Saya sudah tukar title segmen saya, kerana anda semua sudah maklum bahawa fikir harian saya ni dah bukan harian..hehe..mungkin kesibukan belajar & bekerja mengekang saya untuk terus meluangkan masa di depan laptop untuk menaip fikir harian saya. Kekurangan idea juga menyumbang kepada masalah lambat update segmen saya.
Anyway, cerita saya pada hari ini agak menarik dan kucar - kacir..lagipun tak salah berlaku jujur sedikit..hehe..saya terbangun jam 7.50 pagi (terlajak subuh)..terus basuh muka..then pergi ke pasum untuk menghadiri ujian Asas Proses Mikrob (SHES2342). Saya hanya terlewat 6 minit (syukur ada kereta sport untuk ke sana). Selepas siapkan test selama 11 minit (rekod peribadi), saya kembali ke kolej, mandi dan qada' subuh(memang saya jujur)..hehe..tapi ini merupakan kesilapan yang memang tidak disengajakan.Saya sudah pasang alarm tapi tak terbangun, so bukan 100% silap saya. Mungkin adalah hikmahnya,manusia selalu buat silap..dan kita minta supaya Allah tetapkan hati kita untuk jarang buat silap lagi.
Sebenarnya bukan untuk bercakap soal kesilapan manusia, tetapi ingin berkongsi sedikit cerita pada pagi ini. Semasa saya tergesa - gesa ke test asas proses mikrob, saya melihat pada ruangan notis blok A dan seperti biasa, notis Balai Islam yang ditampal sudah hilang(dikoyak) sedangkan notis - notis lain langsung tidak disentuh, malah masih utuh dan tersergam indah.Saya kepilkan beberapa gambar untuk tatapan bersama
.Anyway, cerita saya pada hari ini agak menarik dan kucar - kacir..lagipun tak salah berlaku jujur sedikit..hehe..saya terbangun jam 7.50 pagi (terlajak subuh)..terus basuh muka..then pergi ke pasum untuk menghadiri ujian Asas Proses Mikrob (SHES2342). Saya hanya terlewat 6 minit (syukur ada kereta sport untuk ke sana). Selepas siapkan test selama 11 minit (rekod peribadi), saya kembali ke kolej, mandi dan qada' subuh(memang saya jujur)..hehe..tapi ini merupakan kesilapan yang memang tidak disengajakan.Saya sudah pasang alarm tapi tak terbangun, so bukan 100% silap saya. Mungkin adalah hikmahnya,manusia selalu buat silap..dan kita minta supaya Allah tetapkan hati kita untuk jarang buat silap lagi.
Sebenarnya bukan untuk bercakap soal kesilapan manusia, tetapi ingin berkongsi sedikit cerita pada pagi ini. Semasa saya tergesa - gesa ke test asas proses mikrob, saya melihat pada ruangan notis blok A dan seperti biasa, notis Balai Islam yang ditampal sudah hilang(dikoyak) sedangkan notis - notis lain langsung tidak disentuh, malah masih utuh dan tersergam indah.Saya kepilkan beberapa gambar untuk tatapan bersama
Selepas : Hanya kelihatan cebisan - cebisan hijau yang tinggal. Ternyata jenama double-sided tape yang digunakan oleh biro penerbitan amat berkualiti.
Jika hendak menyalahkan beruk - beruk yang memang sudah sekian lama bersarang di Kolej Za'ba ini, tidak berapa logik, kerana hanya notis Balai Islam yang terkoyak - rabak, satu masalah yang JKP Balai Islam sering hadapi sejak tahun lalu. Anehnya, hanya notis Balai Islam yang diusik. Notis - notis lain tidak diusik dan masih dara, seperti ad satu 'unknown being' yang membuat kerosakan di bumi Za'ba ini.
Mungkin makhluk - makhluk yang kita tidak dapat nampak dengan mata halus melakukannya. Skala kehancuran notis Balai Islam juga agak teruk. Bukan setakat dikoyak, malah hancur lebur. Zharif pernah menampal notis dengan meletakkan pita pelekat sepenuhnya pada kertas, tapi masih dapat dikoyak. Lihat betapa ijtihadnya makhluk - makhluk ini mengoyakkan notis. Kalaulah mereka mempunyai semangat sebegini kental untuk berjihad di jalan Allah. Tentu banyak faedahnya.
Saya masih mengkaji kenapa ada segelintir makhluk sanggup mengkhianati kami, tiada punca yang jelas kerana Balai Islam tidak pernah mencari isu dengan pihak lain. Jika hendak menyalahkan makhluk Ya'jud & Ma'jud, puak - puak mereka masih dikurung oleh Iskandar Zulkarnain pada masa dahulu, di kawasan bukit antara Azerbaijan dan Armenia. Mungkin makhluk - makhluk yang mengoyakkan kertas ini berada di Common Room Blok A(terkunci)Kolej Za'ba. Siapalah yang tahu..
Kesimpulannya, segala perbuatan anda pasti akan dicatat, direkod dan juga dipamerkan di hari kemudian. Allah Maha Melihat. Semoga Allah mempermudahkan urusan JKP Balai Islam pada tahun ini dan semoga dugaan - dugaan yang kami hadapi ini menguatkan kami untuk menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, demi kemaslahatan umat Islam di KK7, dan juga di luar KK7.Amin.

-Syah Nor Iman-
p/s: Cetusan Minda yang akan datang tidak akan lagi membebel seperti isu ini,harap - haraplah.
1 comment:
Post a Comment