Wednesday, August 6, 2008

Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 2

Assalamualaikum WBT..

First of all, saya mintak maaf banyak2 kerana fikir harian saya ni dah tak jadi macam harian, tapi macam mingguan..mungkin tidak berkesempatan untuk update, kerana ada komitmen - komitmen lain, ataupun tugas - tugas yang perlu diselesaikan dahulu. Tambahan pula signal wireless di Kolej Za'ba ini yang kurang elok ( actually tak elok langsung ) menyebabkan peluang untuk update itu menjadi semakin tipis..

Dalam 2,3 hari ini, saya banyak menyelesaikan tugas - tugas dan semestinya berdepan dengan pelbagai masalah. Sudah menjadi hakikat bahawa seorang pelajar itu akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti kewangan ( kecuali pelajar JPA yang dengar kata dapat rm5000 untuk semester ini ) , masalah peribadi, masalah study dan juga masalah dengan kerja yang bertimbun - timbun.

Perkara ini memang takkan boleh dielakkan oleh manusia, kerana masalah ini adalah salah satu daripada berjuta - juta ciptaan Allah yang tiap - tiap satu daripadanya mempunyai hikmah yang tersendiri.

Saya tidak ingin mengulas panjang tentang bagaimana untuk mengelakkan stress bila berdepan masalah, ataupun perkara yang berkaitan kerana mungkin kaunselor - kaunselor yang bertauliah lebih pandai dalam bab ini.

Saya cuma ingin mengatakan bahawa masalah itu tidak dicipta untuk membelenggu kita, tetapi sebenarnya untuk membuatkan hidup kita lebih ceria, lebih bermakna serta tidak membosankan. Ya, ramai yang mungkin berkata "kau gila ke Syah, cakap tak logik" so lebih baik saya menerangkan isu masalah ini dengan detail dan terperinci.

Jika sekilas fikiran dan juga pandangan, masalah itu merupakan halangan bagi kita melakukan tugas dan juga aktiviti kita dengan betul, kerana kita masih tidak memikirkan secara intristik (tingginya laras bahasa aku ni) tentang hikmahnya yang tersembunyi.

Cuba imagine..hidup tanpa masalah..

Anda bangun pagi, rasa lapar, kemudian tiba - tiba kenyang (lapar itu juga masalah)..
Kelas jam 8 pagi, anda lihat jam pukul 7.59 pagi (datang lewat juga masalah),kemudian tiba - tiba anda sudah berada di dewan kuliah, berpakaian kemas dan menarik, siap berminyak wangi, dan beg anda yang mengandungi peralatan kuliah lengkap sudah tersedia..
So, selesai masalah itu,timbul masalah tidak faham pensyarah,tiba - tiba anda dah faham semua benda yang diajar ataupun yang akan diajar,dan tiba - tiba sahaja masalah kena hadap kuliah yang mengambil masa itu telah selesai, di mana tiba - tiba sahaja kuliah tersebut berakhir..
Tidak lagi termasuk masalah untuk study, di mana anda tiba - tiba sahaja telah menggenggam ijazah idaman..tanpa bersusah - susah mengadap universiti selama beberapa tahun..
Semua dalam genggaman anda kerana masalah tidak dicipta..
GEMBIRAkah anda?
Anda memperolehi semua..even jika anda sukakan seseorang itu,disebabkan tiada masalah, tiba - tiba sahaja anda telah berkahwin dengannya, lengkap dengan anak - anak yang soleh, serta semua sudah hidup senang.

So, di manakah kemanisan hidup?
Di manakah keseronokan hidup?

Ya, semua di dalam genggaman, tetapi adakah anda berasa gembira dengannya,mungkin kali pertama seronok, tapi trust me..setelah beberapa lama, anda akan rasa bosan dengan hidup tanpa masalah,rasa tiada erti hidup,kerana masalah yang sepatutnya mengajar kita, mengenal pahit kehidupan, menjadikan kita lebih tabah, lebih matang, lebih berpengetahuan dalam menjalani hidup yang singkat ini,lebih ceria dan gembira,simply terhapus kesemuanya.

Tiada nikmat hidup, simply kerana tiada masalah.
Sebab itulah semua benda ada hikmahnya, even masalah itu sendiri ada kebaikannya.

Kebaikan masalah itu bukan terletak pada masalah itu sendiri, tetapi terletak pada saat selepas kita berjaya menyelesaikan masalah. Tidak percaya? Cuba imbas kembali saat - saat yang anda pernah alami ketika dulu..

Berjaya menjawab soalan cikgu..berjaya di dalam peperiksaan..berjaya mendapat lesen kereta,lesen motor, lesen lori..berjaya memenangi pertandingan..even berjaya menang pilihanraya.

See? Kemanisan itu dapat dirasa selepas kita berjaya menyelesaikan masalah - masalah hidup.

Manis itu tidak perlu berterusan kerana lambat laun, kita akan muak dengannya..manis memang indah, tetapi ada masanya. Bayangkan semua makanan yang kita makan seharian berasa manis..nasi manis..ayam manis..sayur pun manis,EVERYDAY. Sebab itulah Allah cipta deria manis kita hanya berada pada bahagian yang kecil di hujung lidah. Tidak perlu terlalu merasa manis yang banyak, kerana itu akan membosankan manusia. Masih ada banyak benda yang perlu dirasa dan dilakukan di dunia. Bukan hanya kesenangan, tetapi ada juga kesusahan seperti masalah. Tanpa kesusahan, kita tidak akan menghargai kemanisan.

Sebab itulah bila kita berdepan dengan pelbagai masalah yang datang menindih kita, tidak perlu runsing memikirkan masalah, tetapi fikir cara menyelesaikannya kerana bila masalah selesai, kita akan rasa manisnya. Jika buntu jalan, mintalah pertolongan rakan - rakan. Jika tetap buntu, jangan bimbang kerana Allah itu sentiasa menolong umatnya yang kesusahan. Mintalah bantuan Allah. Kembali kepadaNYA, minta dibukakan hati, dilapangkan dada supaya kita dapat berfikir dengan tersusun, tenang dan tiada perasaan serabut. Then lepas itu dapatlah kita selesaikan masalah.

Allah cipta masalah yang dapat dirasa dan juga dialami oleh manusia. Jika manusia dapat menghadapi masalah - masalah hidupnya dengan sempurna dan dengan merujuk Allah, nescaya Allah akan mengurniakan Syurga, tempat di mana tiadanya sebarang masalah. Masa itulah, kita akan diberi ganjaran, selama - lamanya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
(Surah al-Insyirah)


Kesimpulannya, hadapi masalah dengan senyuman. Ia tidak dicipta untuk membelenggu manusia, tetapi adalah ANUGERAH Allah untuk kita, supaya kita lebih merasa hidup ini full, dan lebih nikmat. Bila ada masalah, sebutlah ALHAMDULILLAH, dan selesaikannya dengan elok.Nescaya masalah dapat diselesaikan. Sesungguhnya, Allah menguji umatNYA kerana Allah menyayangi umatNYA.

Sekian, terima kasih.

-Syah Nor Iman-

No comments: