Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru, Semester Baru, Za'ba Baru..

Assalamualaikum WBT..

Pihak JKP Balai Islam mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram serta Tahun Baru 2009. Diharapkan semester baru, tahun baru serta maal hijrah ini membawa satu pembaharuan yang positif buat semua.

Kepada penghuni blok A dan B Kolej Za'ba, kami harap anda semua banyakkan bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang anda semua tempuhi kerana keadaan blok amat teruk dan banyak barang pelajar rosak serta dicuri pekerja - pekerja yang tidak bertanggungjawab..

Surau Kolej Za'ba juga turut menerima tempiasnya..sehingga blog ini dipost, surau masih tiada bekalan elektrik serta masih berdebu, maka pihak JKP Balai Islam akan sama - sama memberseihkan lantai surau serta berdoa semoga bekalan elektrik dapat dipulihkan secepat mungkin supaya surau dapat digunakan semula tanpa sebarang masalah.

InsyaAllah, biro Penerbitan dan Informasi akan 'kembali bekerja' selepas urusan akademik semasa minggu add & drop dapat diselesaikan segera..hehe..

Sekian, Terima Kasih.

-Biro Penerbitan dan Informasi-

Monday, December 8, 2008

Aidiladha Greetings

Assalamualaikum WBT..

Pihak JKP Balai Islam ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia. Selamat menjalankan ibadah korban dan mendapat ganjaran Allah yang tidak terhingga kepada anda semua.

-Biro Penerbitan-

p/s : maaf tidak update blog. Sangat - sangat tidak punya masa yang banyak sekarang. Ulang alik dari KL ke Terengganu atas urusan MKIS '09.

Tuesday, November 18, 2008

Selamat Bercuti!

Assalamualaikum WBT..

Musim exam bagi student KK7 UM sudahpun berakhir. Masing - masing mula pulang bercuti dan merehatkan minda yang 'damaged' kerana exam..hehe..kami pihak JKP Balai Islam ingin mengucapkan selamat bercuti. Semoga cuti anda diisikan dengan pelbagai pengisian yang penuh bermakna dan juga semoga anda terus dilindungi oleh Allah SWT dan terpelihara dari segala bala bencana.

InsyaAllah, pengisian blog akan diteruskan oleh Biro Penerbitan, dan juga pengisian - pengisian yang akan turut dimuatkan oleh MT, Exco JKP Balai Islam. Semoga kunjungan anda semua di blog kami ini dapat mengisi minda anda. Terima kasih atas segala komen yang diberikan. Harapan kami agar dapat terus lakukan yang terbaik semasa semester 2 nanti.

Sekian, terima kasih.

-JKP Balai Islam KK7-

Friday, November 14, 2008

al - Quran

KELEBIHAN AL-QURAN

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus. (Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa. (Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menimpa dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.


KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.

Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.


KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.


ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia.

Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:
1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.
2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.
4.Bersugi.
Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.
6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.
7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.
8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.
9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim). Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.
10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.
11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.
12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.Firman Allah S.W.T:
Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.(Surah Al-Furqan: 32) Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.(Surah Al-Muzammmil: 4)
Pengertian Tartil pada bahasa:Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.Saidina Ali k.w berkata:Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.
13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman:
Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Isra’: 9)
Firman Allah S.W.T.:
Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.(Surah Al-Isra’: 82)Firman Allah S.W.T. lagi:
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi: Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.
16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.Berkata Mujahid:Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.
17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah.
Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”
18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.
19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca: (Sadaqallahul’azim).
20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran.
Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

Monday, November 10, 2008

Tips - tips Kecemerlangan

Kenali Berlian Sebagai Berlian

Kecemerlangan bermula dengan ilmu. Ilmu diumpamakan seperti permata. Anda tidak akan dapat menghargai berlian jika anda melihatnya sebagai kaca. Justeru binalah kesedaran tentang kepentingan ilmu. lIa seperti berlian. Ingatkan diri tentang nabi Adam. Sebelum menjadi khalifah di bumi, baginda menguasai ilmu terlebih dahulu (rujuk surah al-Baqarah ayat 31). Ingatlah tentang ayat pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW iaitu ‘bacalah’ dan ia berkaitan tentang penguasaan ilmu yang baik. Ingatkan diri bahawa kita akan merempat tanpa ilmu. Kita akan dimalukan tentang ilmu. Salah satu contoh yang baik ialah tokoh Islam yang bernama al – Biruni. Ketika beliau sedang nazak, beliau telah diziarahi oleh sahabatnya. Ketika itu beliau terus bertanya tentang satu hukum yang agak sulit berkaitan masalah waris pusaka. Berkata sahabatnya, “Sesuaikah untuk kita berbincang tentang perkata ini sekarang?” Al – Biruni menjawab, “Aku lebih suka mati dalam keadaan berilmu daripada jahil.” Kejarlah permata, kejarlah imu.

Binalah Gol

Binalah matlamat yang jelas dalam hidup. Dalam bahasa mudah, pastikan dalam hidup ini anda tahu hendak ke mana. Jangan lupa, rasul – rasul yang wajib diimani iaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Syu’aib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dam Muhammad diutus dengan matlamat yang jelas. Dalam surah an – Nahl ayat 36 Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul bagi setiap umat (untuk menyeru). Sembahlah Allah dan jauhilah kesesatan (taghut).” Jangan lupa, Rasulullah pernah berkata kepada sahabat – sahabatnya awal – awal lagi bahawa, “Pada suatu hari nanti kamu akan menguasai istana Raja Parsi.”

Usaha, usaha, usaha

Jika tidak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya. Dalam berusaha pasti ada cabaran. Lihat kepada matlamat hidup (life goal) selalu agar selalu beroleh ransangan dan istiqamah dalam berusaha. Tentukan jadual dan tingkatkan disiplin. Berkawanlah dengan mereka yang selalu berusaha. Berkawan dengan orang malas, malaslah kita.

Ibadah dan Doa

Siapalah kita tanpa bantuan Allah. Justeru ibadah dan doa tidak boleh diperkecilkan walau sedikit pun. Jagalah solat dan bacalah al – Quran setiap HARI dan fahamkan maksudnya supaya mudah dihayati. Saya yakin dengan ini, insyaALLAH, hidup anda akan berubah dan terus berubah dan terus berubah ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

~Muhammad Azrie~

Monday, November 3, 2008

Nafsu

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas. Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang. Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu. Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin. Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang). Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya. Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Pintu-pintu nafsu :
· Cinta dunia
· Tamak haloba,
· Hasad dengki,
· Wanita.
· Gopoh gapah,
· Taksub,


Cara-cara mengawal nafsu :
· Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.
· Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia,
· Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.
· Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).
· Banyak bersedekah.
· Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

-Muhammad Azrie-

Sunday, November 2, 2008

Musim Exam..

Assalamualaikum WBT..

