Sunday, November 15, 2009

rahsia alam

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Ana rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ? .....


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
~Wallahualam~
ihsan dari almuslim

Thursday, November 12, 2009

adakah?

Di saat-saat resah,

al-Quranlah yang paling mujarab,

kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta.

Allahlah kekasih yang paling memahami.

Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta.

Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya.

Betapa agungnya cinta Allah.”

- Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang

Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..

maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..

keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan."Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi -SALAM PERJUANGAN-

salam warahmatullaH

kpd sahabat2...mtk maaf la yer..
hampir satu sem blog ini bersemak dan berlalang..
lupe pulak nak membuka dan menghupdate..
by the way...terdapat info terbaru dari mimbar suraukk7

jumaat nih akan diadakn solat hajat bersama2 PREMIUM brtempat seperti biasa kolej suraukk7..
semue dijemput bagi memeriahkan majlis..

diulang(mcm annoucement kt interkom)

MAJLIS SOLAT HAJAT
TARIKH:13 NOV 09
MASA: 7-9 MLM
TMPT :SURAU KK7

TENTATIF PROGRAM:

7PM-SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
7.20PM-TAYANGAN
8.10PM-SOLAT ISYAK
8.20PM-SOLAT HAJAT
8.40PM-JAMUAN
9PM-HABES DAH..THE END

Saturday, July 11, 2009

Membuka Lembaran Baru..

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Selamat datang ke blog JKP Balai Islam Kolej Kediaman Ketujuh, Universiti Malaya.

Juga diucapkan selamat berkenalan bagi pelajar-pelajar yang baru mendaftar di Kolej Kediaman Za'ba pada sesi ini. Semoga anda mendapat sedikit manfaat dari blog ini InsyaAllah.

Buat senior-senior Kolej Za'ba, pastinya anda semua perasan bahawa blog ini sudah berwajah baru serta kelihatan lebih luas supaya sedap mata memandang dan harap-harap bahawa lebih pengisian bermanfaatkan akan dapat disalurkan di dalam blog ini, untuk kebaikan semua.

Antara pembaharuan blog adalah layout lebar yang sesuai sekali untuk dipaparkan di skrin laptop serta beberapa perubahan visual seperti widget jam dan kalendar.

Antara widget yang ditambah ialah countdown to Ramadhan, sesuai sekali untuk kita lebih mengingati tarikh kita akan bertemu Ramadhan semula. Mungkin ada di antara kita terlupa untuk qada' puasa so kami harap widget baru ini lebih memberi peringatan kepada anda.

Akhir kata, selamat datang dan bergembira bagi semua, semoga blog ini akan berkembang lebih maju di masa hadapan.

Wallahua'lam.

-Kolumnis Balai Islam Kolej Za'ba

Wednesday, June 3, 2009

Dalam Proses

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog ini dalam proses ubahsuai. Memandangkan bloggers Balai turut bercuti macam orang lain, kami mungkin lambat sikit nak habis proses ubahsuai. Harap bersabar ya.

Blog akan aktif semula apabila sudah mula kuliah semester baru nanti.

~Kolumnis Balai Islam

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Bercuti..!

Assalamualaikum..

Memandangkan majoriti students sudah habis exam, kami mengucapkan selamat bercuti dan juga selamat bekerja bagi mereka yang berprojek pada cuti semester ini. Semoga anda dipayungi dan dilindungi Allah SWT..

Untuk makluman, blog ini mungkin tidak akan diupdate kerana kami sedang cuba untuk membangunkan satu lagi page Balai Islam 7th yang lebih luas dan lebih daripada sekadar blog. Cubaan untuk membangunkan 'social network' yang mengandungi blog individu, forum dan juga galeri gambar. Seperti friendster.

Tunggu pengumuman selanjutnya daripada Team Bloggers Balai Islam 7th..

Friday, April 17, 2009

Selamat Exam!


Barisan pimpinan Balai Islam sesi 08/09 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua muslimin & muslimat. Semoga usaha anda semua yang selama ini berjihad menuntut ilmu di jalan-Nya akan dibalas sebaik-baiknya. InsyaAllah.

Hakikat Ilmu Tasawuf..part 2

Sambungan dari part 1, membincangkan tentang ajaran-ajaran Tasawuf mengikut Imam al-Qusyairi...


Khauf

Takut Kepada Allah.

Raja'

Sentiasa berharap keampunan dan rahmat Allah SWT.

Ju'-Wa Tarkus-Syahwat

Membiasakan lapar dengan puasa sunat dan menahan hawa nafsu.

Khusyuk/Tawaduk

Tenang hati dan rendah diri, serta tidak sombong.

Qana'ah

Tidak tamak dan rakus.

Tawakal

Setelah berusaha, perlu menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Syukur

Berterima kasih kepada Allah atas segala rahmat dan nikmat-Nya.

Yakin

Keyakinan yang teguh kepada Allah.

Sabar

Tahan menghadapi penderitaan.

Muraqabah

Meyakini dengan sesungguhnya bahawa Allah sentiasa mengawasi dan mengetahui segala gerak-geri kita.

Dalam masalah Muraqabah ini Imam al-Qusyairi berkata:

"Muraqabah itu ialah seseorang itu meyakini bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi dirinya."

Maka jika sudah begitu mendalamnya muraqabah itu dalam diri seseorang, maka sudah tentu dia akan sentiasa mengingati Allah, menjaga dirinya dari perkara yang dimurkai Allah yang akhirnya akan membuat dirinya sentiasa taat dan setia pada-Nya, dan merasa seolah-olah Allah sentiasa di hadapannya mengawasi segala pekerjaannya, perkataannya dan gerak-gerinya. Inilah yang dimaksudkan dengan Muraqabah.

Berkata ahli sufi:

"Barang siapa yang mengawasi/memelihara Allah dalam hatinya Nescaya Allah akan memelihara mereka pada anggota badannya."

Tersebut lagi dalam Risalah Qusyairiah, seorang ahli sufi terkenal Nashrabadzi berkata:

"Raja' (harapan) itu menggerakkan engkau kepada taat, Khauf pula menjauhkan engkau dari maksiat dan Muraqabah pula mendorong engkau ke jalan yang benar."

Dari keterangan ini jelas kepada kita betapa pentingnya Raja' Khauf dan Muraqabah itu dalam ilmu Tasawuf.

Dalam al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita:

"Sesungguhnya Allah itu sentiasa mengawasi dan mengintip-intip atas kamu."
Surah an-Nisa, ayat 10

"Dia (Allah) mengetahui pengkhianatan mata dan kejahatan yang disembunyikan oleh dada."
Surah al-Mukmin, ayat 19

"Dan Allah itu mengawasi atas setiap sesuatu."
Surah al-Ahzab, ayat 52

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, ternyata betapa pentingnya ajaran Muraqabah itu wujud dalam diri dan hati seseorang bagi menjaga den mengawasi hati dan pancaindera zahir dari dosa dan kesalahan, kerana walaupun perkara itu tersembunyi jauh di sudut hati, akan tetap diketahui oleh Allah Tuhan Yang Maha Raqib.

