Thursday, August 28, 2008
Program Sepanjang Bulan Ramadhan
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!
Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang dinanti-nantikan, pihak JKP Balai Islam telah mengadakan program Ihya' Ramadhan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, antaranya :
- Program Tadarus al-Quran
- Solat tarawikh berjemaah sepanjang bulan Ramadhan
- Qiamullail perdana
- Ifthar ( majlis berbuka puasa ) mega
- Sambutan nuzul al-Quran
- Majlis Khatam al-Quran
Semoga penglibatan warga Za'ba dapat memeriahkan lagi suasana Ramadhan yang akan mendatang. InsyaAllah. Segala inkuiri berkenaan Ihya' Ramadhan boleh dihantar pada email kami.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, August 27, 2008
Perkara Yang Membuatkan Kita Susah
1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa -apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwudhuk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 4
Nampaknya Ramadhan bakal menjelma lagi..
Jadi pada kali ini saya ingin berkongsi luahan minda tentang 'apa ada pada Ramadhan'..
Semasa saya bercuti mid-sem di Johor, keluarga emak saudara saya mengajak saya menyambut puasa pertama di Johor ( tak dapat ikut kerana hendak meraikan hari lahir ayah ). Trend menyambut puasa pertama di kampung@bersama ibu bapa ini pun sudah lama menjadi tradisi kita. Hendak merasai suasana puasa di rumah kan, berbanding di IPT. Ramadhan ditunggu - tunggu seluruh umat manusia.
Pada bulan puasalah kita dapat melihat bermacam2 lagi ragam manusia yang boleh kata jarang dilihat di bulan - bulan lain, seperti peningkatan kadar ibadat ( Alhamdulillah ) dan juga keningkatan kadar berdua - duaan di sana-sini ( Astaghfirullah al'Azim ) kononnya hendak 'tunggu' bersahur ( sambil - sambil tunggu, bermesra sebentar bersama yang tercinta, dosa free di situ ).
Pada bulan puasalah juga manusia juga membuat pelbagai resolusi peribadi, seperti hendak kuruskan badan, berhenti merokok, dan pelbagai perkara yang melibatkan 'diet' seharian. Nampaknya hukum WAJIB berpuasa itu sendiri menarik minat manusia untuk membuat pelbagai azam kerana perkara wajib itu tidak boleh ditinggal, dan diri sendiri tidak berapa mampu untuk melakukan perkara yang sama (berpuasa) pada waktu yang sunat ( di bulan lain), rasa - rasanya payah untuk mencapai target.
Sebab itulah menariknya di bulan Ramadhan ini di mana manusia menjadi 'rajin' untuk melakukan perkara yang mereka ingin ubah terhadap diri sendiri, hanya kerana 'obligation' untuk berpuasa itu sendiri. Tidak tahulah sama ada selepas bulan puasa itu, mereka ingin terus menjalankan resolusi mereka, ataupun hanya pada bulan Ramadhan.
Melakukan resolusi itu bila tibanya puasa itu tidaklah salah, tetapi ada baiknya jika kita terus beristiqamah melakukan perbuatan ( yang baik sahaja ) supaya terus konsisten dan mendatangkan kebaikan pada kita.
Hal yang sama seperti amal ibadat di bulan puasa.
Walaupun solat tarawikh tiada di bulan - bulan lain, tidak bermakna anda semua tidak dapat meningkatkan amal ibadat secara berterusan pada bulan lain. Ibadat itu sendiri menpunyai banyak cara : bersedekah, solat sunat, mengaji, lain - lain. Ada yang berkata "alaaa..elokla buat ibadat jugak di bulan puasa,daripada tak buat langsung kan", tetapi harus diingat, perkara yang dilakukan secara istiqamah itu lebih baik dan lebih mendapat pahala daripada Allah SWT. Even solat 5 waktu yang diadakan hanya pada waktu - waktu tertentu itu diiringi solat sunat rawatib, solat hajat, dan juga solat - solat lain. Tiada kekangan melakukan ibadah secara istiqamah dan pada waktu yang selain ditetapkan (kecuali pada certain waktu yang kita diharamkan puasa, or seumpamanya).
Jadi, apa yang ada pada Ramadhan?