Bulan November bagi mahasiswa/i UM merupakan bulan yang dinanti (dinanti?) kerana pada masa ini semua akan bertungkus - lumus untuk score the best di dalam exam..

Saya mewakili JKP Balai Islam mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan buat anda semua. Semoga usaha - usaha anda serta doa yang tidak putus - putus mengharapkan kurniaan kejayaan Daripada Allah akan diberi balasan yang sebaiknya..

Sementara masa masih ada, study elok - elok..berdoalah kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan. Tunaikanlah solat - solat sunat serta jaga rehat anda. Jaga makan, jaga kesihatan, jaga kesihatan mental dan emosi, dan jaga hubungan (hubungan? oh..means, jgn nak date sambil study..hehe..nak berkat study macam mana kalau bermesra sambil study kan). Jika study pada lewat malam, jangan terlajak subuh.

Yang penting, mintalah restu dari ibu bapa..minta mereka turut sama mendoakan kita..ingat tujuan kita meneruskan pelajaran di UM..untuk mereka..or untuk orang lain?

-Sekian, terima kasih-
-Selamat Maju Jaya!-

Saturday, November 1, 2008

Nota dari Biro Penerbitan..

Assalamualaikum WBT..

Maaf kerana beberapa hari ni saya tidak jenguk blog..kerana masalah wireless lagi..(alasan je kot..hehe)

So saya agak tertarik dengan perkembangan chatbox di sebelah kanan kita ni..

Kadang - kadang ada orang yang pure bagi komen..kadang - kadang ada orang yang nampaknya 'berseronok' dengan chatbox ini..oleh kerana saya tidak filter chatbox, tidak bermakna boleh sewenang - wenangnya menyalahgunakan kemudahan yang ada..


Saya dapat detect orang yang bercakap 'dengan diri sendiri' kerana posting yang terlalu rapat antara satu sama lain..jarak posting dalam seminit dua sahaja..kurang logik ramai orang dapat berkunjung ke blog pada satu - satu masa. Ini bukan website google..hehe..

Saya selalu mention bahawa komen anda mencerminkan keperibadian anda. Jadi faham - fahamlah..walaupun tiada orang yang melihat segala perbuatan anda, Allah di mana - mana. Malaikat yang mencatat amalan -amalan kita pun ada sekali. Jika tidak malu dengan manusia, malulah dengan Yang Maha Pencipta serta malaikat - malaikat.

Saya bukan hendak menjadi diktator dan impose certain rules tentang penggunaan chatbox tetapi pandai - pandailah jaga diri..hehe..mahasiswa kan..fikir secara matang.

-Syah Nor Iman, Ketua Biro Penerbitan & Informasi-

Wednesday, October 29, 2008

Beberapa patah kata..

Assalamualaikum WBT..

Berikut adalah beberapa perkara yang ingin saya sampaikan:

Sukacita dimaklumkan bahawa AJK - AJK ataupun mana - mana mahasiswa/i ataupun orang perseorangan yang ingin mengantarkan sebarang cadangan/berbincang dengan majlis tertinggi/exco Balai Islam, ada beberapa cara yang mudah untuk berhubung dengan kami, sama ada melalui:

e-mail JKP Balai Islam - suraukk7@gmail.com (sentiasa diperiksa inbox, lebih private & confidential)
ruangan chatbox di sebelah kanan - lebih mudah jika mahu menghantar komen secara spontan
YM dengan mana - mana MT/exco JKP Balai Islam - perlu minta alamat e-mail Yahoo! mereka dahulu

Kami amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat menghantar sebarang maklum balas bagi tujuan penambahbaikan JKP Balai Islam KK7. Namun harus diingat, komen anda mencerminkan keperibadian anda. Walaupun anda menggunakan nama samaran (sama ada nama samaran yang comel ataupun tidak), jari - jari yang menaip komen serta idea tetap datang dan disandarkan kepada anda juga. Oleh itu fikir dahulu sebelum komen.

Akan tetapi jika mahu bersembang suka - suka di ruangan chatbox, anda boleh berbuat demikian..saya tidak menghalang. Semoga kemudahan yang disediakan di blog ini dapat digunakan sebaiknya dan merapatkan ukhuwah sesama insan.InsyaAllah..

Selain itu, untuk pengetahuan AJK - AJK sekalian, kain yang telah ditempah bagi membuat baju rasmi JKP Balai Islam sudahpun diambil. Meeting setiap biro akan diadakan oleh ketua - ketua biro bagi urusan penyerahan kain serta hal ehwal jahit - menjahit.

KKD MKIS '09 sudah mendapat kelulusan pihak Kolej dan sedang menunggu kelulusan HEP UM. Selepas diluluskan, urusan kerjasama dengan JAKIM serta Tabung Haji akan dilakukan serta - merta. Saya sendiri selaku pengarah MKIS '09 akan menguruskan hal - ehwal kerjasama jadi para AJK MKIS '09 boleh menarik nafas lega dan bercuti dengan aman sepanjang curi semester ini. Sebelum bercuti, saya akan mengadakan satu perjumpaan bersama MT dan exco MKIS '09 bagi tugasan sepanjang cuti semester (tajaan, of course). Tarikh perjumpaan akan diberitahu kemudian.

Sekian, terima kasih.

-Syah Nor Iman, ketua biro Penerbitan & Informasi JKP Balai Islam KK7-

Saturday, October 25, 2008

Ingkar..

Ada diceritakan bahawa ada seorang manusia yang bertemu dengan seekor syaitan di waktu Subuh. Tanpa diketahui puncanya, mereka berdua telah mengikat tali persahabatan. Apabila waktu Subuh telah berakhir, orang itu meninggalkan solat Subuh. Syaitan pun tersenyum sambil berkata, "Orang ini patut menjadi sahabatku!"

Apabila telah tiba waktu Zohor, orang tersebut masih tidak mengerjakan solat Zohor. Syaitan tersenyum lebar sambil berkata, "Rupa - rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di hari akhirat nanti..!" Kemudian ketika waktu Asar hampir habis, akan tetapi sahabatnya itu masih tidak mengerjakan solat Asar dan asyik dengan kerja hariannya. Syaitan mula terdiam. Seterusnya apabila tiba waktu Maghrib, dia masih tidak mengerjakan solat Maghrib maka syaitan mula merasa gelisah. Senyumannya telah berubah menjadi masam. Wajah syaitan menunjukkan bahawa dia sedang berfikir dan teringatkan sesuatu.

Akhirnya apabila syaitan melihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isyak maka syaitan itu menjadi sangat panik. Dia sudah tidak boleh menahan diri lagi dan menghampiri sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh rasa takut, "Wahai sahabatku, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan merasa hairan orang itu bertanya, "Kenapa engkau sudah mungkir janji?Bukankah baru tadi kita berjanji untuk barsahabat?"