Redha

Rela menerima segala Qada' dan Qadar Allah atas diri kita.

Ubudiah

Penghambaan diri kepada Allah SWT.

Iradat

Berkemahuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Istiqamah

Tetap berpegang atas kebenaran. Istiqamah ini sangat penting ditanamkan di hati setiap mukmin, ini kerana mengingat betapa banyaknya bisikan dan godaan syaitan terutama di akhir zaman seperti sekarang. Hanya orang-orang yang istiqamah sahaja yang akan terselamat daripada pujuk rayu syaitan dan iblis itu. Allah Taala memberikan jaminan kepada mereka yang beristiqamah akan ditempatkan-Nya di syurga dan kekal abadi di dalamnya. Firman-Nya:

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya sebagai balasan terhadap amal yang mereka kerjakan."
Surah al-Ahqaf, ayat 13-14

Ikhlas

Semua ibadat yang dilakukan semata-mata kerana Allah, bukan kerana yang selain daripada-Nya.

Siddiq

Sentiasa berkata yang benar, baik dalam percakapan mahupun perbuatan.

Haya'

Malu melakukan dosa kecil mahupun dosa besar.

 Zikir

Mengingat Allah dengan mengucapkan pujian kepada-Nya.

Futuwah

Baik hati dan sedia berkorban.

Firasah

Pandangan yang mendalam di dalam ilmu Firasat.

Al-Khulq

Budi pekerti yang mulia.

Doa

Banyak munajat kepada Allah SWT.

Demikianlah garis-garis panduan bagi ajaran Tasawuf yang menjadi tumpuan amal mereka. Sebenarnya bahawa ajaran-ajaran Tasawuf itu adalah amalan semua kaum Muslimin di mana saja mereka berada. Hanya bezanya yang amat ketara bahawa golongan ahli sufi mengamalkan ajaran-ajaran itu secara lebih mendalam sehingga menjadi falsafah hidup mereka. Mereka lebih mementingkan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia kerana mereka lebih memahami dan mendalami ayat-ayat al-Quran yang menjadi dasar Tasawuf itu. Misalnya firman Allah:

"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian di muka bumi dan tidak pula membuat kerosakan. Dan kesudahan yang baik itu adalah untuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah."
Surah al-Qasas, ayat 83

Maka difahamkan dari ayat ini jelas dan terang bahawa Allah Taala menyediakan negeri akhirat (Syurga) itu untuk hamba-hamba-Nya yang tidak menginginkan kemegahan, ketinggian dan sunjungan dalam kehidupan di dunia dan tidak pula mengadakan kejahatan serta kerosakan di muka bumi.

Oleh itu, orang-orang yang faham lebih mendalam tentang maksud ayat ini, mereka tidak begitu mementingkan kehidupan dunia, mereka hanya mengambil dunia sekadar keperluannya sahaja, mereka bersikap zuhud, qana'ah dan wara' terhadap kesenangan dunia, mereka menjadikan dunia betul-betul sebagai jambatan ke akhirat. Mereka sekadar lalu di atasnya, mereka tidak merasa perlu mendirikan mahligai indah di atas jambatan yang sebentar lagi mereka akan tinggalkan buat selama-lamanya. Hanya orang yang lalai sahaja akan terpedaya dengan dunia yang fana ini, mereka (ahli sufi) tidak terlonjak riang jika dunia jatuh ke riba mereka, sebaliknya mereka tidak merasa duka bila dunia itu lari daripadanya. Ingatan mereka sentiasa terpaut dengan firman Allah:


"Katakanlah (wahai Muhammad), kesenangan itu sedikit (sebentar sahaja) dan kesenangan akhirat itu lebih baik (kekal) bagi orang yang bertaqwa."
Surah an-Nisa', ayat 77

Semua kaum Muslimin yang benar-benar Muslim dan Mukmin mengamalkan ajaran-ajaran Tasawuf di atas, hanya sebahagian mengamalkan sekadar yang wajib sahaja misalnya 'ibadat', sesetengah Muslimin mengerjakan ibadat asas sahaja seperti solat 5 waktu, puasa wajib serta mengerjakan haji sekali seumur hidup dan sebagainya. Namun, ahli sufi mengerjakannya jauh lebih banyak dan mendalam. Jika orang awam akan bertaubat jika melakukan dosa, maka ahli sufi akan bertaubat jika ada lalai hatinya dari mengingat Allah, walaupun sesaat.

Berkata Dzin Num al-Misri:

"Taubat orang awam itu apabila melakukan dosa, dan taubat orang khauwash (orang istimewa) apabila lalai mengingati Allah."

Dari keterangan Ulama Sufi yang terkenal itu, nyata betapa mendalamnya amal ibadat mereka, bahkan suatu perkara yang sudah dipandang baik oleh orang-orang yang baik-baik, tetapi bagi orang-orang Muqarrabin (yang dekat kepada Allah), perkara itu masih dianggap buruk. Tersebut di dalam al-Mizanul Kubra, Imam Sya'rani menyebutkan sebuah Qaidah orang-orang Muqarrabin yang berbunyi begini:

"Sesuatu yang hasanat (baik-baik) pada pandangan orang-orang baik, masih dipandang buruk (Sayyiat) pada sisi orang-orang Muqarrabin."
al-Mizanul Kubra, Jilid 1, Halaman 113

Orang yang sampai ilmunya pada maqam (kedudukan) yang tinggi seperti Muqarrabin, mereka tidak salah berpandangan dan beramal menurut maqamnya itu, mereka adalah ulama'-ulama' besar, mereka wali-wali Allah di muka bumi ini.

Para Khulafa' ar-Rasyidin yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan juga termasuk 'Umar bin Abdul Aziz adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang hampir kepada Allah Taala dan mereka termasuk Imam dan Pemimpin umat Islam yang patut menjadi ikutan dan tauladan kaum Muslimin setelah Resulullah SAW. Begitu juga para ulama' mujahidin seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad Idris as-Syafi'ie dan Ahmad bin Hanbal, mereka adalah wali-wali Allah dan pemimpin umat Islam yang mesti dijadikan tauladan dan ikutan oleh kaum Muslimin.

Selamat Mengenali Ilmu Tasaquf. Sila rujuk kitab-kitab yang telah dinyatakan untuk rujukan anda sekalian.

