telah banyak mengemukakan pendapat mereka tentang hakikat Tasawuf. Menurut Ibnu Khaldun:

"Asal pokok ajaran Tasawuf ialah tekun beribadat, berhubungan langsung kepada Allah, berpaling dari kemewahan dan kemegahan dunia, berlaku zuhud terhadap sesuatu yang dituntut oleh kebanyakan manusia dari kelazatan, harta kekayaan, kebesaran duniawi, dan mengasingkan diri dari orang ramai di tempat yang sunyi untuk beribadat kepada Tuhan."
Zuhrul-Islam IV hal 151

Maka inilah hakikat Tasawuf yang paling tepat menurut Ibnu Khaldun sebagaimana dikemukakan oleh Syaikh Ahmad dalam Kitab Zuhrul Islamnya dan ditulis pula oleh K. H. Sirajuddin Abbas dalam buku 40 Masalah Agama jilid 3 halaman 34.

Selain itu, menurut Imam al-Karakhi bahawa hakikat Tasawuf itu ialah:

"Mengekalkan taat kepada Tuhanmu, berkhidmat kepada sesama Muslim dan menasihati mereka."
Risalah Qusyairiah, halaman 9

Untuk lebih lengkap lagi bagi mengetahui ajaran Tasawuf itu, maka ada baiknya kita lihat pula pokok-pokok ajaran Tasawuf seperti yang dikemukakan oleh Imam Tasawuf yang terkenal iaitu Imam al-Qusyairi Rahimahullah.

Adapun ajaran-ajaran Tasaquf menurut Imam al-Qusyairi iaitu:

Taubat

Iaitu meninggalkan maksiat, serta menyesali mengerjakannya, beristighfar kepada Allah SWT. Taubat dari dosa ini adalah ajaran yang paling dahulu wajib dikerjakan sebelum yang lain-lainnya. Berkata Imam al-Qusyairi:

"Taubat itu ialah jalan pertama daripada beberapa jalan bagi orang-orang yang menuju keredhaan Allah dam makam (tempat) pertama daripada beberapa makam bagi orang-orang yang mencari makam yang diredhai Allah."
Risalah Qusyiriah, halaman 45

Imam Ghazali menyatakan pula tentang taubat ini:

"Taubat itu adalah nak kunci kebahagiaan bagi murid-murid yang belajar ilmu dan amalan Tasawuf."

Demikian betapa pentingnya taubat yang hukumnya adalah wajib bagi tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Mujahadah

Bersungguh-sungguh dalam beribadat.

Taqwa

Menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Warak

Menjauhi diri dari maksiat dan syubhat.

Zuhud

Meninggalkan segala hal-hal keduniaan yang halal, mengambil sekadar hajat keperluan sahaja, mengikis jiwa daripada mencintainya secara berlebih-lebihan

Berkata Imam al-Qusyairi:

"Zuhud pada perkara yang haram itu wajib dan zuhud pada perkara yang halal adalah sifat utama."

Berkata pula Imam Ahmad bin Hambal:

"Zuhud itu ada tiga macam: Meninggalkan segala yang haram, itulah zuhud orang-orang awam. Meninggalkan yang berlebihan daripada yang halal, itulah zuhud orang-orang khawash (orang yang istimewa). Meninggalkan segala apa saja yang boleh mengganggu seorang daripada mengingat Allah, maka itulah zuhud orang-orang arifin (bijak)."

Khalwat/Uzlah

Berseorangan beribadat kepada Allah.

Shamat

Banyak diam. Jika bercakap, maka bercakaplah yang benar. Jika tidak, maka lebih baik diam.

...bersambung pada post yang akan datang...



Thursday, March 5, 2009

Cerminan Kekuasaan dan Sifat-Nya

Sesuatu yang Tiada, Tidak Dapat Melakukan Sesuatu

Sesuatu yang tiada, tidak dapat melakukan sesuatu. Ini adalah perkara yang disepakati oleh semua orang. Hanya yang gila yang tidak menyetujuinya. Orang yang berakal tidak mungkin percaya bahawa jam di tangannya, kapal terbang atau kayu pembaris dijadikan oleh sesuatu yang tiada dan semua itu tidak mempunyai pencipta.