Syaitan menjawab dengan suara yang gementar, "Aku takut. Nenek moyangku sahaja yang dahulu hanya sekali sahaja ingkar perintah Allah iaitu ketika menolak suruhan sujud dan hormat pada Adam pun telah dilaknak Allah hingga hari akhirat. Apatah lagi engkau yang hari ini sahaja aku telah melihat bahawa engkau telah lima kali ingkar perintah Allah. Tak dapat aku bayangkan betapa dahsyatnya murka Allah kepadamu".

Syaitan itu terus berlalu pergi.

Berapa kalikah kita sudah ingkar pada perintah Allah? Bertaubatlah wahai sahabat.

Thursday, October 23, 2008

Antara Kerbau, Kelawar dan Cacing

Pada suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk ciptaanNya iaitu seekor kerbau dan bertanya kepada kerbau tersebut sama ada ia bersyukur telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril terus pergi menemui si kerbau tersebut.

Pada waktu siang yang panas itu si kerbau sedang sedang berendam di sebatang sungai. Malaikat Jibril menemui kerbau itu dan kemudian bertanya, "Wahai kerbau, adakah kamu bersyukur telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor kerbau?"

Si kerbau menjawab, "MasyaAllah, Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan saya sebagai seekor kerbau, daripada saya dijadikanNya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri."

Selepas mendengar jawapan kerbau tersebut, malaikat Jibril pergi menemui seekor kelawar yang sedang tidur bergantungan pada dinding gua dan terus bertanya, "Wahai kelawar, adakah kamu bersyukur dijadikan Allah SWT sebagai seekor kelawar?"
Kelawar itu pun menjawab, "MasyaAllah, Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dijadikan sebagai seekor kelawar daripada dijadikanNya sebagai seekor cacing tanah. Tubuhnya lebih kecil, tinggal pula di dalam tanah, berjalan pun menggunakan perutnya", jawab si kelawar.

Setelah mendengar jawapan kelawar tersebut, malaikat Jibril pun segera menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah dan terus bertanya kepada cacing tersebut, "Wahai cacing, adakah kamu bersyukur telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?"
Cacing terbut terus menjawab, "MasyaAllah, Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan saya sebagai seekor cacing, daripada dijadikanNya sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh, ketika mereka mati, mereka akan diseksa selama - lamanya".

Wednesday, October 22, 2008

Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 7

Assalamualaikum WBT..

Sudah sekian lama saya menyepi daripada menulis cetusan minda. Bukan malas..hehe..tapi saya mencari - cari idea untuk menulis. Lagipun lebih elok menulis sesuatu dengan mengambil masa daripada menulis setiap hari tetapi tiada isi. Baru - baru ini saya pergi ke cafe Fakulti Sains untuk membuat sedikit pengisian (perut). Saya terserempak dengan sekumpulan mahasiswa/i pro-M yang sedang berkempen (atau speaker corner..apa - apa istilah pun jadi). Mereka kelihatan begitu bersemangat menyampaikan idea masing - masing walaupun orang lain sibuk makan (saya tak makan, bungkus je).

Baru saya hendak mengambil sedikit gambar mereka sebagai kenang - kenangan, mereka sudah bersurai. Mungkin kerana azan Zohor telah berkumandang pada waktu itu. Jika saya sempat ambil sedikit gambar, sudah pasti akan menghiasi cetusan minda saya ini..hehe..

Anyway, saya agak tertarik dengan mahasiswa/i pada masa kini. Dalam keramaian mahasiswa/i yang sibuk dengan study dan juga pasangan hidup masing - masing, ada juga yang sanggup mengorbankan sedikit masa untuk perjuangan mereka. Saya tak kata saya menyokong mereka sepenuhnya..cuma untuk memberi sedikit cetusan minda tentang "fokus".

Seperti mana yang anda semua sudah maklum, peperiksaan semakin hampir. Masing - masing telah sibuk study. Perpustakaan yang selama ini kosong, telah mula penuh, seperti keadaan di Surau al-Irsyad yang penuh dengan jemaah semasa bulan Ramadhan iaitu semasa solat Tarawih. Sama seperti bulan Ramadhan, apabila musim peperiksaan sudah berakhir, perpustakaan pun menjadi kosong seperti sediakala. Study itu bagaikan menjadi sebahagian hidup para mahasiswa/i. 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan tidak membuat kerja-kerja lain. Pinjam buku pun yang berkaitan dengan jurusan/assignment sahaja dan tidak cuba untuk research benda lain. Tabiat study 24jam ini bagaikan sudah dipupuk sejak kecil dan melemahkan kita. Seperti robot, kita terus - terusan study dan jiwa kita bagaikan hilang. Universiti yang sepatutnya menjadi gedung ilmu, pendidik jiwa, kilang pemimpin sudah menjadi sama seperti sekolah. Study. Kuliah. Study. Kuliah. Assignment. Exam. Ijazah. Kerja. Jiwa kosong.

Mahasiswa seharusnya mempunyai satu bentuk pemikiran yang tidak pasif. Sebelum melangkah ke alam pekerjaan, alam mahasiswa adalah satu tapak unggul yang dapat membentuk diri seorang manusia menjadi lebih 'excellent' dan juga terbaik di antara yang terbaik. Tidak guna jika melangkah ke universiti hanya untuk menggenggam ijazah tetapi ilmu di dada hanya untuk peperiksaan sahaja. Jika anda berfikir bahawa masuk U hanya untuk lulus exam,berhenti sajalah. Anda membazirkan duit rakyat. Pengalaman yang diperolehi semasa di alam mahasiswa/i itu sangat bermakna untuk membentuk diri anda semua dan tidak boleh didapati di tempat lain (unless anda sanggup bayar untuk menghadiri certain kursus). Pemimpin masa depan yang sejati perlukan lebih 'pengisian' dan bukan hanya perlu ada CGPA yang tinggi. Namun untuk mencapai matlamat tersebut bukanlah senang kerana mungkin anda berfikir bahawa masa itu selalu tidak cukup dan bimbang pelajaran merosot.

Dahulu saya pernah mengatakan bahawa sifat istiqamah itu sangatlah penting bagi memastikan kita sentiasa akan menjadi yang terbaik di dalam hidup. Sama juga dengan kehidupan di institusi pengajian tinggi. Apa - apa jenis perjuangan atau pekerjaan yang kita lakukan, kita harus pandai untuk fokus dan istiqamah, tetapi pada masa yang sama, tidak lari dari perjuangan asal kita di institusi pengajian tinggi untuk belajar dan juga tidak mengabaikan aspek - aspek kehidupan yang lain.

Samalah seperti memfokuskan cahaya menggunakan kanta pembesar. Terlalu fokus, cahaya itu akan membakar dan memakan diri..tidak fokus, apa - apa pun tak berhasil.