Bulan untuk melakukan bermacam - macam perkara? Dan selepas itu, tidak diteruskan?
Jika anda semua bermentaliti seperti itu, bulan puasa ini samalah seperti kebanyakan masjid di Malaysia; hanya dipenuhi manusia pada waktu solat jumaat dan solat sunat hari raya.
Jadikanlah bulan puasa itu sebagai 'starting point', sebagai 'batu loncatan', sebagai 'training ground' dan bermacam - macam istilah yang bersamaan, supaya bulan puasa dapat melatih kita untuk terus meningkatkan amal ibadat, dan bermacam - macam lagi resolusi, supaya selepas bulan puasa ini berakhir, kita terus - terusan dapat beristiqamah dengan perbuatan kita.
Jangan jadikan bulan Ramadhan sebagai hanya satu 'temasya' bagi kita, tetapi sebagai 'kunci' yang dapat membuka hati kita..Semoga Allah memberkati usaha - usaha baik anda semua. InsyaAllah..
"Marhaban ya Ramadhan"
-Syah Nor Iman-
Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan
InsyaAllah sempena menyambut Ramadhan yang ditunggu - tunggu, JKP Balai Islam akan mengadakan satu majlis pelancaran program Ihya' Ramadhan yang akan diadakan di Dewan Nukleus, pada 27 Ogos 2008,jam 9.00 malam.
Kehadiran warga Za'ba amatlah dialu-alukan bagi menjayakan majlis tersebut.
Sekian, harap maklum.
Friday, August 15, 2008
Selamat Bercuti!
Pada hari ini,bermulalah cuti pertengahan semester bagi pelajar - pelajar Universiti Malaya. Warga JKP Balai Islam ingin mengucapkan selamat menikmati cuti 7 hari yang tak seberapa ni. Jagalah diri anda baik - baik. Berdoalah selalu moga - moga Allah SWT melindungi kita dari segala bala bencana sepanjang cuti ini.
Kami memohon seribu kemaafan jika blog kami tidak dikemaskini dalam masa 7 hari ini kerana mungkin kami buat kerja lain semasa cuti ( dengar kata ada AJK Balai Islam yang akan melangsungkan perkahwinan pada musim cuti ini, Wallahualam ).
Kepada AJK Balai Islam yang akan menghadapi pelbagai test selepas cuti, diucapkan selamat study, moga - moga anda beroleh kecemerlangan yang mantap sekali. InsyaAllah. Difahamkan pengerusi,timbalan pengerusi,timbalan setiausaha dan ketua biro penerbitan Balai Islam ada test Imunologi selepas cuti ini.Selamat berjaya.
Akhir kata, selamat bercuti dan selamat kembali selepas cuti nanti.Sekian terima kasih.
p/s: Jangan lupa check out & serah kunci di pejabat bila nak balik.
Thursday, August 14, 2008
Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 3
Anyway, cerita saya pada hari ini agak menarik dan kucar - kacir..lagipun tak salah berlaku jujur sedikit..hehe..saya terbangun jam 7.50 pagi (terlajak subuh)..terus basuh muka..then pergi ke pasum untuk menghadiri ujian Asas Proses Mikrob (SHES2342). Saya hanya terlewat 6 minit (syukur ada kereta sport untuk ke sana). Selepas siapkan test selama 11 minit (rekod peribadi), saya kembali ke kolej, mandi dan qada' subuh(memang saya jujur)..hehe..tapi ini merupakan kesilapan yang memang tidak disengajakan.Saya sudah pasang alarm tapi tak terbangun, so bukan 100% silap saya. Mungkin adalah hikmahnya,manusia selalu buat silap..dan kita minta supaya Allah tetapkan hati kita untuk jarang buat silap lagi.
Sebenarnya bukan untuk bercakap soal kesilapan manusia, tetapi ingin berkongsi sedikit cerita pada pagi ini. Semasa saya tergesa - gesa ke test asas proses mikrob, saya melihat pada ruangan notis blok A dan seperti biasa, notis Balai Islam yang ditampal sudah hilang(dikoyak) sedangkan notis - notis lain langsung tidak disentuh, malah masih utuh dan tersergam indah.Saya kepilkan beberapa gambar untuk tatapan bersama
Selepas : Hanya kelihatan cebisan - cebisan hijau yang tinggal. Ternyata jenama double-sided tape yang digunakan oleh biro penerbitan amat berkualiti.