Firman Allah SWT:

(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya)

at-Tur: 35-36


Jikalau begitu:

  • Setiap perbuatan mesti mempunyai pelakunya.
  • Setiap rekaan mesti mempunyai perekanya.
  • Setiap ciptaan mesti mempunyai penciptanya.

Perbuatan Menjadi Cerminan kepada Kekuasaan Pembuat dan Penciptanya.

Pertalian antara benda yang dibuat dengan pembuatnya adalah sangat rapat kerana benda yang dibuat menjadi cerminan kepada kekuasaan pembuat dan penciptanya. Perkara ini boleh diperhatikan berdasarkan contoh cerminan, atau klu kepada kebolehan pencipta yang mencipta sesuatu benda, seperti:

Perhatikan sebatang pembaris kayu dengan teliti. Kita dapati ia diperbuat daripada kayu. Pada ketika itu kita akan mengetahui bahawa:

  • Pembuat pembaris mempunyai kayu.
  • Pembuat pembaris mampu membuat pembaris daripada kayu.

Kita juga dapat melihat pembaris tersebut licin, elok reka bentuknya dan lurus bahagian tepinya. Dengan menggunakan akal kita akan mengetahui bahawa:

  • Pembuat pembaris mempu menjadikan kayu itu licin.
  • Pembuat pembaris mampu memotong kayu dalam bentuk yang tertentu.
  • Pembuat pembaris mampu menjadikan bahagian tepi pembaris kayu lurus dan tidak bengkok.

Kita juga akan mendapati terdapat garisan sela-sela yang sama besar yang diperbuat menggunakan garis-garis hitam. Dengan ini kita akan mengetahui bahawa:

  • Pembuat pembaris mempunyai cat hitam.
  • Pembuat pembaris mempi menjadikan cat warna hitam tersebut sebagai garisan yang halus lagi tersusun.
  • Pembuat pembaris berkemampuan membahagikan pembaris kepada sela yang sama besar dan tepat.

Dengan cara berfikir kita juga dapat mengetahui dengan yakin tentang sebahagian sifat pembuat pembaris tersebut, kita akan mengetahui bahawa:

  • Ketepatan dalam pemotongan bahagian tepi pembaris dan pembahagiannya kepada bilah-bilah yang sama dan lurus hanya dapat dilakukan oleh seorang yang berakal dan bijak berfikir yang berkemampuan memotong dan membuat garisan yang tepat.

Begitulah sebilah pembaris memberitahu kita dan menggambarkan sifat dan kemampuan pembuatnya.

Contoh lain pula, jika kita berfikir tentang kereta, kita akan mengetahui satu hakikat yang jelas iaitu:

  • Pembuat kereta mempunyai besi, kaca, dawai dan getah.
  • Pembuat kereta berkemampuan membentuk besi, kaca, dawai dan getah dalam bentuk yang tertentu untuk membuat kereta.
  • Pembuat kereta mempunyai kemampuan membentuk komponen-komponen kereta sepertimana kita melihatnya.

Dengan menggunakan akal, kita dapat mengetahui satu hakikat yang menguatkan keyakinan kita terhadap sebahagian sifat pembuat kereta, iaitu kita akan mengetahui bahawa:

  • Pembuat kereta adalah seorang pakar dalam pembuatannya.
  • Pembuat kereta adalah seorang yang bijaksana dalam kerjanya.
  • Pembuat kereta adalah seorang yang berakal dan tidak gila.

Kalau begitu:

  • Semua ciptaan merupakan cerminan kepada kemampuan dan sifat pembuatnya.

Kaitan antara makhluk dengan Penciptanya adalah rapat. Sama seperti kaitan antara pembuat dengan benda yang dibuatnya. Begitulah makhluk menjadi cerminan kepada kemampuan dan sifat Penciptanya.