Allah telah menciptakan masa yang sudah memang cukup iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Bukan tidak cukup masa tetapi kita masih tidak dapat manage masa dengan sempurna. Nabi Sulaiman yang sibuk pun dapat membahagikan masa untuk bertemu Allah, apatah lagi kita yang hanya menjadi mahasiswa/i. Dan juga perlu diingat bahawa nilai seseorang itu bukan berdasarkan kuantiti tetapi kualiti. Tidak guna menyertai 1000 projek/aktiviti tetapi tidak mendapat apa - apa pengisian rohani. Better join satu projek tetapi kita dapat belajar banyak perkara daripadanya.

Sudah fitrah orang muda itu berdarah panas dan selalu ingin mencuba perkara - perkara yang menarik hati. Salurkan keinginan itu ke jalan yang benar tetapi pada masa yang sama, tidak mengabaikan suruhan dan perintah Allah. Apabila tekanan melanda, mintalah pada Allah supaya ditenangkan hati dan fikiran supaya setiap urusan kita dipermudahkan. Tidak semestinya masalah itu membelenggu. Mungkin masalah itu membuat kita lebih seronok melakukan kerja.

Jangan terlalu asyik dengan projek/aktiviti/persatuan hingga lupa menguruskan diri (jangan tak mandi, gosok gigi..hehe). Jangan terlalu fokus study hingga tidak dapat apa - apa yang berharga semasa di universiti. Jika jiwa anda kosong, bagaimana untuk menempuh alam dewasa dan pekerjaan yang sememangnya dipenuhi sejutaa dugaan hidup? Pengalaman hidup dan berorganisasi di universiti dapat mengelakkan anda daripada menjadi sebatang 'sayur' yang mudah patah apabila kita sudah bekerja.

Kesimpulannya, hidup bukan untuk study sahaja. Carilah pengalaman di universiti namun jangan terlalu fokus pada pencarian pengalaman hingga mengabaikan diri sendiri dan juga pelajaran. Mahasiswa/i kan, sudah pandai berfikir.

Jika anda sudah pandai fokus, tahniah. Jika masih belum dapat fokus, takziah. Usaha lagi.

Semoga semangat mahasiswa terus menyala, bukan meletup.

-Syah Nor Iman-

Tuesday, October 21, 2008

Abu Bakar dan Tukang Ramal

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian pendapatan hariannya. Pada suatu hari, hambanya itu telah membawa makanan untuk Abu Bakar. Abu Bakar kemudian memakan sebahagian makanan tersebut. Kemudian hamba itu berkata, "Kamu sentiasa bertanya tentang sumber makanan yang saya bawa tetapi pada hari ini kamu tidak berbuat demikian".

Abu Bakar berkata, "Saya terlalu lapar hingga saya lupa bertanya. Terangkan kepadaku di mana kamu mendapat makanan ini".

"Sebelum saya memeluk Islam, saya bekerja sebagai tukang ramal. Orang - orang yang saya ramal nasibnya kadang - kadang tidak dapat membayar wang kepadaku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sudah memperolehi wang. Saya telah berjumpa dengan mereka pada hari ini. Merekalah yang memberikan saya makanan ini", ujar hamba tersebut.

Sejurus sahaja Abu Bakar mendengar kata - kata hambanya itu, beliau terus memekik, "AH! Hampir saja engkau membunuh saya". Seterusnya beliau cuba untuk meluahkan makanan yang telah dimakannya. Orang yang melihatnya mencadangkan kepadanya untuk mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan itu diterima dan dilaksanakan oleh Abu Bakau sehingga makanan itu berjaya diluahkan keluar.

Orang - orang yang memerhatikannya berkata, "Mudah - mudahan Allah memberikan rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah - payah kerana makanan yang sedikit ini".

Abu Bakar menjawab, "Saya sudah pasti memaksanya untuk keluar walaupun saya mesti kehilangan nyawaku sendiri. Saya pernah dengar Nabi berkata bahawa badan yang tumbuh subur dengan makanan yang haram akan merasakan api neraka. Oleh kerana itulah saya akan memaksa makanan itu keluar, takut jika makanan itu menyuburkan badanku".

Abu Bakar sentiasa meneliti sama ada sesuatu makanan itu halal atau haram dimakan. Janganlah mendapat harta melalui jalan yang haram bagi diri sendiri, apatah lagi untuk orang lain atau keluarga sendiri kerana kelak di hari Akhirat, perkara ini akan disoal: Dari mana kamu peroleh hartamu dan ke mana engkau membelanjakannya.

Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut

Rasulullah SAW dengan sahabat - sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Othman r.a berkunjung ke rumah Ali r.a. Di rumah beliau, isterinya Saydatina Fatimah r.a, iaitu puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam satu mangkuk yang cantik. Ketika semangkuk madu itu dihidangkan, terlihat sehelai rambut turut bersama semangkuk madu tersebut. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat satu perbandingan terhadap ketiga - tiga benda tersebut iaitu mangkuk yang cantik, madu serta sehelai rambut.

Abu Bakar r.a berkata, "Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Umar r.a berkata, "Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Seorang raja itu lebih manis daripada madu dan memerintah dengan adil itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Othman r.a berkata, "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Ali r.a berkata, "Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat tetamu itu senang hati sehinggalah dia pulang semula ke rumahnya adalah lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Fatimah r.a berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Wanita yang berpurdah (menutup aurat dengan sempurna) itu lebih manis daripada madu dan memiliki seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain selain muhrimnya itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan amalan soleh itu lebih manis daripada madu dan beramal dengan ikhlas itu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril a.s berkata, " Menegakkan agama itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Mengorbankan diri, harta dan waktu kerana agama itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, "SyurgaKu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Nikmat syurgaKu itu lebih manis daripada madu dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".

Sepanjang Minggu Peperiksaan..

Asalamualaikum WBT..

Musim peperiksaan sem 1 UM sudah bermula..sempena dengan itu, Biro Surau & Pengisian JKP Balai Islam KK7 akan mengadakan majlis solat hajat pada setiap hari, bermula pada minggu ulangkaji (study week) selepas solat Maghrib di surau al-Irsyad..

Marilah bersama - sama turun ke surau untuk menunaikan solat fardhu dan sunat beramai - ramai dan sama - sama memohon hajat daripada Allah SWT..moga - moga kita akan diberikan kecemerlangan dalam peperiksaan dan berjaya di dalam hidup, serta 'cemerlang' di hari Akhirat yang kekal abadi..

Selamat mengulangkaji!

Pengisian di Surau

Assalamualaikum WBT..

Sukacita dimaklumkan bahawa JKP Balai Islam akan menganjurkan pelbagai jenis pengisian antara waktu Maghrib dan Isyak di surau al-Irsyad yang tercinta. Moga - moga anda semua dapat memenuhkan surau dan sama - sama memperoleh sedikit faedah daripada program - program ini, InsyaAllah..

Isnin - Pengisian Feqah (Ust. Hafizi)
Selasa - Tajwid & Tafsir al-Quran (Ust.Ridwan)
Rabu - Aqidah (Ust. Aizat)
Khamis - Bacaan Yasin
Jumaat - Pengisian bebas
Sabtu - Tafsir al-Quran (Ust. Shazni Munir)
Ahad - Hadis (Ust.Ismail)

Jom ke surau!