Mungkin makhluk - makhluk yang kita tidak dapat nampak dengan mata halus melakukannya. Skala kehancuran notis Balai Islam juga agak teruk. Bukan setakat dikoyak, malah hancur lebur. Zharif pernah menampal notis dengan meletakkan pita pelekat sepenuhnya pada kertas, tapi masih dapat dikoyak. Lihat betapa ijtihadnya makhluk - makhluk ini mengoyakkan notis. Kalaulah mereka mempunyai semangat sebegini kental untuk berjihad di jalan Allah. Tentu banyak faedahnya.
Saya masih mengkaji kenapa ada segelintir makhluk sanggup mengkhianati kami, tiada punca yang jelas kerana Balai Islam tidak pernah mencari isu dengan pihak lain. Jika hendak menyalahkan makhluk Ya'jud & Ma'jud, puak - puak mereka masih dikurung oleh Iskandar Zulkarnain pada masa dahulu, di kawasan bukit antara Azerbaijan dan Armenia. Mungkin makhluk - makhluk yang mengoyakkan kertas ini berada di Common Room Blok A(terkunci)Kolej Za'ba. Siapalah yang tahu..
Kesimpulannya, segala perbuatan anda pasti akan dicatat, direkod dan juga dipamerkan di hari kemudian. Allah Maha Melihat. Semoga Allah mempermudahkan urusan JKP Balai Islam pada tahun ini dan semoga dugaan - dugaan yang kami hadapi ini menguatkan kami untuk menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, demi kemaslahatan umat Islam di KK7, dan juga di luar KK7.Amin.
-Syah Nor Iman-
p/s: Cetusan Minda yang akan datang tidak akan lagi membebel seperti isu ini,harap - haraplah.
Wednesday, August 13, 2008
Majlis Solat Hajat, Bacaan Tahlil & Pengisian ( Makan )
Sukacita dimaklumkan bahawa JKP Balai Islam akan mengadakan satu majlis solat hajat, bacaan tahlil serta jamuan makan sempena keberangkatan Tuan Pengetua KK7 menunaikan umrah.
Ketetapan majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 14 OGOS 2008 ( Khamis )
Masa : 7.30 MALAM - 10.00 MALAM
Tempat : Surau al-Irsyad
Muslimin & muslimat dijemput menghadiri majlis tersebut. Jangan bimbang, jamuan makan juga disediakan sebagai pengisian jasmani.
Semoga kehadiran anda mendapat keberkatan Allah SWT. InsyaAllah..
Monday, August 11, 2008
Sesi Temuduga Kali ke-2
Sukacita dimaklumkan bahawa JKP Balai Islam akan mengadakan sesi temuduga JKP dan juga projek untuk kali ke-2. Ketetapan sesi temuduga kedua ini adalah seperti berikut:
Tempat : Surau al-Irsyad
Masa : 9.10 malam ( Selepas solat Isyak berjemaah di surau )
Tarikh : 12 Ogos 2008 ( Selasa )
Diharapkan kepada penghuni - penghuni Kolej Za'ba yang tidak berkesempatan menghadiri sesi temuduga pada masa yang lalu supaya hadir pada masa, tempat dan tarikh yang tidak ditetapkan. Sila bawa pen dan gambar berukuran pasport bersama - sama.
Untuk memudahkan urusan dan menjimatkan masa, datanglah beramai - ramai untuk menjayakan program Nifsu Syaa'ban yang akan dianjurkan JKP Balai Islam pada waktu Maghrib - Isyak dan juga dapat solat Maghrib serta Isyak berjemaah di sana.
Sekian, harap maklum.
Saturday, August 9, 2008
Mari singgah sekejap....
Sambutan Nisfu Syaa'ban Anjuran JKP Balai Islam
InsyaAllah, pada hari Selasa, 12 Ogos 2008, JKP Balai Islam akan mengadakan sambutan Nisfu Syaa'ban bertempat di surau al-Irsyad Kolej Kediaman Ketujuh. Pengisian ( sama ada santapan rohani ataupun jasmani ) akan disediakan.