Tidakkah kamu tahu:

  • Ketika kita melihat berjuta-juta makhluk yang begitu baik ciptaannya dicipta setiap hari, kita mengetahui satu hakikat yang diterima akal serta diyakini bahawa terdapat Pencipta yang mencipta dan mengadakannya.

  • Ketika kita melihat beribu-ribu kehidupan yang membesar dan hidup daripada bahan yang tidak bernyawa, dengan menggunakan akal kita meyakini bahawa kehidupan yang dicipta pada benda-benda hidup tersebut adalah perbuatan Yang Maha Menghidupkan.

  • Apabila kita berfikir tentang berjuta-juta bentuk ciptaan yang cantik, berseni, indah, bijaksana, teratur dan teliti yang ada di depan mata kita pada setiap hari iaitu pada tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia dan benda-benda lain, kita mengetahui bahawa bentuk-bentuk itu adalah ciptaan Yang Maha Membentuk Rupa dagi Cantik Ciptaan-Nya.


Apabila kita berfikir tentang makhluk-makhluk ini, ia memberitahu kita sebahagian sifat Penciptanya:

  • Kita akan melihat hikmah yang jelas dalam pembentukan dan penyusunan semua makhluk. Ia memberitahu kita bahawa hikmah ini ialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Menghendaki.

  • Kita akan melihat pentadbiran yang bijak dan ketetapan yang teliti pada makhluk-makhluk ini. Ia memberitahu kita bahawa Tuhannya adalah Yang Maha Mengetahui lagi amat Mendalam Pengetahuan-Nya.

  • Kita akan melihat nikmat yang melimpah yang dinikmati oleh makhluk. Maka akal kita akan memberitahu kita bahawa Tuhannya adalah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

  • Akal kita akan menyeru kita dengan berkata bahawa kekuasaan yang nyata dan sifat yang begitu jelas dan dapat dirasai hanyalah daripada Pencipta yang Wujud.

Begitulah, sesiapa yang berfikir tentang makhluk Allah akan mendapatinya cerminan yang memperlihatkan kudrat dan sifat Tuhannya. Dengan itu dia akan beriman kepada Tuhannya dengan keimanan yang mantap tanpa keraguan. Oleh itu, al-Quran dan al-Karim telah menggesa kita supaya berfikir dan mengkaji dengan mendalam makhluk ciptaan Allah.

Firman Allah Taala:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis bintang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

al-Baqarah : 164


Pada masa dahulu, seorang Arab berkata untuk membuktikan keimanannya:

"Sekiranya tahi unta menunjukkan adanya unta, tapak kaki di jalanan menunjukkan adanya orang yang melaluinya, maka bumi yang mempunyai gunung-ganang dan langit yang mempunyai bintang, tidaklah ia menunjukkan wujudnya Tuhan Yang Maha Lembut lagi Amat Mendalam pengetahuan-Nya?"
Jadi, kita dapat melihat pada makhluk ciptaan Allah, kekuasaan dan sifat Allah. Kita juga dapat mengetahui kewujudan Allah dengan melihat perkara tersebut.


Sunday, March 1, 2009

Kecantikan Yang Memperdayakan

Kecantikan yang dikejar pada hari ini sering kali berasaskan hawa nafsu dan terpisah daripada petunjuk agama. Kecantikan yang diutamakan adalah yang berkaitan dengan kulit bukannya hati. Islam mementingkan kecantikan hati di samping tidak mengabaikan kecantikan hati di samping tidak mengabaikan kecantikan zahir, selagi mana ia tidak bercanggah dengan landasan syariat. Menurut Muslim, Nabi Muhammad berkata:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa parasmu dan tubuh jasadmu tetapi Dia melihat kepada kebersihan hatimu."