Wednesday, October 15, 2008

Terkena api dari kubur

Ibnu Hajar bercerita bahawa satu rombongan daripada kalangan Thabi'in pergi menziarahi ke rumah Abu Sinan.Sejurus sahaja sampai ke rumahnya, Abu Sinan telah mengajak mereka menziarahi rumah jirannya. "Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan takziah atas kematian saudaranya", kata Abu Sinan kepada tetamu - tetamunya.


Sebaik sampai di rumah jirannya, mereka mendapati bahawa saudara si mati menangis berterusan kerana terlalu sedih. Para tetamu tersebut telah berusaha untuk menghiburkan dan memujuk lelaki tersebut supaya tidak lagi menangis tetapi tidak berjaya.


Para tetamu tersebut bertanya, "Adakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?"


"Itu saya tahu tetapi saya sangat sedih memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu," jawabnya.


"Apakah engkau mengetahui perkara ghaib?" Tanya tetamu - tetamu itu lagi.


Saudara si mati menjawab, "Tidak, tetapi ketika saya menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya, telah terjadi suatu perkara yang sangat menyayat hati. Ketika itu semua orang telah pulang tetapi saya masih duduk di atas kuburnya.Tiba - tiba saya terdengar sesuatu dari dalam kubur: "Aaaaaahh!! Aaaaahh!! MEreka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa, padahal aku mengerjakan puasa dan bersolat!". Jeritan itu betul - betul membuatku menangis kerana kasihan. Saya cuba menggali kuburnya kerana ingin tahu apa yang telah terjadi di dalam liang lahad. Ternyata di dalam kubur tersebut penuh dengan api dan leher si mati dirantai daripada rantai yang diperbuat daripada api. Kerana kasihan kepadanya, saya cuba untuk melepaskan rantai yang membelenggu leher si mati. Apabila saya hulurkan tangan untuk membukanya, tangan saya terbakar".


Lelaki itu menunjukkan tangannya yang hitam kepada tetamunya. Kulitnya terkupas kerana kesan api dari kubur tersebut. Ia meneruskan ceritanya, "Saya terus mengambus kubur semula seperti sediakala dan segera pulang. Bagaimana saya tidak dapat menangis apabila mengingati keadaan seperti itu?"


"Apa yang telah dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?" Tanya tetamu - tetamu tersebut.


"Ia tidak mengeluarkan zakat harta," jawabnya.


Firman Allah SWT:


"Janganlah sekali - kali orang - orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada anugerah -anugerahNya menyangka bahawa, kebakhilan itu adalah baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan yang ada di langit dan di bumi. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan"


(Surah ali - Imran, ayat 180)

Update terbaru..

Assalamualaikum WBT..

Blog ini akan ditambah dengan bahagian baru iaitu 'kisah dan tauladan'. Bahagian ini akan dimuatkan dengan pelbagai kisah - kisah yang penuh hikmah dan juga pengajaran.
Semoga update baru ini akan menambah lagi pengisian di dalam blog ini, supaya membawa manfaat bagi semua.

-Biro Penerbitan & Informasi-

Sunday, October 12, 2008

Fadhilat Solat Sunat Rawatib

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zohur,2 rakaat selepasnya,2 rakaat selepas solat Maghrib, 2 rakaat selepas solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Muttafaqun 'alaihi)
Sayyidah 'Aisyah dalam hadis muttafaq 'alaih menyatakan: "Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua rakaat fajar." (HR. Bukhari dan Muslim)

Tunaikanlah solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu,kecuali waktu - waktu berikut:
-selepas solat Subuh
-selepas solat Asar

Solat sunat rawatib terbahagi kepada 2 bahagian iaitu solat sunat rawatib muakkad dan juga solat sunat rawatib ghairu muakkad.

Solat sunat muakkad sangat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sentiasa menjaga 10 rakaat solat sunat rawatib yang terdiri daripada:

- 2 rakaat sebelum slat Subuh
- 2 rakaat sebelum dan selepas solat Zohor
- 2 rakaat selepas solat Maghrib
- 2 rakaat selepas solat Isyak

Solat sunat rawatib ghairu mu'akkad kurang sedikit fadhilatnya jika dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamal tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini. Solat sunat rawatib ghairu muakkad adalah solat sunat yang ada dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat rawatib ghairu muakkad terdiri daripada:

-2 rakaat sebelum solat Zohor
-4 rakaat sebelum solat Asar
-2 rakaat sebelum solat Maghrib
-2 rakaat sebelum solat Isyak

Side note:

- Bagi solat sunat sebelum solat Subuh, adalah sunat untuk berbaring selepas menunaikannya dan lebih utama untuk berbaring secara mengiring di bahu kanan, dengan menghadapkan muka dan bahagian depan badan ke arah kiblat seperti mana keadaannya di dalam kubur, kerana ini akan lebih mengingatkan seseorang itu kepada kematian, lalu dia akan berusaha melakukan amalan-amalan soleh dan bersiap-sedia untuk menghadapi kematian. Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah RA:

"Bahawasanya Nabi SAW apabila selesai mengerjakan solat sunat 2 rakaat Subuh, baginda mengiring di atas bahu kanan"

- Solat sunat ghairu muakkad sebelum solat Asar boleh dikerjakan sama ada 2 rakaat dengan 1 salam ataupun 4 rakaat dengan 2 salam.

Sambutan Hari Raya JKP Balai Islam

Assalamualaikum WBT..

First of all, kami selaku pihak JKP Balai Islam ingin memohon seribu kemaafan atas kelewatan untuk update blog..bukan malas (alasan) tetapi kerana wireless di KK7 yang sememangnya membawa seribu masalah bagi pelajar - pelajar untuk menjalankan aktiviti harian.

Kami tidak berjanji (takut termakan janji) tetapi akan berusaha dengan lebih efektif selepas ini bagi memastikan blog ini sentiasa dikemaskini dengan pelbagai isi yang menarik dan ju bermanfaat bagi anda semua

-Pihak Biro Penerbitan-

Merujuk kepada tajuk post ini, dengan penuh rasa bangga (bukan takbur) JKP Balai Islam ingin mengumumkan bahawa Sambutan Hari Raya Peringkat JKP Balai Islam akan diadakan pada 17 Oktober (Jumaat). Ahli - ahli Balai Islam, sama ada baru ataupun lama amat dialu-alukan keharidannya bagi membantu dan juga memeriahkan majlis sambutan tersebut. Persediaan untuk jamuan akan bermula awal pagi sehingga waktu tengahari. Kira - kira jam 3.00 petang, majlis jamuan akan dimulakan.

Oh ya, terlupa. Lokasi adalah di sekitar gelanggang futsal dan sepak takraw di KK7.