Oleh itu, umat Islam Kolej Kediaman Ketujuh dijemput mengimarahkan surau al-Irsyad pada waktu Maghrib hingga Isyak untuk memperoleh sedikit ilmu, dan juga pengisian rohani dan jasmani sempena meraikan hari Nisfu Syaa'ban yang penuh dengan keberkatan.
Semoga Allah merahmati anda sekalian. Sekian, harap maklum.
Wednesday, August 6, 2008
Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 2
First of all, saya mintak maaf banyak2 kerana fikir harian saya ni dah tak jadi macam harian, tapi macam mingguan..mungkin tidak berkesempatan untuk update, kerana ada komitmen - komitmen lain, ataupun tugas - tugas yang perlu diselesaikan dahulu. Tambahan pula signal wireless di Kolej Za'ba ini yang kurang elok ( actually tak elok langsung ) menyebabkan peluang untuk update itu menjadi semakin tipis..
Dalam 2,3 hari ini, saya banyak menyelesaikan tugas - tugas dan semestinya berdepan dengan pelbagai masalah. Sudah menjadi hakikat bahawa seorang pelajar itu akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti kewangan ( kecuali pelajar JPA yang dengar kata dapat rm5000 untuk semester ini ) , masalah peribadi, masalah study dan juga masalah dengan kerja yang bertimbun - timbun.
Perkara ini memang takkan boleh dielakkan oleh manusia, kerana masalah ini adalah salah satu daripada berjuta - juta ciptaan Allah yang tiap - tiap satu daripadanya mempunyai hikmah yang tersendiri.
Saya tidak ingin mengulas panjang tentang bagaimana untuk mengelakkan stress bila berdepan masalah, ataupun perkara yang berkaitan kerana mungkin kaunselor - kaunselor yang bertauliah lebih pandai dalam bab ini.
Saya cuma ingin mengatakan bahawa masalah itu tidak dicipta untuk membelenggu kita, tetapi sebenarnya untuk membuatkan hidup kita lebih ceria, lebih bermakna serta tidak membosankan. Ya, ramai yang mungkin berkata "kau gila ke Syah, cakap tak logik" so lebih baik saya menerangkan isu masalah ini dengan detail dan terperinci.
Jika sekilas fikiran dan juga pandangan, masalah itu merupakan halangan bagi kita melakukan tugas dan juga aktiviti kita dengan betul, kerana kita masih tidak memikirkan secara intristik (tingginya laras bahasa aku ni) tentang hikmahnya yang tersembunyi.
Cuba imagine..hidup tanpa masalah..
Anda bangun pagi, rasa lapar, kemudian tiba - tiba kenyang (lapar itu juga masalah)..
Kelas jam 8 pagi, anda lihat jam pukul 7.59 pagi (datang lewat juga masalah),kemudian tiba - tiba anda sudah berada di dewan kuliah, berpakaian kemas dan menarik, siap berminyak wangi, dan beg anda yang mengandungi peralatan kuliah lengkap sudah tersedia..
So, selesai masalah itu,timbul masalah tidak faham pensyarah,tiba - tiba anda dah faham semua benda yang diajar ataupun yang akan diajar,dan tiba - tiba sahaja masalah kena hadap kuliah yang mengambil masa itu telah selesai, di mana tiba - tiba sahaja kuliah tersebut berakhir..
Tidak lagi termasuk masalah untuk study, di mana anda tiba - tiba sahaja telah menggenggam ijazah idaman..tanpa bersusah - susah mengadap universiti selama beberapa tahun..
Semua dalam genggaman anda kerana masalah tidak dicipta..
GEMBIRAkah anda?
Anda memperolehi semua..even jika anda sukakan seseorang itu,disebabkan tiada masalah, tiba - tiba sahaja anda telah berkahwin dengannya, lengkap dengan anak - anak yang soleh, serta semua sudah hidup senang.
So, di manakah kemanisan hidup?
Di manakah keseronokan hidup?
Ya, semua di dalam genggaman, tetapi adakah anda berasa gembira dengannya,mungkin kali pertama seronok, tapi trust me..setelah beberapa lama, anda akan rasa bosan dengan hidup tanpa masalah,rasa tiada erti hidup,kerana masalah yang sepatutnya mengajar kita, mengenal pahit kehidupan, menjadikan kita lebih tabah, lebih matang, lebih berpengetahuan dalam menjalani hidup yang singkat ini,lebih ceria dan gembira,simply terhapus kesemuanya.