Thursday, April 16, 2009

Hakikat Ilmu Tasawuf..part 1

Dalam mengenal hakikat ilmu Tasawuf, sebenarnya ulama' ahli Tasawuf telah banyak mengemukakan pendapat mereka tentang hakikat Tasawuf. Menurut Ibnu Khaldun:

"Asal pokok ajaran Tasawuf ialah tekun beribadat, berhubungan langsung kepada Allah, berpaling dari kemewahan dan kemegahan dunia, berlaku zuhud terhadap sesuatu yang dituntut oleh kebanyakan manusia dari kelazatan, harta kekayaan, kebesaran duniawi, dan mengasingkan diri dari orang ramai di tempat yang sunyi untuk beribadat kepada Tuhan."
Zuhrul-Islam IV hal 151

Maka inilah hakikat Tasawuf yang paling tepat menurut Ibnu Khaldun sebagaimana dikemukakan oleh Syaikh Ahmad dalam Kitab Zuhrul Islamnya dan ditulis pula oleh K. H. Sirajuddin Abbas dalam buku 40 Masalah Agama jilid 3 halaman 34.

Selain itu, menurut Imam al-Karakhi bahawa hakikat Tasawuf itu ialah:

"Mengekalkan taat kepada Tuhanmu, berkhidmat kepada sesama Muslim dan menasihati mereka."
Risalah Qusyairiah, halaman 9

Untuk lebih lengkap lagi bagi mengetahui ajaran Tasawuf itu, maka ada baiknya kita lihat pula pokok-pokok ajaran Tasawuf seperti yang dikemukakan oleh Imam Tasawuf yang terkenal iaitu Imam al-Qusyairi Rahimahullah.

Adapun ajaran-ajaran Tasaquf menurut Imam al-Qusyairi iaitu:

Taubat

Iaitu meninggalkan maksiat, serta menyesali mengerjakannya, beristighfar kepada Allah SWT. Taubat dari dosa ini adalah ajaran yang paling dahulu wajib dikerjakan sebelum yang lain-lainnya. Berkata Imam al-Qusyairi:

"Taubat itu ialah jalan pertama daripada beberapa jalan bagi orang-orang yang menuju keredhaan Allah dam makam (tempat) pertama daripada beberapa makam bagi orang-orang yang mencari makam yang diredhai Allah."
Risalah Qusyiriah, halaman 45

Imam Ghazali menyatakan pula tentang taubat ini:

"Taubat itu adalah nak kunci kebahagiaan bagi murid-murid yang belajar ilmu dan amalan Tasawuf."

Demikian betapa pentingnya taubat yang hukumnya adalah wajib bagi tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Mujahadah

Bersungguh-sungguh dalam beribadat.

Taqwa

Menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Warak

Menjauhi diri dari maksiat dan syubhat.

Zuhud

Meninggalkan segala hal-hal keduniaan yang halal, mengambil sekadar hajat keperluan sahaja, mengikis jiwa daripada mencintainya secara berlebih-lebihan

Berkata Imam al-Qusyairi:

"Zuhud pada perkara yang haram itu wajib dan zuhud pada perkara yang halal adalah sifat utama."

Berkata pula Imam Ahmad bin Hambal:

"Zuhud itu ada tiga macam: Meninggalkan segala yang haram, itulah zuhud orang-orang awam. Meninggalkan yang berlebihan daripada yang halal, itulah zuhud orang-orang khawash (orang yang istimewa). Meninggalkan segala apa saja yang boleh mengganggu seorang daripada mengingat Allah, maka itulah zuhud orang-orang arifin (bijak)."

Khalwat/Uzlah

Berseorangan beribadat kepada Allah.

Shamat

Banyak diam. Jika bercakap, maka bercakaplah yang benar. Jika tidak, maka lebih baik diam.

...bersambung pada post yang akan datang...



Sunday, April 12, 2009

Tahniah Kepimpinan Balai 08/09!

Assalamualaikum WBT..

Semalam merupakan acara kemuncak bagi menutup segala gerak kerja (kecuali blog) bagi kepimpinan Balai Islam Za'ba sesi 08/09 di bawah sdr. Fariz. Setiap exco telah memberi amanat serta nasihat masing-masing. Pelbagai acara telah dirancang semalam untuk menutup segala aktiviti Balai Islam dengan sempurna.

Para pucuk pimpinan Balai mengucapkan tahniah serta terima kasih yang tidak terhingga pada semua AJK Balai yang tidak putus-putus memberikan komitmen serta keikhlasan dalam berjuang menegakkan martabat Islam di Kolej Za'ba. Sumbangan anda di dalam kolej yang kecil ini akan diberi ganjaran yang besar di hari kemudian. InsyaALLAH.

Buat bakal pemimpin-pemimpin Balai di masa akan datang, selamat memimpin dan pikullah tanggungjawab besar yang akan mendatang. Sesungguhnya itu adalah amanah dari Allah dan harus dipegang dengan elok dan perlu berlaku adil.

Buat masa sekarang, semua MT dan Exco Balai sudah meletakkan jawatan secara tidak rasmi dan telah bergelar mantan-mantan yang semestinya punyai pengalaman yang berguna buat rujukan bakal pemimpin semua. Jangan segan silu untuk bertanya dan dengan izin Allah mereka akan membantu bakal pemimpin sekalian.

Akhir kata, selamat menjalani peperiksaan dan moga-moga Allah merahmati anda semua. Sekian. Wassalam.

-Wakil Pimpinan Balai Islam sesi 08/09-

Tuesday, April 7, 2009

Jamuan Balai Islam '09

Assalamualaikum WBT..

Harap maklum..pada 11hb (Sabtu) akan diadakan jamuan untuk AJK JKP Balai Islam '09. Berikut adalah beberapa butiran majlis:

Tentatif Ringkas

- Waktu petang : Persiapan tempat di gelanggang futsal Kolej Za'ba.
-Ceramah oleh ustaz jemputan di surau al-Irsyad pada sebelah malam, selepas Maghrib.
-Berkumpul di gelanggang futsal selepas menunaikan solat Isyak berjemaah.

Beberapa Aktiviti..

- Cabutan bertuah
- Semestinya, jamuan makan
- Amanat-amanat barisan MT,exco JKP Balai Islam '09
- Sesi pertukaran hadiah antara AJK*

* Untuk pertukaran hadiah, dicadangkan bahawa harga minimum adalah RM5 (quality control). Pada malam jamuan akan diadakan sesi pertukaran dengan mencabut nama.


Diharapkan AJK-AJK Balai Islam dapat meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis. Sekian, harap maklum.

-Biro Penerbitan-

Thursday, March 5, 2009

Cerminan Kekuasaan dan Sifat-Nya

Sesuatu yang Tiada, Tidak Dapat Melakukan Sesuatu

Sesuatu yang tiada, tidak dapat melakukan sesuatu. Ini adalah perkara yang disepakati oleh semua orang. Hanya yang gila yang tidak menyetujuinya. Orang yang berakal tidak mungkin percaya bahawa jam di tangannya, kapal terbang atau kayu pembaris dijadikan oleh sesuatu yang tiada dan semua itu tidak mempunyai pencipta.