Kulit dan Penyerapan Bahan Toksik


Kulit adalah organ yang paling besar lagi kompleks yang mampu melaksanakan pelbagai fungsi bagi kesejahteraan manusia. Ia mempunyai keluasan 20 kaki persegi dan beratnya lebih kurang 8 paun (kira-kira 4 kilogram). Bagi setiap satu inci persegi, kulit mempunyai lebih kurang 19 juta sel. Kulit berfungsi mengeluarkan vitamin D3 yang digunakan di dalam proses pengeluaran tulang. Kulit juga merupakan sistem pertahanan yang menghalang bahan-bahan berbahaya daripada memasuki badan. Walau bagaimanapun, terdapat bahan-bahan khusus yang dapat menyerap masuk ke dalam badan melalui kulit.

Di antara insiden yang paling menonjol yang berkaitan dengan ini adalah yang melibatkan 40 orang pekerja di sebuah kilang kimia di Occidental, California pada tahun 1960. Kilang ini mengeluarkan bahan dibromochloropropane (DBCP) yang digunakan bagi membunuh cacing. Tanpa disedari, bahan ini menyerap masuk ke dalam badan melalui kulit dan kesannya pekerja-pekerja di kilang ini disahkan mengalami kemandulan. Contoh yang lain adalah bahan antikuman hexachlorophene, yang digunakan di dalam sabun-sabun yang dikeluarkan pada tahun 1950-an dan 60-an. Ia didapati dapat merosakkan otak dan menyebabkan maut ke atas bayi kesan daripada penyerapannya ke dalam badan bayi melalui kulit yang dilumuri sabun itu.

Kajian di Institut Worldwatch menunjukkan terdapat lebih kurang 75,000 bahan kimia yang mungkin disapu di atas kulit anda selama ini. Sebahagian daripadanya sudah diketahui sampingannya dan sebahagian yang lain masih belum diketahui kesan sampingannya sehingga ke hari ini. Mungkinkah kita hanya dapat mengetahui tentangnya apabila kesemuanya sudah terlambat.


Bahaya Kosmetik dan Kanser

Jumlah mereka yang menghidap penyakit kanser terus meningkat. Majalah Lancet 1999 melaporkan, lebih kurang 1.5 juta wanita di negara-negara maju disahkan menghidap kanser setiap tahun dan majoritinya adalah kanser payudara. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, setiap orang daripada dua orang lelaki mempunyai risiko menghidap kanser dan bagi wanita, setiap orang daripada tiga orang. Daripada jumlah keseluruhan kematian yang berlaku setiap tahun di Amerika, satu daripada empat orang berpunca daripada penyakit kanser.

Bagi tahun 2002, dianggarkan 1,200,000 kes-kes baru dapat dikesan dan lebih kurang 1,500 kematian dianggarkan berlaku setiap hari disebabkan oleh kanser. Dr. Samuel Epstein (M.D.), Pengerusi Gabungan Pencegahan Kanser atau Cancer Prevention Coalition dan penulis buku The Safe Shopper's Bible dan The Politics of Cancer Revisited menyatakan, bahan-bahan toksik penyebab kanser memang terdapat di dalam produk yang sering digunakan oleh para pengguna pada hari ini termasuk produk kosmetik. Pada tahun 1990, lebih kurang 38,000 kes-kes kecederaan dilaporkan berlaku disebabkan oleh bahan-bahan kosmetik. Institut Kebangsaan Berhubung Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja di Amerika mendapati terdapat 800 bahan kimia di dalam alat-alat kosmetik yang digunakan pada hari ini. Di antaranya adalah:

Diethanoamine (DEA), Triethanoamine (TEA)

Ia adalah sejenis agen pelembap yang mudah bertukar menjadi agen penyebab kanser yang dkenali sebagai nitroamines. Ia terdapat dalam syampu dan sebun jenis cecair.

Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6

Semua ini adalah bahan pewarna yang sering digunakan pada hari ini dan boleh menyebabkan kanser kulit.