Sekian, harap maklum

Thursday, October 2, 2008

Fadhilat Puasa Enam

Assalamualaikum WBT..

Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Sama - samalah kita menggandakan pahala amalan kita dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebaik - baiknya berturut - turut

Wallahua'lam..

Wednesday, October 1, 2008

Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 6

Assalamualaikum WBT..

First of all, saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Walaupun saya tidak akan dapat mengenali anda semua, kita semua adalah saudara seagama dan semestinya ada link antara kita semua.

Malam ni baru saya ada sedikit kesempatan untuk menulis sedikit cetusan minda saya setelah sekian lama menyepi. Petang tadi pun saya tidak larat sangat untuk menulis, managed untuk tidur di ruang tamu sampai lewat petang ( ada orang datang ziarah, saya selamba ke tidur tanpa sebarang gangguan, memang nikmat )

Seperti biasa, saya beraya pada waktu pagi. Tahun ini agak unik bagi saya sekeluarga kerana sebelum ini kami biasanya menyambut hari raya pertama di Johor, kali ini di Terengganu. Rutin tahunan bagi umat Islam ialah melawat kubur saudara masing - masing. Saya juga tidak terlepas daripada turut menyertai "temasya" ini. Sedikit ayat - ayat al -Quran buat si mati agar roh dicucuri rahmat.

Saya rasa agak pelik, dan inkuiri apabila ziarah kubur ini seperti satu adat ataupun event tahunan pada hari raya. Bila hari raya pertama tiba, barulah kubur dipenuhi umat manusia. Selepas itu kembali menyepi selama setahun. At least make some effort untuk ziarah selalu. Tidak salah ziarah kubur, kecuali menyeru nombor ekor.

Selepas itu mulalah adegan ziarah - menziarahi rumah sanak saudara untuk saling bermaafan dan bersalaman. Satu lagi perkara yang menghairankan saya : semua tengok TV. Saya tidak tahu samada hendak bersalaman dengan tangan - tangan yang menghulur ataupun remote TV. Budaya menonton TV semasa hari raya seakan - akan 'membunuh' semangat Aidilfitri itu sendiri. Tiada lagi budaya ramah mesra, tiada lagi sesi berbual - bual dan juga saling bertegur sapa. Diganti dengan 'menyembah' peti yang tidak bernyawa dan diserikan dengan pelbagai macam hiburan dan juga program - program.

Saya bukanlah untuk memboikot amalan menonton TV tetapi make some effort untuk hentikan sebentar program TV..amalkan 'human touch' semasa hari raya. Jika tiada orang, tontonlah TV hingga ia menonton anda..

Apa - apapun, maaf Zahir & Batin..

-Syah Indra-

Friday, September 26, 2008

Selamat Bercuti!

Assalamualaikum WBT..

Pada masa sekarang, kelihatan sudah ramai warga Za'ba mula mengosongkan kolej..bukan untuk lari dari tsunami tetapi masing - masing ingin pulang ke kampung halaman bagi bertemu keluarga tercinta & sama - sama merayakan Hari Raya ( walaupun kebanyakan student akan berhadapan dengan test selepas cuti, makanlah rendang ketupat sambil jawab test)

Pihak JKP Balai Islam ingin mengucapkan selamat menghabiskan baki - baki Ramadhan sebaiknya (carilah malam Lailatulqadar) dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Balik elok - elok dan jaga diri masing - masing. Semoga Allah SWT melindungi anda semua.InsyaAllah..

Sunday, September 21, 2008

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan (IHRAM '08)

Assalamualaikum WBT..

Syawal hampir menjelang tiba..semakin terasa keistimewaan Ramadhan tatkala ia hampir meninggalkan kita..

JKP Balai Islam akan mengadakan satu majlis penutupan program Ihya' Ramadhan (IHRAM '08) seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 24 September 2008 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Nukleus KK7

Warga Za'ba dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut..

Kejarlah keberkatan Ramadhan sebelum ia menghilang..tidak pasti sama ada kita semua akan bertemu dengannya lagi..

Sunday, September 14, 2008

Ifthar Jam'ie (Majlis Berbuka Puasa Beramai-ramai)

Assalamualaikum WBT..

Sukacita dimaklumkan bahawa JKP Balai Islam akan menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai, atau lebih dikenali sebagai Ifthar Jam'ie sempena program Ihya' Ramadhan (IHRAM '08) yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan.

Majlis akan bermula pada 17 September 2008 bertempat di Dewan Nukleus. Warga Za'ba sekalian dijemput memenuhi Dewan Nukleus untuk sama-sama mejayakan majlis tersebut.

Menariknya, majlis Ifthar Jam'ie ini turut menyambut Hari Memperingati al-Quds sedunia dan juga Nuzul al-Quran. Pengisian tentang kedua-dua peristiwa tersebut turut dimuatkan bersama-sama di dalam majlis Ifthar Jam'ie ini.

Semoga kehadiran anda semua diberkati oleh Allah SWT.InsyaAllah..

Tuesday, September 9, 2008

Notis Mesyuarat JKP Balai Islam

Assalamualaikum WBT..

Perhatian buat semua AJK dan juga ahli - ahli MT & Exco, 2 sesi mesyuarat akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Meeting MT + Exco
Tarikh : 9 September 2008
Masa : Selepas solat tarawih
Tempat : Surau al-Irsyad

Meeting semua AJK JKP Balai Islam
Terikh : 10 September 2008
Masa : Selepas solat tarawih
Tempat : Surau al-Irsyad

Diharapkan agar semua ahli dapat mematuhi masa serta dapat menghadiri mesyuarat - mesyuarat tersebut.Sekian, harap maklum.

Monday, September 8, 2008

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain ialah:

(1) Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2) Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3) Setiap Selepas Solat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah SAW ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah SWT, baginda SAW menjawab:

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4) Ketika Saat Perang Tercetus

Dari Sahl bin Sa'ad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat azan dan doa ketika perang tercetus". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Solat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5) Ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Sahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Sahih Muslim, kitab Jumu'ah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib.

(6) Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya". (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Disahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7) Doa Di antara Azan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Solat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Solat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8) Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat

Dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Sahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9) Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10) Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala roh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya'. Semua keluarga histeria. Baginda SAW bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan". (Sahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11) Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah SWT berfirman:

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12) Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib RA dari ayahnya dari datuknya bahawasanya Nabi SAW bersabda:

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Thursday, September 4, 2008

Mari ke surau..!

Assalamualaikum WBT..

Sukacita dimaklumkan bahawa JKP Balai Islam akan mengadakan solat tarawih berjemaah di surau al-Irsyad sepanjang bulan Ramadhan..

Solat tarawih akan diserikan lagi dengan imam - imam jemputan yang didatangkan khas..lengkap dengan tazkirah antara solat tarawih..