Firman Allah SWT:

(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya)

at-Tur: 35-36


Jikalau begitu:

  • Setiap perbuatan mesti mempunyai pelakunya.
  • Setiap rekaan mesti mempunyai perekanya.
  • Setiap ciptaan mesti mempunyai penciptanya.

Perbuatan Menjadi Cerminan kepada Kekuasaan Pembuat dan Penciptanya.

Pertalian antara benda yang dibuat dengan pembuatnya adalah sangat rapat kerana benda yang dibuat menjadi cerminan kepada kekuasaan pembuat dan penciptanya. Perkara ini boleh diperhatikan berdasarkan contoh cerminan, atau klu kepada kebolehan pencipta yang mencipta sesuatu benda, seperti:

Perhatikan sebatang pembaris kayu dengan teliti. Kita dapati ia diperbuat daripada kayu. Pada ketika itu kita akan mengetahui bahawa:

  • Pembuat pembaris mempunyai kayu.
  • Pembuat pembaris mampu membuat pembaris daripada kayu.

Kita juga dapat melihat pembaris tersebut licin, elok reka bentuknya dan lurus bahagian tepinya. Dengan menggunakan akal kita akan mengetahui bahawa:

  • Pembuat pembaris mempu menjadikan kayu itu licin.
  • Pembuat pembaris mampu memotong kayu dalam bentuk yang tertentu.
  • Pembuat pembaris mampu menjadikan bahagian tepi pembaris kayu lurus dan tidak bengkok.

Kita juga akan mendapati terdapat garisan sela-sela yang sama besar yang diperbuat menggunakan garis-garis hitam. Dengan ini kita akan mengetahui bahawa:

  • Pembuat pembaris mempunyai cat hitam.
  • Pembuat pembaris mempi menjadikan cat warna hitam tersebut sebagai garisan yang halus lagi tersusun.
  • Pembuat pembaris berkemampuan membahagikan pembaris kepada sela yang sama besar dan tepat.

Dengan cara berfikir kita juga dapat mengetahui dengan yakin tentang sebahagian sifat pembuat pembaris tersebut, kita akan mengetahui bahawa:

  • Ketepatan dalam pemotongan bahagian tepi pembaris dan pembahagiannya kepada bilah-bilah yang sama dan lurus hanya dapat dilakukan oleh seorang yang berakal dan bijak berfikir yang berkemampuan memotong dan membuat garisan yang tepat.

Begitulah sebilah pembaris memberitahu kita dan menggambarkan sifat dan kemampuan pembuatnya.

Contoh lain pula, jika kita berfikir tentang kereta, kita akan mengetahui satu hakikat yang jelas iaitu:

  • Pembuat kereta mempunyai besi, kaca, dawai dan getah.
  • Pembuat kereta berkemampuan membentuk besi, kaca, dawai dan getah dalam bentuk yang tertentu untuk membuat kereta.
  • Pembuat kereta mempunyai kemampuan membentuk komponen-komponen kereta sepertimana kita melihatnya.

Dengan menggunakan akal, kita dapat mengetahui satu hakikat yang menguatkan keyakinan kita terhadap sebahagian sifat pembuat kereta, iaitu kita akan mengetahui bahawa:

  • Pembuat kereta adalah seorang pakar dalam pembuatannya.
  • Pembuat kereta adalah seorang yang bijaksana dalam kerjanya.
  • Pembuat kereta adalah seorang yang berakal dan tidak gila.

Kalau begitu:

  • Semua ciptaan merupakan cerminan kepada kemampuan dan sifat pembuatnya.

Kaitan antara makhluk dengan Penciptanya adalah rapat. Sama seperti kaitan antara pembuat dengan benda yang dibuatnya. Begitulah makhluk menjadi cerminan kepada kemampuan dan sifat Penciptanya.

Tidakkah kamu tahu:

  • Ketika kita melihat berjuta-juta makhluk yang begitu baik ciptaannya dicipta setiap hari, kita mengetahui satu hakikat yang diterima akal serta diyakini bahawa terdapat Pencipta yang mencipta dan mengadakannya.

  • Ketika kita melihat beribu-ribu kehidupan yang membesar dan hidup daripada bahan yang tidak bernyawa, dengan menggunakan akal kita meyakini bahawa kehidupan yang dicipta pada benda-benda hidup tersebut adalah perbuatan Yang Maha Menghidupkan.

  • Apabila kita berfikir tentang berjuta-juta bentuk ciptaan yang cantik, berseni, indah, bijaksana, teratur dan teliti yang ada di depan mata kita pada setiap hari iaitu pada tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia dan benda-benda lain, kita mengetahui bahawa bentuk-bentuk itu adalah ciptaan Yang Maha Membentuk Rupa dagi Cantik Ciptaan-Nya.


Apabila kita berfikir tentang makhluk-makhluk ini, ia memberitahu kita sebahagian sifat Penciptanya:

  • Kita akan melihat hikmah yang jelas dalam pembentukan dan penyusunan semua makhluk. Ia memberitahu kita bahawa hikmah ini ialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Menghendaki.

  • Kita akan melihat pentadbiran yang bijak dan ketetapan yang teliti pada makhluk-makhluk ini. Ia memberitahu kita bahawa Tuhannya adalah Yang Maha Mengetahui lagi amat Mendalam Pengetahuan-Nya.

  • Kita akan melihat nikmat yang melimpah yang dinikmati oleh makhluk. Maka akal kita akan memberitahu kita bahawa Tuhannya adalah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

  • Akal kita akan menyeru kita dengan berkata bahawa kekuasaan yang nyata dan sifat yang begitu jelas dan dapat dirasai hanyalah daripada Pencipta yang Wujud.

Begitulah, sesiapa yang berfikir tentang makhluk Allah akan mendapatinya cerminan yang memperlihatkan kudrat dan sifat Tuhannya. Dengan itu dia akan beriman kepada Tuhannya dengan keimanan yang mantap tanpa keraguan. Oleh itu, al-Quran dan al-Karim telah menggesa kita supaya berfikir dan mengkaji dengan mendalam makhluk ciptaan Allah.

Firman Allah Taala:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis bintang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

al-Baqarah : 164


Pada masa dahulu, seorang Arab berkata untuk membuktikan keimanannya:

"Sekiranya tahi unta menunjukkan adanya unta, tapak kaki di jalanan menunjukkan adanya orang yang melaluinya, maka bumi yang mempunyai gunung-ganang dan langit yang mempunyai bintang, tidaklah ia menunjukkan wujudnya Tuhan Yang Maha Lembut lagi Amat Mendalam pengetahuan-Nya?"
Jadi, kita dapat melihat pada makhluk ciptaan Allah, kekuasaan dan sifat Allah. Kita juga dapat mengetahui kewujudan Allah dengan melihat perkara tersebut.