Sodium Lauryl Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Olefin Sulfonate

Bahan-bahan kimia ini dikenali sebagai surfactants digunakan bagi membersihkan rambut dan mengeluarkan buih. Ia terdapat di dalam syampu, sebahagian ubat gigi, krim pencukur dan sabun pembasuh baju. Bahan-bahan kimia ini berinteraksi untuk mengeluarkan 1,4 dioxane dan mengikut Institut Barah Kebangsaan di Amerika, bahan kimia ini menyebabkan kerosakan hati dan juga kanser. Dr. John Baily, Pengarah Bahagian Kosmetik dan Pewarna di Pentadbiran Pemakanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika melaporkan kebanyakan syampu, krim dan losyen pada hari ini mengandungi kadar 1,4 dioxane yang tinggi.

Phenylenediamine

Bahan ini dapat menyebabkan kanser dan juga penyakit buta. Ia terdapat di dalam pewarna rambut.

Petrolatum

Bahan kimia ini diperoleh daripada minyak petroleum dan menyebabkan kekeringan kulit. Ia terdapat di dalam krim kulit dan gincu.

Propylene Glycol

Ia terdapat di dalam kebanyakan krim pelembap, krim dan losyen badan serta rambut kerana ia mampu menghalang proses pembekuan sekaligus mencegah kerosakan krim dan losyen. Sebenarnya bahan propylene glycol tidak sepatutnya digunakan di dalam produk untuk rambut dan kulit kerana ia mampu meresap masuk ke dalam darah melalui kulit dan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Isopropyl Alcohol

Bahan kimia ini diperoleh daripada minyak petroleum dan ia terdapat di dalam pewarna rambut, losyen-losyen tangan, badan dan pencukur. Di antara kesan sampingannya adalah pening kepala, kemurungan atau depression dan koma.

Dibutyl Phthalates (DBP)

Ia terdapat di dalam sebahagian minyak wangi, pengilat kuku atau nail polish dan bahan penyembur rambut atau hairspray. Kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika menunjukkan ia boleh mengganggu kesuburan kaum wanita terutama yang berumur 20 hingga 30 tahun. Bahan yang sama juga dipercayai menjadi punca ramai kaum lelaki mengalami kecacatan dan barah zakar pada tahun 70-an dan 80-an.



Saturday, February 28, 2009

Tidur adalah IBADAH..




Faedah Tidur


Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapar dilakukan dengan baik. Di dalam sebuah hadis, diceritakan mengenai Abu Darda' yang tidak dapat tidur malam kerana ingin melakukan ibadah secara berterusan. Menurut Imam Bukhari, sahabatnya Salman al-Farisi menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, badanmu mempunyai hak ke atasmu dan isterimu mempunyai hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."


Semasa Nabi Muhammad mendengar perkataan Salman ini, beliau berkata, "Benarlah Salman."

Islam menganggap tidur sebagai satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu ke arah itu. Menurut Bukhari dan Muslim, beliau pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat. Lantas Nabi Muhammad berkata:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur."



Pekerja Syif Malam dan Kesan Kepada Kesihatan

Tidur yang penting adalah tidur pada waktu malam. Allah berfirman:

"Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran mencari rezeki."

surah al-Furqan, ayat 47


Pekerja - pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji - pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak dapat menerima tekanan yang berlebihan di waktu malam. Hal ini disebabkan hormon cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam justeru melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam di samping membebankan jantung mereka. Pakar-pakar dari Yayasan Jantung Britain bersetuju dengan pandangan ini kerana secara dasarnya, tekanan membebankan jantung dan meningkatkan risiko menghidap sakit jantung. Gangguan tidur disebabkan oleh perubahan syif kerja adalah sebahagian daripada tekanan yang dapat mengganggu fungsi jantung.


Tidur Tengah Hari dan Produktiviti

Tidur pada waktu tengah hari yang dikenali sebagai qailulah sering kali dilakukan oleh Nabi Muhammad. Di dalam kitab Misyakatul Masabih ada disebutkan:

"Tidur sekejap di waktu tangah hari ataupun qailulah bukanlah suatu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."


Tidur di siang hari pernah dianggap lambang kemalasan. Namun Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.

Berhubung dengan ini, Iman Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumiddin berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun dari tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat Zohor."


Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah suatu amalan Nabi Muhammad yang dapat menyegarkan tubuh badan dan sekaligus meningkatkan produktiviti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian yang saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru, hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri mendapati bahawa:

"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."