Buat yang memerlukan lebih pengisian, kami turut sediakan moreh selepas tarawih, so jangan bimbg :)

Selepas moreh pula akan diadakan program tadarus al-Quran di surau. Jadi marilah sama - sama kita mengimarahkan surau al - Irsyad dan seterusnya meningkatkan lagi amal ibadat kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah..

Wednesday, September 3, 2008

Portal Info Ramadhan

Panduan lengkap untuk bulan Ramadan.Tingkatkan ilmu anda tentang puasa.Layarilah...
http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1426/home.htm

Marilah bersenyum


















Bagi menghidupkan senyum setiap orang harus menjadi PEMULA.Tidak akan rugi orang yang memberi SALAM dan melemparkan SENYUMAN kepada orang lain bahkan sebaliknya memberikan keuntungn pada dirinya kerana dia telah mengikat tali persaudaraan secara tidak langsung.

Begitu juga dengan senyum,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “senyum itu adalah sedekah".Dan dengan senyuman itu mampu memberikan kebahgian pada seseorang itu.Amat rugi sekiranya senyuman itu lesap dari wajah kita ini kerana kita di bebani dengan kerja dunia yang tidak memberikan kita jaminan kebahgian di akhirat kelak.

Alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya setiap orang masing-masing melemparkan senyuman yang diiringi dengan keikhlasan dari hati pada setiap masa.Tapi AWAS! ‘Jangan senyum seorang diri pulak nanti orang salah tafsir’.

Antara pemimpin dengan orang yang dipimpin

Di dalam konsep kepimpinan hubungan antara pengikut dan ketua tidak dapat di pisahkan. Tanpa kedua-duanya sudah tentulah tiada kepimpinan. Oleh itu, PENGIKUT YANG BERSIH adalah penyumbang terbesar dalam memberikan kekuatan pada seorang ketua.Pengikut yang bersih ialah pengikut yang memiliki semua sifat di atas iaitu HATI YANG BERSIH, MENTAL YANG BERSIH & ILMU YANG BERSIH.Pengikut yang bersih ini juga adalah pengikut yang setia pada ketuanya, mampu memahami bebanan amanah yang di pikul oleh ketuanya dan sentiasa memberikan komitmen pada ketuanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Pengikut ini juga sentiasa memberikan semangat dan sokongan pada ketuanya:

jikalau ketuanya suka, dia juga suka

jikalau ketuanya berduka, dia juga berduka

jikalau ketuanya Berjaya, dia juga Berjaya

jikalau ketuanya gagal, dia juga gagal

jikalau ketuanya sanggup berkorban demi perjuangan, dia akan pastikan ia tersenarai dalam golongan pengikut-pengikut yang sanggup berkorban demi perjuangan.


Wahai pengikut yang beriman! Sedarkah kamu sekalian bahawa kamu adalah sumber kekuatan seorang ketua? . Jika engkau lemah, engkau juga telah melemahkan ketuamu. Oleh itu, bersemangatlah dalam membantu ketuamu menguruskan kepimpinan ini. Tanpamu walau sehebat manapun ketuamu itu sudah tentu dia akan gagal dalam memimpin.

Kesimpulannya, pemimpin yang kuat ialah pemimpin yang mampu berdiri teguh dalam keadaan susah mahupun senang...Sama-sama kita renung dan beramal dengan hati yang ikhlas..

Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 5

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah, cetusan minda masih dapat diteruskan walaupun sekarang ini saya tidak berada di kolej dan tanpa sebarang capaian internet. Mujurlah saya dapat pinjam laptop baru ayah saya..hehe..tarikh sebenar saya menulis cetusan minda ini adalah 30 Ogos 2008, di Seri Kembangan, rumah kakak saya. Ibu dan ayah datang menjenguk anak – anaknya di Kuala Lumpur, dan bertandang di rumah kakak supaya dapat menyambut puasa pertama bersama – sama. Pada isu yang lepas, saya menyatakan bahawa menyambut puasa pertama bersama keluarga ini sudah menjadi suatu tradisi bagi kita dan saya juga tidak terkecuali..hehe..cuma situasinya berbeza, di mana ibu bapa datang ke bandar.

30 Ogos 2008 adalah tarikh hari lahir bagi ayah saya, jadi secara normalnya, anak – anak akan menghadiahkan sesuatu untuk ayahnya. Tetapi, situasi bagi keluarga saya adalah berbeza. Laptop yang saya gunakan ini akan diberi kepada ibu saya. Pada petang tadi, kami sekeluarga perg membeli – belah di Jusco Taman Equine, dan juga di beberapa kedai barangan rumah bagi membeli keperluan seperti set sofa, meja, TV flat screen, peti sejuk, ASTRO, tilam dan juga mesin basuh. Penaja barang – barang tersebut adalah ayah saya. Ayah saya pula yang berbelanja di hari lahirnya, demi kemudahan anak perempuannya yang memang serba kekurangan barang..hehe..akhirnya rumah kakak saya dapat juga berupa seperti sebuah rumah yang lengkap.

Jadi pada hari ini, saya ingin bercakap tentang “Kemahuan Ibubapa”.

Berdasarkan situasi di atas, saya tertarik dan terharu dengan segala pengorbanan ibubapa selama kita hidup di dunia ini. Lihatlah betapa prihatinnya ibu bapa tentang kemahuan anaknya. Betapa mereka berkorban harta demi melihat anaknya bahagia. Even di hari lahirnya, di mana anak – anak sepatutnya meraikan hari tersebut. Tetapi ibu bapa seperti tidak kisah dan seperti lupa bahawa hari itu sepatutnya mereka diraikan. Saya merasa terharu bila mengingatkan selama ini kita seperti lupa diri. Selalu meminta berbagai – bagai benda pada ibu bapa, tanpa memikirkan kesusahan mereka berhempas pulas mencari nafkah.

Selama ini kita seperti muram bila tidak cukup duit belanja..duit makan..duit minyak..duit beli buku..duit raya..dan bermacam duit.Kadang – kadang kita merajuk bila kemahuan kita tidak dipenuhi. Meraung – raung apabila tidak mendapat sesuatu, sedangkan setiap bulan ibu bapa perlu membayar pelbagai bil, serta perlu menghadapi pelbagai kenaikan harga barang. Betapa kita pentingkan diri sendiri apabila ibu bapa dapat memenuhi keperluan kita, barulah kita merasa gembira.

Cuba fikirkan berapa banyakkah yang mereka telah dikorbankan untuk melihat kita dapat melanjutkan pelajaran hingga ke universiti ataupun ke pusat – pusat pengajian tinggi. Sanggup habiskan beribu – ribu ringgit supaya dapat melihat anaknya berjaya.

Cuba Tanya diri sendiri, berapa ribu kalikah kita pernah meminta ibu bapa sesuatu. Berapa kalikah kita merajuk dan bermasam muka apabila permintaan tidak dipenuhi. Berapa kalikah kita bermasam muka apabila malas hendak membantu ibu bapa. Berapa kalikah kita seronok membelanjakan wang yang diberi ibu bapa.