Sunday, March 1, 2009

Kecantikan Yang Memperdayakan

Kecantikan yang dikejar pada hari ini sering kali berasaskan hawa nafsu dan terpisah daripada petunjuk agama. Kecantikan yang diutamakan adalah yang berkaitan dengan kulit bukannya hati. Islam mementingkan kecantikan hati di samping tidak mengabaikan kecantikan hati di samping tidak mengabaikan kecantikan zahir, selagi mana ia tidak bercanggah dengan landasan syariat. Menurut Muslim, Nabi Muhammad berkata:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa parasmu dan tubuh jasadmu tetapi Dia melihat kepada kebersihan hatimu."


Kulit dan Penyerapan Bahan Toksik


Kulit adalah organ yang paling besar lagi kompleks yang mampu melaksanakan pelbagai fungsi bagi kesejahteraan manusia. Ia mempunyai keluasan 20 kaki persegi dan beratnya lebih kurang 8 paun (kira-kira 4 kilogram). Bagi setiap satu inci persegi, kulit mempunyai lebih kurang 19 juta sel. Kulit berfungsi mengeluarkan vitamin D3 yang digunakan di dalam proses pengeluaran tulang. Kulit juga merupakan sistem pertahanan yang menghalang bahan-bahan berbahaya daripada memasuki badan. Walau bagaimanapun, terdapat bahan-bahan khusus yang dapat menyerap masuk ke dalam badan melalui kulit.

Di antara insiden yang paling menonjol yang berkaitan dengan ini adalah yang melibatkan 40 orang pekerja di sebuah kilang kimia di Occidental, California pada tahun 1960. Kilang ini mengeluarkan bahan dibromochloropropane (DBCP) yang digunakan bagi membunuh cacing. Tanpa disedari, bahan ini menyerap masuk ke dalam badan melalui kulit dan kesannya pekerja-pekerja di kilang ini disahkan mengalami kemandulan. Contoh yang lain adalah bahan antikuman hexachlorophene, yang digunakan di dalam sabun-sabun yang dikeluarkan pada tahun 1950-an dan 60-an. Ia didapati dapat merosakkan otak dan menyebabkan maut ke atas bayi kesan daripada penyerapannya ke dalam badan bayi melalui kulit yang dilumuri sabun itu.

Kajian di Institut Worldwatch menunjukkan terdapat lebih kurang 75,000 bahan kimia yang mungkin disapu di atas kulit anda selama ini. Sebahagian daripadanya sudah diketahui sampingannya dan sebahagian yang lain masih belum diketahui kesan sampingannya sehingga ke hari ini. Mungkinkah kita hanya dapat mengetahui tentangnya apabila kesemuanya sudah terlambat.


Bahaya Kosmetik dan Kanser

Jumlah mereka yang menghidap penyakit kanser terus meningkat. Majalah Lancet 1999 melaporkan, lebih kurang 1.5 juta wanita di negara-negara maju disahkan menghidap kanser setiap tahun dan majoritinya adalah kanser payudara. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, setiap orang daripada dua orang lelaki mempunyai risiko menghidap kanser dan bagi wanita, setiap orang daripada tiga orang. Daripada jumlah keseluruhan kematian yang berlaku setiap tahun di Amerika, satu daripada empat orang berpunca daripada penyakit kanser.

Bagi tahun 2002, dianggarkan 1,200,000 kes-kes baru dapat dikesan dan lebih kurang 1,500 kematian dianggarkan berlaku setiap hari disebabkan oleh kanser. Dr. Samuel Epstein (M.D.), Pengerusi Gabungan Pencegahan Kanser atau Cancer Prevention Coalition dan penulis buku The Safe Shopper's Bible dan The Politics of Cancer Revisited menyatakan, bahan-bahan toksik penyebab kanser memang terdapat di dalam produk yang sering digunakan oleh para pengguna pada hari ini termasuk produk kosmetik. Pada tahun 1990, lebih kurang 38,000 kes-kes kecederaan dilaporkan berlaku disebabkan oleh bahan-bahan kosmetik. Institut Kebangsaan Berhubung Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja di Amerika mendapati terdapat 800 bahan kimia di dalam alat-alat kosmetik yang digunakan pada hari ini. Di antaranya adalah:

Diethanoamine (DEA), Triethanoamine (TEA)

Ia adalah sejenis agen pelembap yang mudah bertukar menjadi agen penyebab kanser yang dkenali sebagai nitroamines. Ia terdapat dalam syampu dan sebun jenis cecair.

Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6

Semua ini adalah bahan pewarna yang sering digunakan pada hari ini dan boleh menyebabkan kanser kulit.

Sodium Lauryl Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Olefin Sulfonate

Bahan-bahan kimia ini dikenali sebagai surfactants digunakan bagi membersihkan rambut dan mengeluarkan buih. Ia terdapat di dalam syampu, sebahagian ubat gigi, krim pencukur dan sabun pembasuh baju. Bahan-bahan kimia ini berinteraksi untuk mengeluarkan 1,4 dioxane dan mengikut Institut Barah Kebangsaan di Amerika, bahan kimia ini menyebabkan kerosakan hati dan juga kanser. Dr. John Baily, Pengarah Bahagian Kosmetik dan Pewarna di Pentadbiran Pemakanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika melaporkan kebanyakan syampu, krim dan losyen pada hari ini mengandungi kadar 1,4 dioxane yang tinggi.

Phenylenediamine

Bahan ini dapat menyebabkan kanser dan juga penyakit buta. Ia terdapat di dalam pewarna rambut.

Petrolatum

Bahan kimia ini diperoleh daripada minyak petroleum dan menyebabkan kekeringan kulit. Ia terdapat di dalam krim kulit dan gincu.

Propylene Glycol

Ia terdapat di dalam kebanyakan krim pelembap, krim dan losyen badan serta rambut kerana ia mampu menghalang proses pembekuan sekaligus mencegah kerosakan krim dan losyen. Sebenarnya bahan propylene glycol tidak sepatutnya digunakan di dalam produk untuk rambut dan kulit kerana ia mampu meresap masuk ke dalam darah melalui kulit dan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Isopropyl Alcohol

Bahan kimia ini diperoleh daripada minyak petroleum dan ia terdapat di dalam pewarna rambut, losyen-losyen tangan, badan dan pencukur. Di antara kesan sampingannya adalah pening kepala, kemurungan atau depression dan koma.

Dibutyl Phthalates (DBP)

Ia terdapat di dalam sebahagian minyak wangi, pengilat kuku atau nail polish dan bahan penyembur rambut atau hairspray. Kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika menunjukkan ia boleh mengganggu kesuburan kaum wanita terutama yang berumur 20 hingga 30 tahun. Bahan yang sama juga dipercayai menjadi punca ramai kaum lelaki mengalami kecacatan dan barah zakar pada tahun 70-an dan 80-an.