Thursday, January 29, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah r.a :

"Ya Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara:

1. Sebelum khatam al-Quran,
2. Sebelum membuat para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau mengerjakan haji dan umrah.."

Bertanya Aisyah:

"Ya Rasulullah..bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara itu seketika?"

Rasulullah tersenyum dan berkata:

"Jika engkau tidur, bacalah surah al-Ikhlas 3 tiga kali seakan - akan kau khatam al-Quran. Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari akhirat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Friday, November 14, 2008

al - Quran

KELEBIHAN AL-QURAN

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus. (Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa. (Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menimpa dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.


KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.

Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.


KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.


ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia.

Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:
1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.
2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.
4.Bersugi.
Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.
6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.
7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.
8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.
9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim). Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.
10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.
11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.
12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.Firman Allah S.W.T:
Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.(Surah Al-Furqan: 32) Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.(Surah Al-Muzammmil: 4)
Pengertian Tartil pada bahasa:Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.Saidina Ali k.w berkata:Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.
13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman:
Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Isra’: 9)
Firman Allah S.W.T.:
Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.(Surah Al-Isra’: 82)Firman Allah S.W.T. lagi:
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi: Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.
16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.Berkata Mujahid:Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.
17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah.
Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”
18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.
19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca: (Sadaqallahul’azim).
20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran.
Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

Monday, November 3, 2008

Nafsu

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas. Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang. Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu. Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin. Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang). Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya. Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Pintu-pintu nafsu :
· Cinta dunia
· Tamak haloba,
· Hasad dengki,
· Wanita.
· Gopoh gapah,
· Taksub,


Cara-cara mengawal nafsu :
· Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.
· Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia,
· Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.
· Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).
· Banyak bersedekah.
· Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

-Muhammad Azrie-

Sunday, October 12, 2008

Fadhilat Solat Sunat Rawatib

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zohur,2 rakaat selepasnya,2 rakaat selepas solat Maghrib, 2 rakaat selepas solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Muttafaqun 'alaihi)
Sayyidah 'Aisyah dalam hadis muttafaq 'alaih menyatakan: "Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua rakaat fajar." (HR. Bukhari dan Muslim)

Tunaikanlah solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu,kecuali waktu - waktu berikut:
-selepas solat Subuh
-selepas solat Asar

Solat sunat rawatib terbahagi kepada 2 bahagian iaitu solat sunat rawatib muakkad dan juga solat sunat rawatib ghairu muakkad.

Solat sunat muakkad sangat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sentiasa menjaga 10 rakaat solat sunat rawatib yang terdiri daripada:

- 2 rakaat sebelum slat Subuh
- 2 rakaat sebelum dan selepas solat Zohor
- 2 rakaat selepas solat Maghrib
- 2 rakaat selepas solat Isyak

Solat sunat rawatib ghairu mu'akkad kurang sedikit fadhilatnya jika dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamal tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini. Solat sunat rawatib ghairu muakkad adalah solat sunat yang ada dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat rawatib ghairu muakkad terdiri daripada:

-2 rakaat sebelum solat Zohor
-4 rakaat sebelum solat Asar
-2 rakaat sebelum solat Maghrib
-2 rakaat sebelum solat Isyak

Side note:

- Bagi solat sunat sebelum solat Subuh, adalah sunat untuk berbaring selepas menunaikannya dan lebih utama untuk berbaring secara mengiring di bahu kanan, dengan menghadapkan muka dan bahagian depan badan ke arah kiblat seperti mana keadaannya di dalam kubur, kerana ini akan lebih mengingatkan seseorang itu kepada kematian, lalu dia akan berusaha melakukan amalan-amalan soleh dan bersiap-sedia untuk menghadapi kematian. Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah RA:

"Bahawasanya Nabi SAW apabila selesai mengerjakan solat sunat 2 rakaat Subuh, baginda mengiring di atas bahu kanan"

- Solat sunat ghairu muakkad sebelum solat Asar boleh dikerjakan sama ada 2 rakaat dengan 1 salam ataupun 4 rakaat dengan 2 salam.