Cuba fikirkan berapa kalikah ibu bapa tidak tidur semasa hendak membesarkan kita. Berapa ribu ringgitkah duit yang habis dibelanjakan untuk membesarkan kita, memberi kita makan, menyekolahkan kita, menghantar kita ke universiti dan sebagainya.

So, berapa kalikah mereka MEMINTA pada kita sesuatu semula. Berapa kalikah mereka MENGUNGKIT. Adakah mereka minta kita MEMBAYAR jasa mereka, sedangkan kita pernah MEMINTA upah bila selesai melakukan kerja yang disuruh.

Mereka tidak pernah..

Apa yang mereka harapkan cumalah ingin melihat kita gembira dan bahagia. Ibu bapa tidak pernah meminta sesuatu dari kita secara material, tetapi meminta kita secara rohani.

Cubalah bekerja bagi merasai betapa peritnya mencari nafkah. Sudah tentu wang yang anda perlolehi daripada kerja itu tidak akan dibazirkan, apatah lagi orang hendak meminta wang daripada kita, lagilah tidak akan diberi.

Bayangkan apabila kita selalu meminta daripada ibu bapa.

Jadi, apabila anda selalu memikirkan kemahuan anda. Fikirkan kemahuan ibu bapa. Kita sendiri tidak akan dapat membayar segala apa yang diberi. Apa yang kita mampu, hanyalah ucapan terima kasih yang ikhlas buat ibu bapa, menyayangi mereka dan juga mendoakan kesejahteraan mereka.

Itulah kemahuan ibu bapa.

-Syah Nor Iman-

Thursday, August 28, 2008

Program Sepanjang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum WBT..

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang dinanti-nantikan, pihak JKP Balai Islam telah mengadakan program Ihya' Ramadhan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, antaranya :

- Program Tadarus al-Quran
- Solat tarawikh berjemaah sepanjang bulan Ramadhan
- Qiamullail perdana
- Ifthar ( majlis berbuka puasa ) mega
- Sambutan nuzul al-Quran
- Majlis Khatam al-Quran

Semoga penglibatan warga Za'ba dapat memeriahkan lagi suasana Ramadhan yang akan mendatang. InsyaAllah. Segala inkuiri berkenaan Ihya' Ramadhan boleh dihantar pada email kami.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 27, 2008

Perkara Yang Membuatkan Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa -apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwudhuk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Cetusan Minda Syah Nor Iman, Isu 4

Assalamualaikum WBT..

Nampaknya Ramadhan bakal menjelma lagi..

Jadi pada kali ini saya ingin berkongsi luahan minda tentang 'apa ada pada Ramadhan'..

Semasa saya bercuti mid-sem di Johor, keluarga emak saudara saya mengajak saya menyambut puasa pertama di Johor ( tak dapat ikut kerana hendak meraikan hari lahir ayah ). Trend menyambut puasa pertama di kampung@bersama ibu bapa ini pun sudah lama menjadi tradisi kita. Hendak merasai suasana puasa di rumah kan, berbanding di IPT. Ramadhan ditunggu - tunggu seluruh umat manusia.

Pada bulan puasalah kita dapat melihat bermacam2 lagi ragam manusia yang boleh kata jarang dilihat di bulan - bulan lain, seperti peningkatan kadar ibadat ( Alhamdulillah ) dan juga keningkatan kadar berdua - duaan di sana-sini ( Astaghfirullah al'Azim ) kononnya hendak 'tunggu' bersahur ( sambil - sambil tunggu, bermesra sebentar bersama yang tercinta, dosa free di situ ).

Pada bulan puasalah juga manusia juga membuat pelbagai resolusi peribadi, seperti hendak kuruskan badan, berhenti merokok, dan pelbagai perkara yang melibatkan 'diet' seharian. Nampaknya hukum WAJIB berpuasa itu sendiri menarik minat manusia untuk membuat pelbagai azam kerana perkara wajib itu tidak boleh ditinggal, dan diri sendiri tidak berapa mampu untuk melakukan perkara yang sama (berpuasa) pada waktu yang sunat ( di bulan lain), rasa - rasanya payah untuk mencapai target.

Sebab itulah menariknya di bulan Ramadhan ini di mana manusia menjadi 'rajin' untuk melakukan perkara yang mereka ingin ubah terhadap diri sendiri, hanya kerana 'obligation' untuk berpuasa itu sendiri. Tidak tahulah sama ada selepas bulan puasa itu, mereka ingin terus menjalankan resolusi mereka, ataupun hanya pada bulan Ramadhan.

Melakukan resolusi itu bila tibanya puasa itu tidaklah salah, tetapi ada baiknya jika kita terus beristiqamah melakukan perbuatan ( yang baik sahaja ) supaya terus konsisten dan mendatangkan kebaikan pada kita.

Hal yang sama seperti amal ibadat di bulan puasa.

Walaupun solat tarawikh tiada di bulan - bulan lain, tidak bermakna anda semua tidak dapat meningkatkan amal ibadat secara berterusan pada bulan lain. Ibadat itu sendiri menpunyai banyak cara : bersedekah, solat sunat, mengaji, lain - lain. Ada yang berkata "alaaa..elokla buat ibadat jugak di bulan puasa,daripada tak buat langsung kan", tetapi harus diingat, perkara yang dilakukan secara istiqamah itu lebih baik dan lebih mendapat pahala daripada Allah SWT. Even solat 5 waktu yang diadakan hanya pada waktu - waktu tertentu itu diiringi solat sunat rawatib, solat hajat, dan juga solat - solat lain. Tiada kekangan melakukan ibadah secara istiqamah dan pada waktu yang selain ditetapkan (kecuali pada certain waktu yang kita diharamkan puasa, or seumpamanya).

Jadi, apa yang ada pada Ramadhan?

Bulan untuk melakukan bermacam - macam perkara? Dan selepas itu, tidak diteruskan?

Jika anda semua bermentaliti seperti itu, bulan puasa ini samalah seperti kebanyakan masjid di Malaysia; hanya dipenuhi manusia pada waktu solat jumaat dan solat sunat hari raya.

Jadikanlah bulan puasa itu sebagai 'starting point', sebagai 'batu loncatan', sebagai 'training ground' dan bermacam - macam istilah yang bersamaan, supaya bulan puasa dapat melatih kita untuk terus meningkatkan amal ibadat, dan bermacam - macam lagi resolusi, supaya selepas bulan puasa ini berakhir, kita terus - terusan dapat beristiqamah dengan perbuatan kita.

Jangan jadikan bulan Ramadhan sebagai hanya satu 'temasya' bagi kita, tetapi sebagai 'kunci' yang dapat membuka hati kita..Semoga Allah memberkati usaha - usaha baik anda semua. InsyaAllah..

"Marhaban ya Ramadhan"

-Syah Nor Iman-