Saturday, February 28, 2009

Tidur adalah IBADAH..




Faedah Tidur


Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapar dilakukan dengan baik. Di dalam sebuah hadis, diceritakan mengenai Abu Darda' yang tidak dapat tidur malam kerana ingin melakukan ibadah secara berterusan. Menurut Imam Bukhari, sahabatnya Salman al-Farisi menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, badanmu mempunyai hak ke atasmu dan isterimu mempunyai hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."


Semasa Nabi Muhammad mendengar perkataan Salman ini, beliau berkata, "Benarlah Salman."

Islam menganggap tidur sebagai satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu ke arah itu. Menurut Bukhari dan Muslim, beliau pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat. Lantas Nabi Muhammad berkata:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur."



Pekerja Syif Malam dan Kesan Kepada Kesihatan

Tidur yang penting adalah tidur pada waktu malam. Allah berfirman:

"Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran mencari rezeki."

surah al-Furqan, ayat 47


Pekerja - pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji - pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak dapat menerima tekanan yang berlebihan di waktu malam. Hal ini disebabkan hormon cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam justeru melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam di samping membebankan jantung mereka. Pakar-pakar dari Yayasan Jantung Britain bersetuju dengan pandangan ini kerana secara dasarnya, tekanan membebankan jantung dan meningkatkan risiko menghidap sakit jantung. Gangguan tidur disebabkan oleh perubahan syif kerja adalah sebahagian daripada tekanan yang dapat mengganggu fungsi jantung.


Tidur Tengah Hari dan Produktiviti

Tidur pada waktu tengah hari yang dikenali sebagai qailulah sering kali dilakukan oleh Nabi Muhammad. Di dalam kitab Misyakatul Masabih ada disebutkan:

"Tidur sekejap di waktu tangah hari ataupun qailulah bukanlah suatu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."


Tidur di siang hari pernah dianggap lambang kemalasan. Namun Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.

Berhubung dengan ini, Iman Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumiddin berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun dari tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat Zohor."


Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah suatu amalan Nabi Muhammad yang dapat menyegarkan tubuh badan dan sekaligus meningkatkan produktiviti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian yang saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru, hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri mendapati bahawa:

"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."




Kesulitan Gambar..

Assalamualaikum WBT..

Seribu kemaafan kepada ahli -ahli Balai Islam yang hendak melihat gambar - gambar Balai Islam..atas beberapa sebab, kami tidak dapat lagi publish gambar - gambar aktiviti Balai secara terbuka. Oleh itu, kami selaku Team Bloggers Balai Islam ingin memaklumkan bahawa jika anda hendak mengambil gambar aktiviti Balai Islam, anda hendaklah manghantar e-mail kepada kami di suraukk7@gmail.com. Sertakan nama di dalam e-mail anda beserta permintaan gambar aktiviti Balai (contohnya, gambar rehlah..etc) dan kami akan hantar gambar - gambar melalui e-mail.

Harap maaf atas segala kesulitan yang dialami.

-Team Bloggers Balai Islam-

Berdakwah Sambil Study

BERDAKWAH SAMBIL STUDY

Apabila bercakap mengenai `study’, kita akan terbayang akan timbunan buku-buku yang terpaksa kita hadap demi memeperoleh sebanyak mungkin ilmu yang berada di dalam buku tersebut supaya dapat diamalkan dan dipraktikkan dalam hidup kita ( walaupun sebenarnya sekadar untuk jawab final exam je).

Pasal study ni jugak, kita kan terkenang segala macam assignment, tutorial, lab report, dan sebagainya yang terpaksa kita habiskan dalam waktu yang ditetapkan untuk memperoleh sebahagian markah untuk final exam nanti atau dikenali sebagai `Pernilaian Berterusan’ @ PB. Dan, yang paling penting ,semestinya final exam, kerana ianya merupakan kayu pengukur kecermelangan akademik seseorang pelajar atau mahasiswa.

Sedarkah kita dalam waktu berada dalam alam study ini, sebenarnya terbuka satu medan dakwah yang cukup luas untuk kita gunakan. Medan ini dakwah ini adalah cukup luas mencakupi cara kita bekerja dan bermuamalat sesama insan yang lain dalam melakukan tugasan dan tanggungjawab kita sebagai pelajar atau mahasiswa seperti semasa menyiapkan assignment, tugasan individu @ berkumpulan dan berpersatuan. Sebenarnya, semua aspek yang saya sebutkan tadi, amat memeberi kesan terhadap dakwah yang kita laksanakan selama ini.

Sebagai contoh, semasa dalam makmal, semua coarsemmate saya telah dipecahkan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 orang, dan yang paling perit,kami telah dipecahkan secara `random’, menyebabkan saya terpisah dengan geng-geng saya yang lain. Kebetulan dalam lab tersebut, saya terpaksa bejerja dengan 2 orang pompuan ( 1 melayu dan 1 cina). Nak dijadikan cerita, pda mulanya,amoi tersebut agak janggal dan takut2 untukbekerja dengan saya ( maybe xbiasa bekerja dgn kaum dan agama yg berlainan). Pada mulanya,memanglah dia takut dan pendiam dalam kumpulan tersebut,tetapi, bila dah selalu bekerja bersama dan selalu berborak masa buat kerja (bukan nk mengorat),dia pun dah hilang rasa janggal tersebut,sekarang, kalau jumpa tengah jalan pun, dah boleh bertegur sapa (selalunyer die yg tegur sy dulu). Kadang2,kalauada problem pun, kitorang boleh kongsi.

Di sini, saya xbermaksud nak menunjuk yang saya ni playboy @ pandai tackle pompuan,Cuma yang saya nak sampaikan adalah mengenai muamalat @ cara kita berhubung dengan orang disekeliling kita. Dalam bekerja, kita haruslah menerapkan nilai-nilai islam dalam gerak kerja kita. Islam menganjurkan umatnya agar bekerja dengan bersungguh-sungguh,jujur,bertanggungjawab, ikhlas,menghargai segala usaha orang lain dengan disulami tawakal,doa,redha dan bersyukur.




Apabila kita mengamalkan nilai-nilai islam dalam gerak kerja kita,insya-allah,semua usaha yang kita jalankan adalah tidak sia-sia walaupun tidak mencapai objektifnya di dunia kerana habuan di akhirat sana sedang menunggu anda. Dengan menerapkan nilai-nilai islam dalam grerak kerja kita, kita akan dapat menghasilkan satu gerak kerja yang tersusun kerana islam merupakan agama yang dapat menyusun dan mengatur kehidupan manusia dengan begitu sempurna. Dan yang paling penting, gerak kerja ini perlulah disertai dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH S.W.T kerana ALLAH S.W.T hanya akan menerima amalan hambaNya yang ikhlas keranaNya. Gerak kerja yang tersusun inilah yang dapat menarik minat golongan yang jauh daripada agama @ non-muslim untuk mengenali islam dan xmemandang serong terhadap islam.

