Sunday, August 3, 2008

Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 1

Assalamualaikum WBT..

Ini kali pertama saya mencurahkan sedikit idea di dalam blog ini..

Sebagai ketua biro penerbitan Balai Islam, saya berhak menerbitkan sebarang risalah, notis, ataupun sebarang am berkaitan projek - projek Balai Islam, atau apa - apa saja yang kami hendak terbitkan di KK7 UM.

Saya akan memastikan bahawa versi online bagi artikel - artikel di dalam risalah kami turut dimuatkan di dalam blog ini.

~End of introduction~

Saya mulakan fikir harian saya yang pertama ini dengan membincangkan tentang aurat wanita..

Sebelum saya dibom dan dihujani dengan pelbagai kecaman dan juga kritikan tentang perkara ini, eloklah saya mulakan dengan sepotong ayat al-Quran..


Tafsirnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”

(Surah an-Nur : ayat 31)

Menurut Ibnu ‘Abbas dan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhum yang dimaksudkan dengan “zahir” ialah muka dan dua tapak tangan.


Jadi berdasarkan ayat di atas, dapatlah difahami bahawa aurat wanita adalah semua, kecuali muka dan tapak tangan. Selain daripada 2 anggota tersebut, ia dikira AURAT.


Kadang - kadang, manusia mematuhi suruhan Allah di atas, dan ada yang tidak tahu. Ada juga yang telah tahu, tapi masih tidak dapat membiasakan diri. Perlu diingat, perintah Allah itu wajib hukumnya, seperti mengerjakan solat, puasa di bulan Ramadhan dan juga mengerjakan haji.

Dan perlu diingat, memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh juga dikira melanggar batas- batas agama. Memang sudah azali lelaki akan tertarik dengan wanita, lebih - lebih lagi jika wanita itu kelihatan 'menarik' sekali. Kalau menyentuh soal tarikan oleh wanita, bagi saya, perkara ini abstrak dan tiada definisi mutlak, kerana ia hanya perasaan manusia, sama seperti cinta. Tetapi lazimnya, lelaki akan tertarik pada wanita yang berwajah cantik ( no offense, saya bercakap secara terang - terangan ), berpakaian yang menarik dan juga aspek - aspek yang lain.

Lelaki pula adalah manusia, ada nafsu.

Sudah tentu lelaki normal akan tertarik pada wanita - wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna ataupun berpakaian menampakkan bentuk tubuh. Erti kata lelaki normal pada saya ialah lelaki yang standard, bukannya seperti penjenayah yang sememangnya hidup berlandaskan nafsu.

Sudah hakikatnya, manusia tertarik pada sifat luaran, melebihi sifat dalaman. Sama seperti anda hendak menonton sesuatu cerita, mesti tertarik pada Tom Cruise melebihi Danzel Washington. Biasalah tu, manusia.

Sama seperti aurat wanita dan batas - batas pemakaian yang betul.

Pakaian wanita harusnya menutupi seluruh anggota, kecuali muka dan tapak tangan. Perlu diingat, kaki dan tapaknya diconsider sebagai anggota pada bahagian kaki, bukan tangan..jadi perlu juga ditutup. Dengan erti kata lain, gunakanlah stokin.

Tudung juga seharusnya menutupi hingga ke bawah siku. Memakai tudung yang singkat ataupun tiga segi tidak memadai untuk mencapai matlamat menyembunyikan bentuk tubuh. Memakai seluar yang agak ketat ataupun seluar jeans meninggikan lagi kebarangkalian untuk wanita itu menjadi tarikan lelaki.

Bila bercakap mengenai soal ini, pasti ada yang akan bersuara bahawa "kenapa lelaki nak tengok sangat,janganla tengok.Gatal" . Bagi saya, logik bahawa lelaki pasti tertarik, kerana jika ada wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan atau menampakkan tubuh badan, sudah pasti akan ternampak dan tertengok dan mungkin terdetik nafsunya ( ini bergantung pada lelaki tersebut, samada pandai mengawal nafsu atau tidak, tapi tidak boleh juga assume semua tak pandai kawal nafsu).

Samalah seperti:
  • Wanita terpegun tengok lelaki kacak di tepi jalan.
  • Tertarik dengan tulisan "JUALAN MURAH" di Kompleks Beli - belah.
  • Lebah tertarik pada bunga yang cerah warnanya.
Apatah lagi lelaki tertarik pada wanita yang 'menarik' dari segi pemakaiannya. Ini adalah hakikat dan saya tidak menyalahkan mana - mana pihak.

Jadi, bukankah lebih baik jika berpakaian elok untuk mengelakkan menjadi tarikan lelaki, yang membuatkan mereka timbl nafsu. Pemakaian tudung labuh yang melebihi paras siku, berseluar atau berkain yang tidak terlalu menampakkan bentuk kaki ( yang tidak ketat ) adalah cara terbaik untuk menutup bentuk tubuh. Jika hendak berjogging, memakai seluar track longgar serta berbaju agak labuh, longgar yang menutupi bawah pinggang serta bertudung labuh dapat menyembunyikan bentuk badan ( juga elok untuk aliran pernanasan ) .

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”

(Surah Al-Ahzab : 59)

Jadi berdasarkan ayat di atas, menarik perhatian lelaki dengan mengeluarkan bunyian ataupun seumpamanya dan boleh menarik perhatian juga adalah dikira salah di sisi agama, seperti memakai perhiasan yang mengeluarkan bunyi seperti kasut tumit tinggi, gelang tangan atau yang seumpamanya (handphone tidak dikira salah kerana tidak terus - terusan mengeluarkan bunyi, hanya bila ada SMS ataupun panggilan). Harus diingat, tidak salah memakai perhiasan diri, tetapi bukan untuk tatapan orang lain, kerana akan mendatangkan sifat berbangga diri atau menunjuk - nunjuk serta menarik perhatian lelaki.