Tiada nikmat hidup, simply kerana tiada masalah.
Sebab itulah semua benda ada hikmahnya, even masalah itu sendiri ada kebaikannya.
Kebaikan masalah itu bukan terletak pada masalah itu sendiri, tetapi terletak pada saat selepas kita berjaya menyelesaikan masalah. Tidak percaya? Cuba imbas kembali saat - saat yang anda pernah alami ketika dulu..
Berjaya menjawab soalan cikgu..berjaya di dalam peperiksaan..berjaya mendapat lesen kereta,lesen motor, lesen lori..berjaya memenangi pertandingan..even berjaya menang pilihanraya.
See? Kemanisan itu dapat dirasa selepas kita berjaya menyelesaikan masalah - masalah hidup.
Manis itu tidak perlu berterusan kerana lambat laun, kita akan muak dengannya..manis memang indah, tetapi ada masanya. Bayangkan semua makanan yang kita makan seharian berasa manis..nasi manis..ayam manis..sayur pun manis,EVERYDAY. Sebab itulah Allah cipta deria manis kita hanya berada pada bahagian yang kecil di hujung lidah. Tidak perlu terlalu merasa manis yang banyak, kerana itu akan membosankan manusia. Masih ada banyak benda yang perlu dirasa dan dilakukan di dunia. Bukan hanya kesenangan, tetapi ada juga kesusahan seperti masalah. Tanpa kesusahan, kita tidak akan menghargai kemanisan.
Sebab itulah bila kita berdepan dengan pelbagai masalah yang datang menindih kita, tidak perlu runsing memikirkan masalah, tetapi fikir cara menyelesaikannya kerana bila masalah selesai, kita akan rasa manisnya. Jika buntu jalan, mintalah pertolongan rakan - rakan. Jika tetap buntu, jangan bimbang kerana Allah itu sentiasa menolong umatnya yang kesusahan. Mintalah bantuan Allah. Kembali kepadaNYA, minta dibukakan hati, dilapangkan dada supaya kita dapat berfikir dengan tersusun, tenang dan tiada perasaan serabut. Then lepas itu dapatlah kita selesaikan masalah.
Allah cipta masalah yang dapat dirasa dan juga dialami oleh manusia. Jika manusia dapat menghadapi masalah - masalah hidupnya dengan sempurna dan dengan merujuk Allah, nescaya Allah akan mengurniakan Syurga, tempat di mana tiadanya sebarang masalah. Masa itulah, kita akan diberi ganjaran, selama - lamanya.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
- وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
- الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
- وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
- فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
- إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
- فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
- وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Kesimpulannya, hadapi masalah dengan senyuman. Ia tidak dicipta untuk membelenggu manusia, tetapi adalah ANUGERAH Allah untuk kita, supaya kita lebih merasa hidup ini full, dan lebih nikmat. Bila ada masalah, sebutlah ALHAMDULILLAH, dan selesaikannya dengan elok.Nescaya masalah dapat diselesaikan. Sesungguhnya, Allah menguji umatNYA kerana Allah menyayangi umatNYA.
Sekian, terima kasih.
-Syah Nor Iman-
Tuesday, August 5, 2008
Notis Mesyuarat JKP Balai Islam
Perhatian kepada Ahli - ahli JKP Balai Islam, anda dikehendaki menghadiri mesyuarat yang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:
6 OGOS 2008 ( RABU )
Pihak terlibat:
- MT & Exco - exco Balai Islam sesi 2008/09
- Mantan - mantan Balai Islam sesi 2007/08
Pihak terlibat:
- MT & Exco - exco Balai Islam sesi 2008/09
- Mantan - mantan Balai Islam sesi 2007/08
- AJK - AJK baru Balai Islam sesi 2008/09
2 sesi mesyuarat tersebut akan diadakan di surau al-Irsyad, jam 9.00 malam. Kehadiran adalah diwajibkan.
Sekian, harap maklum.
Malam Nisfu Sya‘ban
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada
Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..
Penutup
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)
Ibadah di Bulan Sya‘ban, Menyambut Kedatangan Ramadhan ....
Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.
Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
1. Memperbanyak puasa sunat.
Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan Beristiqhfar
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)
Monday, August 4, 2008
Study and study..
Muslimin dan muslimat macam mana belajar sekarang...mesti ada juga perasaan stress,payah,sukar,boring dan apa-apa lagi. Sebagai orang Islam, bersabarlah dalam mencari ilmu.Ingat.....di sebalik kesulitan ada kemudahan dan kejayaan itu sangat manis
Bak kata Albert Einstein:
Out of clutter, find simplicity
In discord, find harmony
In the middle of difficulty lies opportunity
Sunday, August 3, 2008
Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 1
Ini kali pertama saya mencurahkan sedikit idea di dalam blog ini..
Sebagai ketua biro penerbitan Balai Islam, saya berhak menerbitkan sebarang risalah, notis, ataupun sebarang am berkaitan projek - projek Balai Islam, atau apa - apa saja yang kami hendak terbitkan di KK7 UM.
Saya akan memastikan bahawa versi online bagi artikel - artikel di dalam risalah kami turut dimuatkan di dalam blog ini.
~End of introduction~
Saya mulakan fikir harian saya yang pertama ini dengan membincangkan tentang aurat wanita..
Sebelum saya dibom dan dihujani dengan pelbagai kecaman dan juga kritikan tentang perkara ini, eloklah saya mulakan dengan sepotong ayat al-Quran..
Tafsirnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(Surah an-Nur : ayat 31)
Menurut Ibnu ‘Abbas dan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhum yang dimaksudkan dengan “zahir” ialah muka dan dua tapak tangan.
Jadi berdasarkan ayat di atas, dapatlah difahami bahawa aurat wanita adalah semua, kecuali muka dan tapak tangan. Selain daripada 2 anggota tersebut, ia dikira AURAT.
Kadang - kadang, manusia mematuhi suruhan Allah di atas, dan ada yang tidak tahu. Ada juga yang telah tahu, tapi masih tidak dapat membiasakan diri. Perlu diingat, perintah Allah itu wajib hukumnya, seperti mengerjakan solat, puasa di bulan Ramadhan dan juga mengerjakan haji.
Dan perlu diingat, memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh juga dikira melanggar batas- batas agama. Memang sudah azali lelaki akan tertarik dengan wanita, lebih - lebih lagi jika wanita itu kelihatan 'menarik' sekali. Kalau menyentuh soal tarikan oleh wanita, bagi saya, perkara ini abstrak dan tiada definisi mutlak, kerana ia hanya perasaan manusia, sama seperti cinta. Tetapi lazimnya, lelaki akan tertarik pada wanita yang berwajah cantik ( no offense, saya bercakap secara terang - terangan ), berpakaian yang menarik dan juga aspek - aspek yang lain.
Lelaki pula adalah manusia, ada nafsu.Sudah tentu lelaki normal akan tertarik pada wanita - wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna ataupun berpakaian menampakkan bentuk tubuh. Erti kata lelaki normal pada saya ialah lelaki yang standard, bukannya seperti penjenayah yang sememangnya hidup berlandaskan nafsu.
Sudah hakikatnya, manusia tertarik pada sifat luaran, melebihi sifat dalaman. Sama seperti anda hendak menonton sesuatu cerita, mesti tertarik pada Tom Cruise melebihi Danzel Washington. Biasalah tu, manusia.
Sama seperti aurat wanita dan batas - batas pemakaian yang betul.
Pakaian wanita harusnya menutupi seluruh anggota, kecuali muka dan tapak tangan. Perlu diingat, kaki dan tapaknya diconsider sebagai anggota pada bahagian kaki, bukan tangan..jadi perlu juga ditutup. Dengan erti kata lain, gunakanlah stokin.
Tudung juga seharusnya menutupi hingga ke bawah siku. Memakai tudung yang singkat ataupun tiga segi tidak memadai untuk mencapai matlamat menyembunyikan bentuk tubuh. Memakai seluar yang agak ketat ataupun seluar jeans meninggikan lagi kebarangkalian untuk wanita itu menjadi tarikan lelaki.