Disamping itu juga, sebagai da`ie,seharusnya kita cuba sedaya upaya untuk menonjolkan akhlak yang mulia terhadap orang lain (bukan utk hipokrit ttp adalah tuntutan syrarak utk kite berlaku baik terhadap sume org selagi xmenentang islam itu sendiri). Ini kerana golongan yang saya sebut tadi, tidak akan menilai tentang isi dakwah yang kita sampaikan pada peringkat awal,tetapi mereka akan menilai sifat-sifat fizikal da`ie dan akhlak da`ie itu sendiri terlebih dahulu sebelum cuba untuk menyerap segala ilmu yang disampaikan kepadanya. Oleh itu, kepada para da`ie,anda perlulah melengkapkan diri terlebih dahulu bukan hanya dengan ilmu tetapi beserta dengan pengamalan akhlak2 yang terpuji.

Selain daripada bercakap tentang soal gerak kerja dan muamalat,sekarang saya pula hendak berkongsi dengan pembaca2 yang budiman tentang sifat saya anda label sbg `giler study’.

Untuk pengetahuan pembaca2 yang budiman sekalian, saya beranggapan bahawa kecemerlangan akademik para da`ie juga amat penting untuk kita meneruskan usaha dakwah kita ini. Ini kerana apabila kita (sebenarnyer semua muslim adalah da`ie),kita seharusnya menjaga `title’ tersebut dgn sebaik-baiknya. Apabila kita menjadi da`ie, kita sentiasa akan menjadi perhatian org ramai. Justeru, kita haruslah berusaha untuk memperoleh kejayaan yg cemerlang dlm bidang akademik supaya ianya menjadi satu dakwah yg berkesan kpd org lain bagi meyakinkan mereka tentang kebenaran dan keindahan islam itu sendiri. Sebaliknya, jika da`ie itu sendiri, tidak cemerlang dlm bidang akademik,maka, ianya menjadi satu fitnah yg besar kpd islam itu sendiri. Memanglah, rezeki di tgn ALLAH S.W.T, ttp kita haruslah bertanya sejauh mana usaha kita kita utk menjadi insan yg cemerlang. Ini juga adalah satu medan jihad utk memartabatkan islam di mata masyarakat yg telah jauh terpesong dr ajaran islam yg sebenar.

Oleh itu, wahai para da`ie sekalian, berusahalah utk menjaga nama baik islam itu sendiri dgn apa jua cara sekalipun, dan jgnlah kerana kalian,islam itu di hina di bumi sendiri. Dan akhir sekali,saya berpendapat bahawa medan `study’ bukanlah hanya tmpt untuk mengejar pointer shj, bahkan lihatlah ianya juga sbg medan utk melebarkan sayap dakwah kpd bakal2 madu` yg mempunyai jiwa yg gersang dr didikan agama.
Hasilan karya,


AHMAD AMZAR BIN SOHAIMI
Timbalan 1 balai islam KK7 08/09

Monday, February 23, 2009

Gambar Bengkel IT..

Assalamualaikum WBT..

Kami baru upload gambar Bengkel IT. Hanya ada beberapa keping gambar,lagipun tak berapa ramai yang hadir. Tapi apa - apapun, happy viewing!

-Team Bloggers Balai Islam-

Meeting Kembara Sirah

Assalamualaikum WBT..

Kepada semua AJK Balai Islam (penjaga checkpoint bagi program KEMBARA SIRAH), satu taklimat tentang perjalanan pertandingan akan diadakan:

Tempat : Surau al - Irsyad
Masa : 9.30 malam
Tarikh : 24 Februari 2009

Agenda Mesyuarat:
  1. Pembahagian AJK kepada checkpoint yang tertentu.
  2. Penerangan tentang cara pengurusan checkpoint KEMBARA SIRAH.
  3. Pembahagian tugas - tugas KEMBARA SIRAH kepada AJK - AJK Balai Islam.
  4. Penerangan tentang keseluruhan program KEMBARA SIRAH.

Kehadiran semestinya diwajibkan. Sekian, harap maklum.

-Ahmad Amzar, pengarah KEMBARA SIRAH-

Sunday, February 22, 2009

Gambar Balai..

Assalamualaikum WBT..

Kami baru masukkan beratus gambar Rehlah Balai Islam '09..link ada disediakan di sebelah kanan blog..gambar - gambar bagi aktiviti Balai Islam yang lain akan dimasukkan kemudian..

Happy viewing!

-Team Bloggers Balai Islam-

Wednesday, February 18, 2009

Bengkel Solat dan Azan

Assalamualaikum WBT..

Pada hari Ahad (22 Februari 2009), Biro Surau & Pengisian JKP Balai Islam Kolej Za'ba akan mengadakan Program Bengkel Solat dan Azan. Penceramah jemputan ialah Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Senior Lecturer Jabatan Fiqh dan Usul APIUM). Program akan bertempat di Surau al-Irsyad Kolej Za'ba dan bermula seawal jam 9.00 pagi.

Anda semua dialu-alukan untuk menghadiri program ini. Segala persoalan tentang solat serta azan/iqamah akan terjawab.

Sedikit Kemaskini..

Assalamualaikum WBT..

Jika ada yang perasan, kami sudah tukar sedikit rupa blog ni..sikit je..iaitu ada gambar header blog yang baru (sila lihat di atas)..

Artikel akan dimuatkan malam ini, insyaAllah..

-Team Bloggers Balai Islam-

Tuesday, February 17, 2009

Teori Evolusi Darwin


Diterbitkan sempena ulangtahun ke-200 Charles Darwin pada minggu lepas, dipetik dari buku Quran Saintifik : Meneroka Kemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Pengarang : Dr. Danial Zainal Abidin, terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. website : www.pts.com.my

Teori yang paling popular diperkatakan berhubung kejadian manusia adalah teori evolusi Charles Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin (1809-1882 Masihi). Beliau menegaskan, kesemua makhluk hidup, sama ada manusia ataupun haiwan, berasal daripada keturunan yang sama (common ancestor). Keturunan yang awal ini kemudiannya berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Hasil daripada perubahan - perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks yang bernama manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya di dalam bukunya yang bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.

Sekiranya teori ini benar, kita pasti bertemu dengan banyak makhluk yang berbentuk separuh binatang separuh manusia, separuh binatang laut dan separuh binatang darat serta separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi menuntut kewujudan makhluk - makhluk ini sebagai bukti berkenaan kebenarannya. Namun hingga ke hari ini makhluk seumpama itu tidak ditemui sehingga ke suatu masa Darwin sendiri meragui teorinya.