Anda dapat membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pakaian yang anda suka, jadi tidak dikira menyusahkan jika membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.

Jika sudah ada kasut berbunyi2 dan sayang untuk membuangnya, ada 2 pendapat bagi saya:

- Hukum agama itu mesti lebih utama daripada kehendak diri.
- Letak lapisan getah lembut pada tumit untuk hilangkan bunyi.

Oleh kerana Islam itu tidak menyusahkan, tidak perlu wanita berasa dirinya susah untuk berubah secara beransur - ansur. Tiada alasan seperti berasa panas memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Perlu diingat, panas dahulu lebih elok daripada panas berganda2 pada hari kemudian ( harap difahami maksudnya ). Jika anda tidak mampu untuk berubah sekaligus, eloklah jika berubah beransur - ansur. Tiada paksaan dalam beragama. Asalkan anda mempunyai inisiatif untuk berubah, itu sudah dikira OK.

Saya tidak bermaksud untuk menyerang mana - mana pihak, tetapi sekadar menegur dan juga memberi pendapat serta nasihat yang membina kerana itu tanggungjawab bagi setiap umat Islam. Tidak dinafikan kata - kata saya pedas tetapi pisau tajam itulah yang dapat memotong ayam dengan sempurna .

Kesimpulannya:

- Ada garis panduan bagi menjaga aurat, yang penting, tidak boleh mendedahkan aurat, menampakkan bentuk badan serta memakai perhiasan diri yang boleh menarik perhatian.
- Tiada paksaan dalam beragama. Berubahlah secara beransur - ansur.
- Perintah Allah yang termaktub di dalam al-Quran memang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam.Tiada pengecualian.

Anda bebas menghantar sebarang komen. Remember, komen anda mencerminkan keperibadian anda. Sekian, terima kasih.

-Syah Nor Iman-









13 comments:

Anonymous said...

shah,saya ni tak pakai tudung labuh tapi yang biasa2 je.tapi saya tahu ia x menutup aurat sepenuhnya.saya x biasa la sekarang nak pakai tudung labuh sepenuhnya.sebab dah biasa pakai tudung biasa2 ni.macamana tu...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

seperti biasa,umur remaja mudah tertarik kepada pasangan yang lain jantina.apapun saya sama.saya ni memang minat betul kat seorang laki tu,kat kolej kitala.malulah saya nak bagitau kat awak.dia senior.em...boleh saya berdoa nak dijodohkan dengan dia.harap2...tapi dia tu tak pernah kenal dengan saya.

Anonymous said...

muslimat ingin tahu....
macammane nak nak pakai pakaian joging betul2 terbaik.tak kan nak guna sweater kot,blazer kot.tak sesuai langsung.tera bagi ckit fikir harian berkaitan pakaian joging untuk wanita.

Anonymous said...

terima kasih....
isi-isi shah yang anda bagi sungguh padat,bernas dan padat.
sekarang saya saya sudah faham.mujurlah ada blog ni,ye la dapat saya tahu hukum dan agama dengan lebih baik.dapat juga berkongsi pandangan kan

Anonymous said...

hehe...shah dengar kaber anda dah bawa kereta honda sport.bila nak bawa saya.xbole la kerna saya pompuan.shah,saya nak bagitau kat awak ni,memandangkan awak sekarang dah bawa kereta,jangan la pula bawa pompuan ke hulu ke hilir.berdosa tau,bukan mahram.ingat tu sebelum terlambat.



girl baik

Anonymous said...

aik2....nape dah tukar template.huhu,saya suka hijau.baru pas.tapi,papepun isi biarla bernas setiap hari.

Anonymous said...

wah bagusla buah fikiran kau ni shah,harap teruskan kerana ia banyak membina tentang islam kita.

Anonymous said...

a'a nsk tanya ni,program ramadan apa nak buat.bila fariz and amzar nak draf.selain tadarus apa lagi.bole tak amzar tolong siarkan di muka depan blog ni.dah syaban dah ni.



muslimin sejati

Anonymous said...

tolong nasihat ckit kat laki pakat mai di surau...lelaki hilang kat mana sekarang.duk lepak kat kolam takpe pulak.berjam-jam.makan no 1.kerja tengok pompuan.apa nak jadi.masa chat tak nak diguna ke arah kebaikan.fikir-fikirkan.....




ingin menegur

Anonymous said...

pesta buah bila nak buat.buat la campur skali dengan bebudak ahli balai.masa tu dapat kenal-kenal.amzar apa cite sekarang?takan xnak buat.

Anonymous said...

AMZAR ni..

bukan aku yang pengerusi..tapi Fariz daa..tanya dia utk sebarang program..
takkan le aku sume nk handle dr A smpai Z dlm balai,aku pun pnat gak,mntk le blas kasihan ckit,tolg2 le faham aku,aku bukan superman nk handle sume bende dlm balai...kalo pesta buah 2,tunggu dlm meetg balai le,biar sepakat,n biar ade pengarah baru jln kerja,sori agar terkasar bahasa sbb tension sgt dgn study.....harap faham n kalo sesiapa yg terasa,harap maaf...

Balai Islam KK7 said...
This comment has been removed by the author.