Thursday, October 2, 2008

Fadhilat Puasa Enam

Assalamualaikum WBT..

Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Sama - samalah kita menggandakan pahala amalan kita dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebaik - baiknya berturut - turut

Wallahua'lam..

Monday, September 8, 2008

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain ialah:

(1) Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2) Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3) Setiap Selepas Solat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah SAW ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah SWT, baginda SAW menjawab:

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4) Ketika Saat Perang Tercetus

Dari Sahl bin Sa'ad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat azan dan doa ketika perang tercetus". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Solat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5) Ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Sahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Sahih Muslim, kitab Jumu'ah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib.

(6) Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya". (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Disahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7) Doa Di antara Azan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Solat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Solat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8) Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat

Dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Sahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9) Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10) Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala roh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya'. Semua keluarga histeria. Baginda SAW bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan". (Sahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11) Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah SWT berfirman:

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12) Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib RA dari ayahnya dari datuknya bahawasanya Nabi SAW bersabda:

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Wednesday, September 3, 2008

Marilah bersenyum


















Bagi menghidupkan senyum setiap orang harus menjadi PEMULA.Tidak akan rugi orang yang memberi SALAM dan melemparkan SENYUMAN kepada orang lain bahkan sebaliknya memberikan keuntungn pada dirinya kerana dia telah mengikat tali persaudaraan secara tidak langsung.

Begitu juga dengan senyum,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “senyum itu adalah sedekah".Dan dengan senyuman itu mampu memberikan kebahgian pada seseorang itu.Amat rugi sekiranya senyuman itu lesap dari wajah kita ini kerana kita di bebani dengan kerja dunia yang tidak memberikan kita jaminan kebahgian di akhirat kelak.

Alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya setiap orang masing-masing melemparkan senyuman yang diiringi dengan keikhlasan dari hati pada setiap masa.Tapi AWAS! ‘Jangan senyum seorang diri pulak nanti orang salah tafsir’.

Antara pemimpin dengan orang yang dipimpin

Di dalam konsep kepimpinan hubungan antara pengikut dan ketua tidak dapat di pisahkan. Tanpa kedua-duanya sudah tentulah tiada kepimpinan. Oleh itu, PENGIKUT YANG BERSIH adalah penyumbang terbesar dalam memberikan kekuatan pada seorang ketua.Pengikut yang bersih ialah pengikut yang memiliki semua sifat di atas iaitu HATI YANG BERSIH, MENTAL YANG BERSIH & ILMU YANG BERSIH.Pengikut yang bersih ini juga adalah pengikut yang setia pada ketuanya, mampu memahami bebanan amanah yang di pikul oleh ketuanya dan sentiasa memberikan komitmen pada ketuanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Pengikut ini juga sentiasa memberikan semangat dan sokongan pada ketuanya:

jikalau ketuanya suka, dia juga suka

jikalau ketuanya berduka, dia juga berduka

jikalau ketuanya Berjaya, dia juga Berjaya

jikalau ketuanya gagal, dia juga gagal

jikalau ketuanya sanggup berkorban demi perjuangan, dia akan pastikan ia tersenarai dalam golongan pengikut-pengikut yang sanggup berkorban demi perjuangan.


Wahai pengikut yang beriman! Sedarkah kamu sekalian bahawa kamu adalah sumber kekuatan seorang ketua? . Jika engkau lemah, engkau juga telah melemahkan ketuamu. Oleh itu, bersemangatlah dalam membantu ketuamu menguruskan kepimpinan ini. Tanpamu walau sehebat manapun ketuamu itu sudah tentu dia akan gagal dalam memimpin.

Kesimpulannya, pemimpin yang kuat ialah pemimpin yang mampu berdiri teguh dalam keadaan susah mahupun senang...Sama-sama kita renung dan beramal dengan hati yang ikhlas..

Wednesday, August 27, 2008

Perkara Yang Membuatkan Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa -apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwudhuk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.