Di dalam bukunya yang bertajuk The Origin of Species beliau berkata:

"Jika makhluk - makhluk berubah dari satu spesies ke spesies yang lain, mengapa tidak ditemui spesies yang pertengahan itu (transitional forms)? Mengapa kehidupan wujud dalam keadaan teratur dan tidak kelam - kabut? Mengapa makhluk penghubung antara satu spesies dengan spesies yang lain tidak wujud? Perkara inilah yang memeningkan kepalaku selama ini!"

Kenyataan ini dilaporkan dalam The Origin of Species by Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Species in the Struggle for Life (Charles Darwin; Senate Press, London, 1995)

Bagi membuktikan kewujudan spesies pertengahan ini, penipuan demi penipuan dilakukan oleh ahli - ahli sains tertentu. Sebagai contoh pada tahun 1912 diisytiharkan penemuan tulang rahang dan tempurung otak makhluk yang digelar sebagai Piltdown Man. Tulang - tulang ini ditemui di Piltdown, England, oleh seorang ahli sains yang bernama Charles Dawson. Ia dikatakan makhluk daripada spesies pertengahan antara binatang dengan manusia. Selepas beberapa ujian dilakukan akhirnya pada tahun 1953 didedahkan bahawa tulang rahang itu diambil daripada seekor orang hutan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya adalah tempurung otak manusia yang sebenar. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Smith Woodward's Folly oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist, 5 April 1979.

Secara dasarnya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan. Kuasa penentu dalam proses evolusi ini adalah natural selection atau 'kuasa semula jadi'. Justeru pengasas teori komunisme, Karl Marx mengagumi Charles Darwin sehinggakan di dalam bukunya Das Kapital beliau menganggap dirinya pengikut setia Charles Darwin. Hal ini dinyatakan oleh Harun Yahya di dalam bukunya yang bertajuk Evolution Deceit (Ta-Ha Publishers Ltd.; UK, 1999)

Sebenarnya untuk teori Darwin menjadi kenyataan, hidup - hidupan perlu berubah secara berperingkat - peringkat melalui proses mutasi (perubahan yang rawak dan spontan). Mutasi dalah proses perubahan yang berlaku ke atas sesuatu sel disebabkan perubahan yang berlaku ke atas sistem genetiknya. Justeru, andai kata teori ini digunapakai, evolusi atau perubahan seekor ikan di zaman dahulu kepada manusia bermula dengan proses mutasi yang berlaku ke atas gen ikan berkurun - kurun lamanya sehingga akhirnya ia bertukar menjadi gen manusia yang melahirkan manusia.

Adakah pandangan ini dianggap logik? Pada hari ini pakar - pakar sains mula mempertikaikan pandangan ini, sebagai contoh Dr. Lee Spetner. Beliau yang mengajar di Universiti Johns Hopkins dan Institut Weizman, mengkaji proses mutasi di peringkat molekul selama bertahun - tahun lamanya. Di dalam buku beliau yang bertajuk Not by Chance: Shattering the Modern Theory of Evolution (Judaica Press, ISBN: 1880582244, 1998), beliau menegaskan"

"Proses mutasi mengurang dan bukan menambah maklumat genetik."

Dalam bahasa mudah ia bermaksud mutasi menyebabkan kecacatan dan bukannya kemantapan. Justeru, ikan tak mungkin dapat bertukar menjadi makhluk yang lebih mantap bernam manusia. Justeru, teori evolusi adalah satu teori dangkal yang tidak dapat diterima oleh sains.

Teori Darwin membuang kuasa Tuhan dan meggantikannya dengan 'Kuasa Kebetulan' atau 'Kuasa Semula Jadi'. Sekiranya ini adalah kepercayaan Darwin, justeru timbul pelbagai persoalan besar yang sukar dijawab semata - mata dengan menggunakan teori ini. Sebagai contoh, bagaimana sel pertama wujud? Bagaimana sel ini mampu berkembang dengan sendirinya menjadi makhluk yang pertama? Bagaimana is menyusun protein - protein dengan cara yang begitu teratur hingga mampu melahirkan makhluk yang kompleks?

Mengikut Sir Francis Crick, seorang saintis yang pernah dianugerahkan hadiah Nobel kerana menemui struktur DNA, untuk kesemua proses ini berlaku secara kebetulan ia adalah sesuatu yang mustahil. Di dalam bukunya yang bertajuk Life Itself: Its origin and Nature (New York, W.W.Norton, 1982) beliau memberikan satu contoh yang berkaitan dengan kejadian protein. Untuk asid - asid amino bercantum untk mengikut urutan yang betul demi melahirkan hanya satu protein, terdapat 10 kuasa 260 kemungkinan (iaitu 1, diikuti dengan 260 angka 0..satu angka yang sangat besar) yang boleh berlaku. Daripada kemungkinan yang begitu banyak ini bagaimana asid - asid amino menentukan pilihannya dengan tepat sehingga akhirnya dapat melahirkan bukan hanya satu protein malah pelbagai jenis protein yang tahu pula cara berinteraksi dengan tepat dan memilih suasana dengan tepat bagi melahirkan satu jenis hidupan? Justeru bagi Sir Francis Crick, teori Darwin dalah satu teori yang tidak berasas di sudut sains.

Demikian juga yang dikatakan oleh seorang pakar biokimia dari Universiti Lehigh, iaitu Dr. Michael Behe. Di dalam buku yang bertajuk Darwin's Black Box: The Biochemical Challenge to Evolution (The Free Press, New York 1996), beliau menyatakan sebahagian sistem biokimia adalah begitu kompleks kejadiannya sehinggakan tidak memungkinkan ia terjadi secara bertahap - tahap mengikut proses evolusi. Beliau menamakan fenomena yang kompleks ini sebagai Irreducible Complexity. Sebagai contoh, dalam proses pembekuan darah semasa berlaku pendarahan, protein dan enzim diperlukan serentak. Mengikut teori evolusi, kedua - duanya tidak dapat dihasilkan serentak kerana mengikut urutannya, protein perlu dihasilkan terlebih dahulu sebelum ia digunakan bagi menghasilkan enzim. dalam keadaan enzim balum dapat dihasilkan, bagaimana pendarahan dapat dihentikan? Apabila pendarahan tidak dapat dihentikan bagaimana hidupan yang berdarah dapat hidup?Apabila hidupan ini tidak dapat hidup bagaimana proses evolusi dapat bertahan?

Justeru pada hari ini semakin ramai saintis yang mempertikaikan teori evolusi Darwin. Islam menentang teori Darwin sebagaimana Islam menentang kesemua teori yang tidak saintifik apatah lagi yang jelas mengingkari kewujudan kuasa Tuhan. Berhubung dengan asal - usul manusia, umat Islam sepatutnya tidak melupakan kata nabi yang bermaksud:

"Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)