Bila bercakap mengenai soal ini, pasti ada yang akan bersuara bahawa "kenapa lelaki nak tengok sangat,janganla tengok.Gatal" . Bagi saya, logik bahawa lelaki pasti tertarik, kerana jika ada wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan atau menampakkan tubuh badan, sudah pasti akan ternampak dan tertengok dan mungkin terdetik nafsunya ( ini bergantung pada lelaki tersebut, samada pandai mengawal nafsu atau tidak, tapi tidak boleh juga assume semua tak pandai kawal nafsu).
Samalah seperti:
- Wanita terpegun tengok lelaki kacak di tepi jalan.
- Tertarik dengan tulisan "JUALAN MURAH" di Kompleks Beli - belah.
- Lebah tertarik pada bunga yang cerah warnanya.
Jadi, bukankah lebih baik jika berpakaian elok untuk mengelakkan menjadi tarikan lelaki, yang membuatkan mereka timbl nafsu. Pemakaian tudung labuh yang melebihi paras siku, berseluar atau berkain yang tidak terlalu menampakkan bentuk kaki ( yang tidak ketat ) adalah cara terbaik untuk menutup bentuk tubuh. Jika hendak berjogging, memakai seluar track longgar serta berbaju agak labuh, longgar yang menutupi bawah pinggang serta bertudung labuh dapat menyembunyikan bentuk badan ( juga elok untuk aliran pernanasan ) .
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Ahzab : 59)
Anda dapat membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pakaian yang anda suka, jadi tidak dikira menyusahkan jika membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.
Jika sudah ada kasut berbunyi2 dan sayang untuk membuangnya, ada 2 pendapat bagi saya:
- Hukum agama itu mesti lebih utama daripada kehendak diri.
- Letak lapisan getah lembut pada tumit untuk hilangkan bunyi.
Oleh kerana Islam itu tidak menyusahkan, tidak perlu wanita berasa dirinya susah untuk berubah secara beransur - ansur. Tiada alasan seperti berasa panas memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Perlu diingat, panas dahulu lebih elok daripada panas berganda2 pada hari kemudian ( harap difahami maksudnya ). Jika anda tidak mampu untuk berubah sekaligus, eloklah jika berubah beransur - ansur. Tiada paksaan dalam beragama. Asalkan anda mempunyai inisiatif untuk berubah, itu sudah dikira OK.
Saya tidak bermaksud untuk menyerang mana - mana pihak, tetapi sekadar menegur dan juga memberi pendapat serta nasihat yang membina kerana itu tanggungjawab bagi setiap umat Islam. Tidak dinafikan kata - kata saya pedas tetapi pisau tajam itulah yang dapat memotong ayam dengan sempurna .
Kesimpulannya:
- Ada garis panduan bagi menjaga aurat, yang penting, tidak boleh mendedahkan aurat, menampakkan bentuk badan serta memakai perhiasan diri yang boleh menarik perhatian.
- Tiada paksaan dalam beragama. Berubahlah secara beransur - ansur.
- Perintah Allah yang termaktub di dalam al-Quran memang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam.Tiada pengecualian.
Anda bebas menghantar sebarang komen. Remember, komen anda mencerminkan keperibadian anda. Sekian, terima kasih.
-Syah Nor Iman-
Carta Organisasi Majlis Tertinggi Balai Islam
Carta Organisasi Balai Islam KK7
PENGERUSI : Fariz
T/PENGERUSI 1 : Amzar
T/PENGERUSI 2 : Wan Hasanah
SETIAUSAHA : Haifa
T/SETIAUSAHA : Zharif
BENDAHARI : Afni Idayu
Ketua Biro Dakwah & Intelektual : Mohd Hafiz
Timbalan : Sofwah
Ketua Biro Kebajikan & Keceriaan Surau : Mohd Hafizi
Timbalan : Ilzan
Ketua Biro Surau & Pengisian : Nik Luqman
Timbalan : Masaida
Ketua Biro Teknikal & Domestik : Salam
Timbalan : Khatijah
Ketua Biro Penerbitan & Informasi : Syah
Timbalan : Suria
Diharapkan anda semua dapat menjalankan tugas dengan mantap sekali pada sesi 2008/09 ini..InsyaALLAH..
Saturday, August 2, 2008
selamat datang...
Marhaban, Welcome to the new homepage of mine.
al-Irsyad blog...